15 Sep 2011

The Red Warriors tumbang...???

Keputusan Penuh P3 Piala Malaysia 2011 : 

Felda United 2 - 0 Kelantan

Kelantan terpaksa menerima hakikat bahawa Felda United lebih bernasib baik malam ini apabila dua gol 'mengejutkan' dari pasukan kelab tersebut menyaksikan Kelantan pulang hampa ke Kota Bharu.


Kehadiran Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa yang baru pulang dari luar negara ternyata tidak menaikkan nafsu pemain untuk meratah Felda United malam ini sebaliknya TSAM dihadiahkan dengan kekalahan memalukan yang disaksikan jutaan peminat bolasepak Malaysia melalui siaran langsung dari pihak Astro.Malah kehadiran penyokong-penyokong TRW ke Stadium Selayang yang terpaksa meredah hujan tidak berbaloi-baloi.

Jika ini sahaja 'persembahan' yang boleh diberikan oleh TRW,lupakan sahaja angan-angan untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu kerana lawan diperingkat suku akhir nanti seandainya Kelantan berjaya melayakkan diri adalah Terengganu dan Negeri Sembilan yang mutu permainan mereka sedang menuju kekemuncaknya.

Kehebatan penjaga gol Felda United,Hamsani sedikit sebanyak menyaksikan kubu mereka masih lagi bertahan untuk tempoh 270 minit tanpa dibolosi namun itu bukanlah alasan pemain-pemain tidak mampu menembusi benteng kebal Felda United.

Percaturan M.Karathu ternyata tidak menjadi ditambah kegopohan kapten pasukan,Piya ternyata membawa malang buat dirinya yang menyaksikan M.Karathu terpaksa membuat pertukaran paling sengal dengan mengeluarkan Piya dan mengantikan dengan Ramzul yang ternyata gagal menterjemahkan gol buat TRW.

Malam ini serba tidak menjadi buat TRW walaupun telah mengasak bertali arus kegawang Felda namun tiada gol yang diperolehi.M.Karathu perlu melihat kembali taktikalnya masih relevan lagi ataupun tidak....
Tidak mustahil selepas ini akan kedengaran suara-suara sumbang dari penyokong tegar TRW yang mahukan B.Sathianathan melatih kembali pasukan.

Teruskanlah perjuangan walaupun sudah hampir terkubur..andai Kelantan tidak layak kepusingan seterusnya jangan ditangisi kerana ada hikmah disebalik kejadian.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

main ok doh sikit pado 2 game sebelum nih..tapi dale kategori berat lagih kalu nk main suku akhir..game kito kontrol,shoot banyok..tp duk shoot alah ko keeper sokmo..keno belatih shoot gol smula sek2 nih..harap ado penambahbaikan lagi pahnih..bia kaloh,tp kualiti game bia game kelate hok sebenar..putuh angin dh nk g stadium..xngapuh nga demey keno huje..

Tanpa Nama berkata...

kelemahan sek kelate kita ialah bermain dalam hujan atau padang becak.kalau bermain dalam hujan mesti permainan tidak menyebelahi kelate.adakah ini nasib atau salah taktikal ??

Tanpa Nama berkata...

jgn cpat panik...adat main ado mene kaloh...kaloh awa takpo! pahtu mene sokmo..last ysr piala malaysia..kaloh dulu ko N9, pahtu jd juara apo!!

Tanpa Nama berkata...

Wat turun Ramzul awal la pulop...sipe Alex (Pelak) maso keduo pulop..main OK ..cumo x sumbat gol..dok pasing ko gol jah...baik sungguh striker kito...

Tanpa Nama berkata...

Kalu tgk ko prestasi suma pasukan stakat ni lah..kiro game hok boleh g jauh lar..n9 ngan ganu..buke kt nok jeh sapo2 dok tp ni pemerhatian & pandgan ikhlas kw lar..stakat 3 perlawanan ni lah,meenee klate xleh g jauh wei...

Tanpa Nama berkata...

BAKPO WAK TUBIK PIYA DGN NURUL. PAHTU GATI PULOK DGN RAMZUL.LASUNG TAK BERI SAINGAN.KOHO BERAT ADO..ORE TUKAR LAH ALEX..TOK NYENGAT LASUNG

Tanpa Nama berkata...

kawe penyokong setia TRW harap pah ni sek kito akan menang besar semuo baki game hok ada...

Tanpa Nama berkata...

takpo2 pok kito molep doh,tp keno engat,control mene dr minit 1 sapa habes pon menag kaloh atas sumbat gol or dop..m karathu wat molep doh cumo dy stres rusing kaloh bokali male tue,tue tg saloh taktik..tp gak x soh rusing,mene lawe srawak nga felda di kb kito tujuk sapo kito sebena n maen d johor pah nie buktikan kelate akan juare piala malaysia 2 kali berturut2!!

Tanpa Nama berkata...

Napok gayo...Mental dan emosi penyokong kito keno bersedio terimo hakikat yg team kito bakal kaloh tahun 2011... corak mene 3 perlwnn liga M kito x menyengat dan hambar .. setuju dgn pendpt mmber N9 dan Ganu hebat..Jgn kecewo puok2 kito.. bersedia terima hakikat. Dato MK pun kohor pening...wat tubik player sedap..keeper pulok koyal molek..isk isk isk

Are-K berkata...

maaf klu ambo salah..tp..lepas ni, felda mari main kB, mereka kan ttp bertahan..4-5-1..hnya untuk dpatkn 1 mata.. begitu juga sarwak..kta tgok la mlm esok guano..sebb kebnyakkn pasukn tahu doh..kelate akn serang..mereka akn guna formasi 4-5-1. sebb kito mainan biasa guna short pass..so, mereka akan meramaikn bahgian tgah..ape2 pon..GOMO KELATE GOMO