30 Sep 2012

Laluan Kelantan Piala Malaysia 2012


Peringkat kumpulan : 

Terengganu     2 – 0     Kelantan
Kelantan     2 – 1     Kedah
ATM    1 – 1     Kelantan
Kelantan     4 – 3   ATM
Kedah     0 – 0     Kelantan
Kelantan     6 – 1     Terengganu

Suku Akhir : 

Felda United 1 -2 Kelantan



Kelantan pamer bisa

Melaka: Hasrat pasukan kelab, FELDA United mencipta kejutan ke atas Juara Liga Super, Kelantan pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia tidak kesampaian selepas tewas 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, pelawat terlebih dulu mendapat peluang untuk membuka jaringan, namun percubaan pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Mohd Afiq Azmi pada minit ke-8 berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Mohd Suffian Abd Rahman. 

Piala Malaysia 2012 : Keputusan Penuh Suku Akhir Pertama

Felda United 1 - 2 Kelantan
ATM 3 - 2 N.Sembilan
Johor FC 1 - 3 Selangor
Pahang 2 - 1 Lions XII

*Suku Akhir kedua akan dilangsungkan pada 2 oktober ini.

27 Sep 2012

Tersingkir Piala AFC tak jejas fokus Kelantan

KOTA BHARU - Tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas dengan agregat 2-6 pada peringkat suku akhir kepada pasukan Iraq, Arbil FC tidak akan menjejaskan fokus Kelantan dalam misi memenangi Piala Malaysia musim ini.

Jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih pilihan utama untuk menjuarai piala paling berprestij itu dalam usaha mencipta kejuaraan treble tahun ini selepas memenangi Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, kejayaan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV sejak lebih setahun lalu selepas seri 1-1 dengan Arbil FC, merupakan satu lonjakan moral untuk anak buahnya.

26 Sep 2012

Piala AFC: Kelantan tersingkir

HARAPAN untuk menyaksikan buat pertama kalinya wakil negara beraksi pada pentas separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkecai apabila Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Arbil SC pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan malam tadi Kelan- tan mencatat keputusan seri 1-1 namun, secara agregatnya, anak-anak buah Bojan Hodak tewas dengan 2-6 selepas mereka dimalukan 1-5 pada perlawanan pertama di Stadium Franso Harisi, Iraq minggu lepas.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan memulakan asakan untuk mencari gol awal dalam misi mereka mendapatkan empat gol bagi memadam kelebihan yang dimiliki Arbil pada perlawanan pertama di Iraq tempoh hari.

Piala AFC: Kelantan seri, 'tapi tak cukup'

MESKIPUN mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arbil FC, namun misi  Kelantan untuk melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Konfederasi (AFC) nyata terpadam apabila tewas  dengan agregat 2-6 ditangan Arbil FC dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pada saingan suku akhir pertama Selasa lepas,  Kelantan telah tewas 1-5 kepada juara empat kali Liga Premier Iraq itu.

Bagaimanapun, kesungguhan  yang dipamerkan anak buah Bojan Hodak wajar diberi pujian apabila mempamerkan aksi bertenaga untuk memberi saingan kepada pasukan pelawat.

Keputusan penuh Suku Akhir kedua Piala AFC : Kelantan vs Arbil SC

Kelantan 1 - 1 Arbil 1

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 perlawanan.Arbil layak ke separuh akhir dengan agregat 6-2 dan bakal menentang Chonburi dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria.

Tahniah buat pemain-pemain kerana mampu mara sejauh ini untuk penampilan pertama.Banyak yang boleh dipelajari dari Piala AFC ini dan boleh dijadikan pengalaman berguna bagi mengharunginya saingan musim hadapan.

24 Sep 2012

Papan markah elektronik baru


Annuar Musa (kanan) melihat papan markah elektronik yang telah dipasang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. 

KOTA BHARU - Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Stadium Sultan Muhammad IV memiliki papan markah elektronik akhirnya tercapai.
Malah, papan markah baharu yang dipasang di stadium itu merupakan yang terbaik di negara ini.

21 Sep 2012

Jadual Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2012

Selasa,25 September 2012,8.45 mlm

Pahang vs Lions XII
Johor FC vs Selangor

Jumaat,28 September 2012,8.45 mlm

ATM vs Negeri Sembilan

Sabtu,29 September 2012,8.45 mlm

Felda United vs Kelantan
(Stadium Hang Jebat,Ayer Keroh,Melaka)


19 Sep 2012

Piala AFC 2012 : Keputusan penuh Suku Akhir pertama Arbil FC vs Kelantan

Arbil FC 5 - 1 Kelantan

Keputusan lain :

Chonburi 1 - 2 Al-Shorta
Arema Malang 0 - 2 Al - Ittifaq

p/s : Pasukan dari Asia Tenggara tidak mampu untuk menandingi kehebatan pasukan dari Timur Tengah(Pak Arab)...Jadi mampukah Kelantan untuk memadamkan defisit gol yang dimiliki oleh Arbil FC pada perlawanan kedua 25 September di Kota Bharu nanti?




18 Sep 2012

Butler digantung enam bulan

KUALA TERENGGANU - Kelancangan Peter Butler (gambar) yang bersuara secara terbuka mengenai pemain skuad bimbingannya sehingga mengheret kontroversi berpanjangan membawa padah, apabila jurulatih Terengganu itu digantung enam bulan.

Malah Butler turut didenda RM4,000 ekoran kenyataannya kepada media mengenai dua pemain yang didakwa melanggar disiplin dengan pulang lewat ke hotel penginapan di Alor Setar 1 September lalu.
Butler didapati bersalah mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ari melakukan kesalahan tersebut tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Selain itu, gaji Butler turut dipotong 15 peratus selama sebulan atas kesalahan bertindak biadab memalukan penjaga gol, Ahmad Sharbinee Allawee di depan ribuan penonton sewaktu Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 3 September lalu.

17 Sep 2012

Piala AFC 2012 : Siaran Langsung Suku Akhir Arbil FC vs Kelantan FA oleh RTM1

RTM dijangka akan mengadakan siaran langsung perlawanan bolasepak melibatkan Juara Liga Perdana Iraq iaitu Arbil FC yang bakal menentang Juara Piala FA dan Liga Super Malaysia,Kelantan.

Perlawanan yang  dilangsungkan di Stadium Franso Hariri,Arbil akan disiarkan oleh RTM1 pada 18 september tepat jam 11.30 malam waktu malaysia.(6.30 petang waktu di Iraq).

Piala AFC: TRW tempang di Iraq

PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui The Red Warriors berdepan cabaran getir apabila bertemu kelab Iraq, Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) esok, lapor MOHD ZAILANI ABD RAHMAN.

Menurutnya, kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual perlawanan yang padat menyebabkan pihaknya terpaksa menagih kudrat pemain sedia ada dalam perlawanan di di Stadium Francouse Al Hareeri, Arbil City pada jam 6.30 waktu tempatan.

Pada masa sama katanya, pasukannya juga tidak dapat membawa pemain import baru, Mijo Dadic dan Keita Mandjou kerana gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

14 Sep 2012

Keputusan piala malaysia : p6

Keputusan penuh...

Kelantan 6-1 Terengganu
ATM 2-2 Terengganu
Johor 2-0 pkns fc
Felda utd 1-1 N.Sembilan
Lions XII 0-0 Johor Fc
Perak 2-1 Sime Darby
Selangor 2-0 Sarawak
T.Team 2-2 Pahang

Kelantan juara kumpulan B akan bertemu felda utd manakala ATM akan bertemu juara kumpulan C,N.Sembilan,andai kelantan menang keatas felda di suku akhir nanti, kelantan bakal bertemu johor fc atau selangor di separuh akhir.

10 Sep 2012

Piala AFC: Kijang kempunan guna pemain import

Juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan terlepas peluang menggunakan khidmat dua pemain import terbarunya, Keita Mandjou dan Mijo Dadic dalam saingan suku akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak lama lagi.

Kegagalan tersebut merupakan satu tamparan hebat bagi Kelantan yang terpaksa berhadapan kelab terbaik dari Iraq, Arbil dalam aksi timbal balas pada 18 dan 25 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) menjadi punca urusan pendaftaran kedua-dua pemain import tersebut tidak dapat dilakukan oleh pihaknya.

5 Sep 2012

Jadual perlawanan persahabatan pasukan Indonesia

10 September Indonesia VS NORTH KOREA Gelora Bung Tomo Stadium, Surabaya SCTV CUP

15 September Indonesia VS VIETNAM Gelora Bung Tomo Stadium, Surabaya

22 September VIETNAM VS Indonesia My Dinh National Stadium, Hanoi

26 September  Indonesia VS BRUNEI Gelora Bung Tomo Stadium, Surabaya

14 November SPAIN U-23 VS  Indonesia Campo de Fútbol de Vallecas, Madrid

6 February 2013 Indonesia VS ARGENTINA Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta

4 June 2013 POLAND VS  Indonesia National Stadium, Warsaw

14 June 2013 Indonesia VS POLAND Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta

p/s : Malaysia bila lagi nak adakan perlawanan persahabatan GRED A?katanya ranking tak penting...

4 Sep 2012

90 minit lagi

Kelantan terpaksa bermain 90 minit lagi bagi mengesahkan untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.Keputusan seri 0-0 di Alor Star memaksa penyokong-penyokong The Red Warriors menunggu sehingga perlawanan menentang Terengganu di Kota Bharu 14 september ini.

Terengganu yang ditunjukkan jalan keluar oleh Marlon dalam saingan Piala Malaysia bukanlah lawan mudah namun peluang Kelantan lebih cerah berbanding Kedah yang terpaksa berhadapan ATM dalam perlawanan terakhir nanti.

90 minit lagi adalah nyawa bagi pasukan Kelantan kerana Kelantan tidak perlu ehsan dari ATM untuk mengalahkan Kedah untuk mengesahkan tempat kesuku akhir tetapi sebaliknya pemain-pemain perlu bermain bermati-matian dalam perlawanan terakhir nanti.

Harapan ribuan penyokong menggunung tinggi ingin memastikan Kelantan melangkah ke suku akhir nanti dan seterusnya menjadi juara Piala Malaysia musim ini.

Keputusan Piala Malaysia 2012 : P5

Johor FC     1-3     Johor        
PKNS     1-0     Singapore LIONSXII        
Terengganu     0-2     ATM        
Kedah     0-0     Kelantan        
Sime Darby     1-1     Negeri Sembilan        
Felda United     2-2     Perak        
Pahang     1-4    Selangor
Sarawak 6-1    PBDKT T-Team

*ATM  mengesahkan tempat kesuku akhir.

Piala Malaysia 2012 : Siaran Langsung Kedah vs Kelantan di RTM1

Malam ini Kelantan bakal berkunjung ke Alor Star bagi melengkapkan misi untuk ke Suku Akhir Piala Malaysia.

Kemenangan malam ini akan memastikan Kelantan bakal melebar sayap kesuku akhir.RTM1 dijangka akan mengadakan siaran langsung perlawanan malam ini yang bakal bermula pada 8.40 malam.

Sama-sama kita saksikan perlawanan hebat ini kerana kedua-dua pasukan perlu menang andai untuk merebut tempat kesuku akhir nanti.

Pasukan Liga-M lamar Owen?

KUALA LUMPUR - Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M). 

Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu. 

Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu. 

Misi hidup mati Kedah

KEDAH tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan ke atas juara Liga Super, Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini bagi menghidupkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia, lapor AHMAD SYAHIR KASSIM.

Bagaimanapun, misi itu tampak sukar bagi skuad Hijau Kuning kerana Kelantan dilihat semakin 'bernafsu' lebih-lebih lagi selepas menundukkan juala Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu sudah pasti mahukan kemenangan setelah berkongsi tujuh mata dengan ATM selepas empat perlawanan dengan Kedah hanya meraih empat mata hasil satu kemenangan dan sekali seri.

2 Sep 2012

Piala Malaysia 2012 : Gol-gol Kelantan vs ATM

Credit : Sokernet

Keputusan penuh Piala Malaysia : P4 (Pusingan Kedua)

Kumpulan A :

Lions XII 1 - 0 Johor
Johor FC 2 - 1 PKNS FC

Kumpulan B :

Kelantan 4 - 3 ATM
Terengganu 1 - 1 Kedah

Kumpulan C:

Perak 0 - 1 N.Sembilan
Sime Darby 3 - 3 Felda Utd

Kumpulan D :

Selangor 2 - 1 T.Team
Sarawak 2 - 3 Pahang