30 Okt 2011

Tahniah Azraai Khor...

Tahniah buat Azrai Khor dan pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia seterusnya memadam keegoaan Terengganu untuk merangkulnya setelah berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Kemenangan Negeri Sembilan menyaksikan tiga Piala musim ini dirangkul oleh tiga pasukan berlainan yang menyaksikan Kelantan menjadi juara Liga Super dan Piala Sumbangsih,Terengganu menjuarai Piala FA manakala Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia yang baru.


Penjaga gol Terengganu mungkin menganggap final Piala Malaysia kali ini sebagai igauan ngeri apabila melepaskan gol mudah hasil sepakan S.Kunanlan yang menyaksikan kebangkitan Negeri Sembilan sebelum disudahi dengan gol kemenangan dari penyerang paling bertuah Hairuddn Omar.Jaringan Hai-O semalam boleh disifatkan yang terbaik bagi saingan Piala Malaysia ini.

Hai-O selepas ini mungkin akan menerima kutukan dan makian dari penyokong-penyokong Terengganu kerana memusnahkan impian mereka untuk melihat skuad penyu pulang gah ke Kuala Terengganu membawa Piala Malaysia setelah berjaya memenanginya sepuluh tahun lepas.

Berita gembira buat penyokong-penyokong Kelantan adalah dikhabarkan Tan Sri Annuar Musa bakal mengumumkan pemain import tempatan yang bakal menyarung jersi keramat Super Warriors musim lepas.Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut...

Tiada ulasan: