28 Sep 2011

Piala Malaysia 2011:Kelantan juara kumpulan C

Keputusan penuh :

Kelantan 2 - 0 Felda United

Kelantan akhirnya berjaya menjuarai kumpulan C apabila menundukkan lawan yang pernah memalukan TRW pada pusingan pertama yang lalu.Dua gol dari Norshahrul memastikan Kelantan berjaya membalas dendam kekalahan keatas Felda United tempohari.


Permainan hambar yang ditunjukkan oleh anak didik M.Karathu cukup membuatkan penyokong-penyokong berang dengan aksi longlai pemain diatas padang.

Jika inilah permainan yang ditunjukkan...Lupakan sahaja misi untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lepas.Taktikal yang diterapkan oleh jurulatih menimbulkan persoalan dikalangan penyokong-penyokong TRW,persoalan sekarang adalah pemain-pemain tidak mengikuti arahan jurulatih atau jurulatih sendiri telah kekeringan idea dan masih menggunakan taktik 'old school'.

Tamat saingan peringkat kumpulan,Kelantan bakal berhadapan laluan getir apabila terpaksa berdepan Terengganu yang mempunyai reputasi hebat dan telah menewaskan Kelantan pada final Piala FA lalu.Pemain-pemain harus bersedia dari segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan pasukan kuat seperti Terengganu dan tidak terlalu memikirkan kekuatan lawan sebaliknya fokus bagaimana ingin menterjemahkan kemenangan buat pasukan.

Keputusan lain:-
  1. Kedah 1 - 1 Perak
  2. Johor 1 - 4 Sabah
  3. Terengganu 0 - 0 N.Sembilan
  4. Johor FC 3 - 1 Sarawak
  5. Selangor 2 - 1 K.Lumpur
  6. T.Team 6 - 0 PDRM

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu la bakpo lps sathia... karatu ni x tahu gapo 1.. taktik toh apo2.. musim dpn cari coach lain la..

Tanpa Nama berkata...

yolo tu...ambo xse karathu....taktik lapuk..ketinggalan zaman...

Tok Gawa berkata...

Kalu Irfan Guano gamak.???