Oleh Mohd Fitrie Muhamad, Berita Harian.
JANGKAAN awal yang mungkin menemukan dua pasukan tetangga – Terengganu dan Kelantan di peringkat suku akhir tidak pernah melahirkan rasa gerun kepada Abdul Manaf Mamat dalam usaha membantu pasukan bergelar Penyu itu menjuarai Piala Malaysia, musim ini. Penyerang Terengganu itu yang menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super, musim ini menegaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan sebarang kemungkinan seperti itu ketika fokusnya lebih terarah kepada usaha membawa Terengganu layak ke final.
“Bagi saya peluang antara Terengganu dan Kelantan masih seimbang, 50-50. Pasukan mana yang mampu beraksi baik layak menang serta ke peringkat seterusnya.
“Saya tidak perlu terlalu memikirkan perkara ini namun sekiranya jangkaan awal itu betul saya tidak boleh elak dan perlu terus bermain seperti biasa untuk membawa Terengganu ke pentas final,” katanya.
Dalam saingan musim ini, Terengganu – juara Piala Malaysia 2001– dijangka tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan bersama naib juara musim lalu, Negeri Sembilan selepas diundi bersama dua kelab Liga Perdana – Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby.
Walaupun Terengganu diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan B, namun dia tidak mahu rakan sepasukannya memandang rendah keupayaan pasukan lain termasuk dua pasukan dari Liga Perdana.
“Kami akan bermain bersungguh-sungguh setiap perlawanan dan cuba elak temu Kelantan di suku akhir. Selain itu, kita perlu berwaspada dengan saingan PKNS dan Sime Darby. Mereka juga mampu melakukan kejutan dalam saingan musim ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan