11 Okt 2011

Nafeez buat hal lagi

Entah dimana silapnya Kelantan terpaksa menanggung derita ekoran tindakan 'panas' dari pengadil perlawanan Mohd Nafeez dari Johor yang telah 'menghadiahkan' tiga kad merah kepada Kelantan dan dua kad merah lagi kepada pasukan Terengganu.Pengadil ini pernah mengadili perlawanan Kelantan dan Terengganu dalam saingan akhir Piala FA lalu dan sekali lagi di beri tanggungjawab mengadili perlawanan panas ini.


Tidak cukup dengan itu Kelantan terpaksa berputih mata apabila tumpas 3-1 di Terengganu semalam yang menyaksikan betapa skuad M.Karathu ini dilihat semakin jauh dari sasaran untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu.

Bekalan satu gol dari kapten pasukan,Piya sedikit menceriakan pasukan namun cukupkah bekalan satu gol itu kerana kelantan memerlukan dua gol tanpa dibolosi dalam aksi timbal balik di Kota Bharu jumaat nanti.

Kekecewaan jelas kelihatan dari penyokong-penyokong Kelantan,ada yang sudah mula 'mengibar' bendera putih dan tidak mengharapkan apa-apa keajaiban lagi setelah Kelantan kehilangan tiga tonggak penting terutamanya Shakir yang sememangnya menjadi nadi utama jentera tengah Kelantan.Tugas berliau mungkin dipikul oleh Daniel namun persolannya mampukah Daniel mengalas tugas berat ini.

Ada juga penyokong-penyokong yang bersikap positif dan mengharapkan Kelantan bangkit jumaat nanti kerana maruah yang tercalar perlu dipadamkan dengan membenam semula Terengganu seperti yang dilakukan dalam saingan liga super.

Harapan setinggi gunung Everest diletakkan dibahu pemain-pemain agar dapat memadamkan kelebihan Terengganu nanti disamping mengharapkan 'sentuhan keramat' jurulatih tersohor Malaysia M.Karathu agar melakarkan strategi terbaik bagi membenam Terengganu di Kota Bharu nanti.

4 ulasan:

Live Radio berkata...

TSAM perlu ambil tindakan terhadap pengadil tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap la ya aku rasa tahun ni kita tok sah mimpi piala malaysia sebabnya ingat mudah ka nak dapat 3-0 kat kota bharu nanti silap-silap kena balun kat terengganu lagi teruk

EN.SHAHRUL berkata...

AMBO XBERAPA SETUJU APA HOK DMO OYAK TU SBNR..
KDG2 kITA KENA BFKRN POSITIF BOH..DM KENA INGAT PASUKAN KITO NI LAIN SIKIT DR PASUKAN LAIN..AURA DIA LAIN..KEAJAIBAN MUNGKIN AKAN BERLAKU DAN MUNGKIN TIDAK BERLAKU.TP INSYA ALLAH KALU PMAIN KITO ADA KESEFAHAMAN BALIK, SUSUSN BALIK KDUDUKAN PEMAIN..AKAN ADA KEAJAIBAN..MAAFLAH BOH BUKE NAK SOUND DMO..CUMA KWE XBRP STUJU..KLU DM IKUTI PERLWNN KELATE,DM AKAN NMPK PASUKAN KELATE DAN TRG KITE SUKAR NK BUAT TFSIRAN..SBB KDUA2 PASUKAN P,TIMUR PASUKAN Y GAH...

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan sy yg telah lama merantau , ramai org johor mmg anti org kelantan...sy xtahu knp tp sy amat sedih dgn org johor yg terlalu menghina dan memperkecilkan org kelantan...maaf klu kata2 sy menyinggung sesiapa sb sy mengalaminya sdr...