PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui The
Red Warriors berdepan cabaran getir apabila bertemu kelab Iraq, Arabil
dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) esok, lapor
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN.
Menurutnya, kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual perlawanan yang padat menyebabkan pihaknya terpaksa menagih kudrat pemain sedia ada dalam perlawanan di di Stadium Francouse Al Hareeri, Arbil City pada jam 6.30 waktu tempatan.
Pada masa sama katanya, pasukannya juga tidak dapat membawa pemain import baru, Mijo Dadic dan Keita Mandjou kerana gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Untuk itu, kita tak boleh bagi harapan yang tinggi, cuma kita rasa ada peluang untuk pergi lebih jauh sekiranya pemain dapat menujukan aksi yang baik,” katanya yang membayangkan akan menggunakan dua pemain import Denny Atwi dan Emmanuel Okine dalam saingan yang dianggap bersejarah itu.
Azman mengharapkan pemainnya dapat mencuri satu mata di Arbil sebelum perlawanan timbal balik di Kota Bharu pada 25 September dengan kekuatan yang lebih padu setelah beberapa pemain yang cedera kembali pulih.
Mengulas mengenai kecederaan penyerang import sensasi, Mohamed Ghaddar, Azman berkata, pemain itu masih berehat dan dijangkakan hanya dapat turun dalam perlawanan di Kota Bharu nanti.
“Insya-ALLAH kita akan turunkan barisan terkuat di Kota Bharu, selain Mohamed Ghaddar, pemain pertahanan S Subramaniam dijangka kembali memperkuatkan pasukan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan