KOTA BHARU - Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Stadium Sultan Muhammad IV memiliki papan markah elektronik akhirnya tercapai.
Malah, papan markah baharu yang dipasang di stadium itu merupakan yang terbaik di negara ini.
"Ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah
ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil
kerana teknologi yang digunakan semuanya terkini dan kesemuanya diimport
dari Jepun.
"Pembinaannya bermula tiga bulan lalu dan akan siap sepenuhnya tidak
lama lagi dan untuk perlawanan menentang Arbil FC (Piala AFC) beberapa
perkara asas papan markah itu akan digunakan," katanya.
Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia ketika berkunjung ke
stadium bersama beberapa pemimpin KAFA bagi melihat perkembangan terkini
pemasangan papan markah itu di sini semalam.
Annuar berkata, pembinaan papan markah itu turut melibatkan
pemasangan lima kamera di dalam stadium di mana tiga daripadanya
menggunakan sistem robotik manakala dua lagi tanpa wayar.
Jelas beliau, pemasangan kesemua kamera itu akan siap tidak lama lagi
dan pembekal akan turut melatih staf KAFA dan Perbadanan Stadium untuk
menjadi operator bagi mengendalikan peralatan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan