27 Okt 2011

Piala Malaysia 2011 bakal suram?

Piala Malaysia 2011 bakal menemukan juara Piala FA 2011 dan finalis 2010 Negeri Sembilan.Malangnya isu harga tiket melampau yang dikenakan oleh FAM bakal menjejaskan kerancakan Piala Malaysia tahun ini.

Walaupun kedua-dua persatuan telah bersetuju untuk memberikan 'subsidi' namun penyokong-penyokong kedua-dua pasukan masih belum berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat.
Piala Malaysia kali ini bakal suram kerana bersandarkan rekod perlawanan akhir yang pernah menemukan kedua-dua finalis ini pasukan Kelantan telah mengatasi jumlah penyokong kedua-dua pasukan.
Gambar dari kosmo

Penyokong-penyokong pasukan Kelantan sudah 'biasa' dengan keadaan tiket mahal kerana semasa liga super yang lalu tiket-tiket astaka mencecah RM100 dan mereka tetap membayar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka.

Perkara ini tidak ada pada pasukan lain yang tidak sanggp untuk 'berkorban' untuk pasukan.Malah ramai yang menjangkakan perlawanan ini tidak akan meriah tanpa kehadiran pasukan Kelantan dalam pentas final kali ini.

Apa tidaknya cuba kita imbas kembali perlawanan akhir Piala FA lalu yang menemukan Kelantan dan Terengganu,tempat duduk grandstand pasukan Terengganu yang berharaga RM50 tidak penuh kerana telah dibeli oleh penyokong-penyokong Kelantan manakala penyokong-penyokong Kelantan terpaksa berasak-rasak untuk ditempat duduk biasa walaupun memiliki tiket grandstand.

Hakikatnya penyokong Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia kerana sanggup berkorban untuk pasukan walaupun terpaksa habis wang ringgit.

Bagi penyokong-penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan sahutlah cabaran kami kelab penyokong Kelantan agar memenuhi stadium Shah Alam jika anda benar-benar peminat pasukan anda.Buktikan bahawa tohmahan yang dilemparkan adalah tidak betul dengan membanjiri Stadium Shah Alam sabtu ini...

3 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Kalau tak ada duit ....tengok TV saja lah......hahaha.
oghe masuk final awak pun nak masuk final......

Tanpa Nama berkata...

dok payoh nok cabor team lain,team deme kaloh awal doh,stadium dop penoh dop ape janji penyokong disiplin

Tanpa Nama berkata...

Ini suma kija pengerusi jk pertandingan. dia nak kaut untung. cuba pikir... bakpo final wat di stadium shah alam. walhal sebelum ni suma wat di bkt jalil. fikirkan....