31 Okt 2009

Keputusan Separuh akhir kedua

PERLIS 1
Firdaus Fauzi(mnt 69)

KELANTAN 3
Norfarhan (mnt 27,53 dan 88)


Kelantan menepati ramalan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila membenam Perlis di Stadium Utama Kangar.

NorFarhan sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Perlis dengan meledak tiga gol berharga untuk Kelantan bagi membawa Kelantan ke final Piala Malaysia setelah kali terakhir beraksi di pentas final 39 tahun lepas dan tumpas kepada Perak 2-0.

Perlis bermula garang dan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kelantan yang di ketuai oleh Nazrul,Pada minit kelima Syazwan merembat kencang ke gawang Kelantan dan mujur bola meliar keluar.

Seminit berselang Perlis melancarkan lagi serangan dengan membuat hantaran lintang dan berjaya di pintas oleh Halim Napi yang menyaksikan tiga pemain Perlis bersedia untuk menyambut hantaran lintang tersebut.

Kelantan akhirnya memperoleh gol pertama apabila NorFarhan bijak memperdaya pemain pertahanan dan merembat kencang menewaskan Ferizal menjadikan kedudukan secara agregat Kelantan mendahului 3-0.

Pada minit ke-40 Halim sekali lagi bertindak cemerlang menepis sepakan pemain Perlis.Pada minit ke-45 Kelantan terpaksa mengeluarkan Sarudy yang tercedera dan mengantikan dengan NorHisham.

Bermula separuh masa kedua Perlis cuba menukar rentak permainan dengan menggunakan hantaran pendek bagi memerangkap pertahanan Kelantan namun berjaya diimbangi oleh pertahanan Kelantan yang bertindak cemerlang menahan asakan pemain Perlis.

Pada minit ke-53 Norfarhan sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menyumbat gol kedua Kelantan apabila bijak melambung bola ke gawang Perlis dan tertampan pertahanan yang menyaksikan Ferizal hanya mampu melihat bola melintasi gawangnya.

Kelantan ternyata bernafsu untuk mencari gol dengan mengeluarkan Zul Yusri dan memasukkan Khalid serta melengkapkan tiga kuota pertukaran pemain dengan mengeluarkan Nizab dan memasukkan Che Hishamuddin.

Perlis ternyata semakin tertekan cuba untuk mencari sisa-sisa gol berjaya memperolehi gol saguhati apabila pada minit ke-69 Firdaus Fauzi berjaya melepasi kawalan pertahanan Kelantan walaupun cuba disaingi oleh Farisham merembat kencang menewaskan Halim Napi menjadikan kedudukan 2-1.

Gol tersebut ternyata memberi semangat kepada pemain-pemain Perlis yang cuba bangkit disaat-saat akhir dan telah 'membuka' permainan yang membolehkan Kelantan melancarkan serangan balas yang berjaya dimanfaatkan oleh pemain-pemain Kelantan.

Peluang terbaik terhidang apabila Kelantan melancarkan serangan balas menerusi Che Hishamuddin melorongkan bola kepada Khalid dan di sia-siakan begitu sahaja oleh Khalid.

Kelantan sekali lagi mempunyai peluang terbaik hasil serangan balas pada minit ke-80 apabila Farhan yang tidak dikawal menerima hantaran dari Khalid namun beliau kurang kemas menampan bola tersebut dan berjaya disambut Ferizal.

Akhirnya NorFarhan menemui sentuhan gol nya apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-88 apabila lariannya berjaya memperdaya pertahanan Perlis dan beliau dengan bersahaja menguis bola ke gawang dan tertampan pemain Perlis yang menyaksikan sekali lagi Ferizal hanya mampu melihat golnya dibolosi untuk kali ketiga.

Insiden yang tidak sepatutnya berlaku diminit-minit akhir perlawanan apabila pertahanan Kelantan Farisham yang terbaring kesakitan setelah dikasari pemain Perlis dibaling mercun dan mengenai telinganya.

Dalam memperkatakan tentang penyokong bolasepak yang dilabel 'ganas' adalah penyokong Kelantan tetapi malam ini penyokong-penyokong Perlis juga tidak kurang 'hebatnya' mula menunjukkan taring ekoran kekalahan pasukan mereka.

Apapun sekalung tahniah kepada pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA yang telah berjaya mencetak nama Kelantan dipersada sukan bolasepak tanah air apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ketiga bagi Kelantan.

Kesebelasan utama:-Halim Napi,Farisham,Nazrul Ezwan,Zamri Ramli,Rizal Fahmi,Sarudy(NorHisham Hasan),Daudsu,Khairan(K),NorFarhan,Zul Yusri(Khalid Jamlus),Nizab Ayub(Che Hishamuddin).

Penyokong dari Kuala Lumpur bersama Tok Guru



Para penyokong Kelantan dari Kuala Lumpur yang menuju ke Kangar hari ini mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Menteri Besar Kelantan ketika bertemu secara kebetulan di Tanjung Malim. Tok Guru dalam perjalanan ke Ipoh Perak.

29 Okt 2009

Indra rasa kecewa kena gantung


INDRA (kanan) bersalam dengan Sathianathan selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu malam kelmarin.


"SAYA kecewa tidak dapat beraksi membantu Kelantan di Kangar Sabtu ini."

Demikian ujar ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin yang tidak dapat beraksi pad aperlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis selepas mengumpul kad kuning kedua pada perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menyifatkan keputusan pengadil kurang bijak namun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Itu bukan kekasaran kerana saya tidak sengaja terlanggar pemain lawan dan hukuman kad kuning adalah tidak wajar dalam situasi tersebut.

"Bagaimanapun, saya yakin pemain-pemain lain mampu menggalas tugas dengan baik ketika bertandang ke Kangar walaupun saya tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kelebihan dua gol hasil daripada kemenangan pada perlawanan malam kelmarin mampu dipertahankan bagi membolehkan mereka melangkah ke final Piala Malaysia.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, bekalan dua gol yang akan dibawa ke Kangar bukanlah satu jumlah yang banyak.

Katanya, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu selesa dengan kedudukan tersebut sebaliknya terus berusaha untuk menambah jumlah jaringan.

"Kita kena tetapkan sasaran bahawa perlawanan menentang Perlis Sabtu ini adalah misi penting dan perlu melupakan kelebihan dua gol itu.

"Kalau semua pemain dapat berfikir macam itu, saya yakin kita akan melepasi cabaran ini dan seterusnya merealisasikan impian untuk ke Bukit Jalil sekali lagi," ujarnya.

Jelasnya, kehilangan Indra pasti dirasai dan menganggap ia adalah perkara biasa dalam kejohanan besar seperti ini.

Sathia menambah, ini adalah peluang kepada pemain-pemain muda untuk membuktikan kehebatan dan beliau yakin pemainnya mampu mengisi kekosongan tersebut.

"Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan pemain-pemain senior dan berpengalaman mereka kerana situasi seperti ini pasti akan berlaku.

"Saya disini untuk menggilap mereka yang masih baru dan mereka perlu buktikan mereka bersedia untuk tujuan itu dan boleh diturunkan pada bila-bila masa diperlukan," jelasnya.

28 Okt 2009

Kelantan Terpaksa Cari Percaturan Baru Tanpa Indra Putra

KOTA BHARU, 28 Okt (Bernama) -- "The Red Warriors" terpaksa akur untuk berlawan tanpa penyerang utamanya, Indra Putra Mahayuddin dalam pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Perlis nanti.

Malahan bagi jurulatih bolasepak Kelantan B.Sathianathan berkata pasukan itu terpaksa membuat percaturan baru dalam strategi permainan dengan Perlis nanti.

"Malam ini Indra Putra telah dilayangkan kad kuning ketika bermain di padang. Menurut peraturan jika sudah dua kali dilayangkan kad kuning pemain tidak dibenarkan beraksi untuk satu perlawanan.

"Tetapi saya tidak pasti lagi sama ada dua atau tiga kad kuning baru pemain tidak boleh bermain satu perlawanan. Hari ini saya akan periksa peraturan yang ada dalam Piala Malaysia ini," katanya kepada pemberita di sini lewat malam tadi.

Kelantan pada selasa menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV di sini selasa malam.

Sathianathan bagaimanapun enggan mendedahkan strategi perlawanan itu.

Beliau juga masih belum berpuashati terhadap permainan pasukannya semalam dan menyifatkan pasukan Kijang bernasib baik memperoleh kemenangan malam tadi.

"Kita lihat pada waktu pertama permainan Perlis lebih menguasai permainan tapi kita bernasib baik dapat menyumbat dua gol," katanya.

Justeru beliau meluahkan rasa bimbangnya terhadap perlawanan dengan Perlis nanti kerana pastinya pasukan itu akan lebih bersiap sedia untuk memastikan kemenangan pasukan itu.

Sementara itu, jurulatih Perlis Irfan Bakti berkata beliau akan pastikan Perlis mempunyai peluang menang dengan mengatur strategi yang lebih mantap.

Sebagai pasukan yang sebelum ini menduduki tempat kedua dalam Piala Malaysia dulu, beliau berkata pasukannya lebih banyak gugup pada perlawanan malam tadi.

"Ada beberapa pemain saya gugup ditambah lagi dengan sokongan kuat penyokong Kelantan semacam saya berada di England, bersemangat sungguh penyokong Kelantan dan ia memberi tekanan kepada pasukan kami," katanya.
-- BERNAMA

Kijang ratah Singa Utara, selangkah ke final


Keputusan Penuh :
KELANTAN 2
Indra Putra (mnt-21 Penalti)
Rizal Fahmi (mnt-92)

PERLIS 0

Tarikh : 27-10-2009
Masa : 8.45 malam
Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Penonton : 30,000 orang.
Tetamu Kehormat : Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan).

39 tahun..... Suatu tempoh masa yang boleh dianggap panjang dan memori lampau memang tidak dapat diingati dan dirasai oleh penyokong bolasepak Kelantan yang lahir selepas tahun 1970 di mana pasukan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas di tangan pasukan Perak dengan jaringan 1-0.

Di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, Kelantan boleh dianggap selangkah untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila berjaya menjinakkan pasukan Singa Utara iaitu Perlis dengan jaringan 2-0 yang disaksikan oleh hampir 30,000 peminat setia Red Warriors yang memenuhi segenap penjuru stadium serta perkarangan stadium melalui skrin gergasi yang dipasang atas ihsan KAFA dengan kerjasama RTM. Tetapi persoalannya, mampukah pasukan yang digelar 'THE RED WARRIORS' menambah atau mengekalkan kelebihan jaringan tersebut apabila bertandang ke Kangar Sabtu depan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua.


Halim Napi berjaya mengekang asakan bertali arus Perlis

Perlawanan semalam menyaksikan kelantan diasak hebat pada awal permainan yang menyaksikan Halim Napi bertindak cemerlang mematahkan serangan yang menyaksikan rembatan Ahmad Fakri ditolak keluar meskipun semua pertahanan Kelantan sudah tertewas.

Kelantan memperoleh peluang keemasan apabila Nizab Ayub yang menerima hantaran Indra Putra menanduk ke kanan gol farizal namun berjaya diselamatkan beliau.

Kelantan memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra pada minit ke-21 separuh masa pertama. Indra yang menerima hantaran Che Hishammudin cuba melakukan rembatan di dalam kotak penalti tetapi telah dijatuhkan oleh pemain Perlis. Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Kelantan walaupun dibantah oleh pemain-pemain Perlis.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan terpaksa melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Daudsu dan memasukkan Norhisham yang kelihatan tidak bermaya dan kurang kreatif untuk menjana bahagian tengah Kelantan.

Kemasukan Hisham ternyata tidak memberikan impak kepada pasukan dan beliau ternyata tidak memberikan apa-apa sumbangan penting kepada Kelantan.

Menyedari Perlis semakin mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan Kelantan memasukkan Khalid Jamlus serta mengeluarkan Che Hishammudin yang keletihan.

Kemasukan Khalid juga gagal membawa impak kerana bahagian tengah Kelantan seakan-akan tidak berfungsi dan Khalid terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola.

Kelantan sekali lagi melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Norfarhan serta mengantikan dengan Zul Yusri.

Perlis mengandakan asakan namun gagal mencari gol penyamaan dan dapat dilihat pemain-peman Kelantan begitu tertekan sehingga pemain-pemain Perlis dapat mengawal permainan.

Kelantan memperolehi gol kedua pada minit ke-92 perlawanan apabila sepakan penjuru yang diambil Khairan ditanduk masuk oleh Rizal Fahmi yang mana gagal diselamatkan Farizal.

Gol tersebut ternyata mengamatkan stadium Sultan Muhammad ke-IV sehinggakan boleh dirasakan seolah-olah kita berada dalam pertunjukkan bunga api.

Penyokong-penyokong Kelantan enggan bersurai walaupun wisel penamat telah lama dibunyikan bagi meraikan kemenangan tak terduga tersebut.

Kesebelasan Utama : Halim Napi, Zamri Ramli, Farisham, Rizal Fahmi, Nazrul Erwan, Daudsu(Norhisham Hassan), Khairan Eroza, Indra Putra(KP), Che Hishamudin(Khalid Jamlus), Norfarhan(Zul Yusri), Nizab Ayub.

credit:khairan eroza.

'Demam' bola di Kelantan


PENYOKONG pasukan Kelantan berebut-rebut untuk membeli tiket perlawanan antara Kelantan dengan Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pagi semalam.





KEGILAAN bola sepak di Kelantan semakin memuncak selepas sang Kijang melakar kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.

Perlawanan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV malam tadi cukup memberi impak yang besar terhadap fenomena bola sepak di negeri berkenaan.

Apa tidaknya, penyokong fanatik Kelantan sudah membanjiri stadium keramat mereka seawal pukul 7 pagi untuk mendapatkan tiket di kaunter stadium yang hanya dibuka tiga jam kemudian.

Keghairahan untuk mendapatkan tiket perlawanan menyebabkan beberapa penonton tiba- tiba jatuh pengsan akibat kepanasan dan sesak nafas.

Seorang peminat, Abdul Mukmin Hassan, 29, berkata, dia tiba di stadium kira-kira pukul 7.30 pagi dan mendapati kawasan berhampiran kaunter tiket sudah di penuhi orang ramai.

Menurutnya, 15 minit sebelum kaunter tiket dibuka, keadaan mula gamat dan kecoh apabila berlaku tolak menolak di kalangan peminat untuk mendapatkan tiket.

"Keadaan seumpama ini mungkin tidak berlaku sekiranya kaunter dibuka lebih awal kerana kelewatan ini menyebabkan orang ramai sudah lama membanjiri kawasan.

"Selain itu, tiada anggota keselamatan sama ada polis mahu pun Rela yang ditempatkan di kawasan itu menyebabkan keadaan tidak terkawal," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, dia terpaksa merangkak keluar dari kawasan kaunter tiket kerana orang ramai mula berasak- asak dan tidak berbaris seperti yang diarahkan.

Kosmo! difahamkan, kira- kira pukul 12 tengah hari semalam kesemua tiket telah habis dijual menyebabkan sebahagian peminat pulang hampa.

Sementara itu, bagi Mohd. Azamie Ibrahim, 18, dia terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket walaupun telah datang seawal pukul 9 pagi.

"Saya tengok orang ramai sudah mula bersesak di kaunter tiket dan keadaannya begitu sukar untuk saya masuk mendapatkan tiket dalam keadaan itu.

"Kira-kira dua jam kemudian saya datang kembali dan mendapati tiket sudah habis di jual dan ia sangat mengecewakan," ujarnya.

Gambar - gambar sekitar perlawanan Kelantan menentang Perlis di Stadium Muhammed IV


Kau tak mampu tewaskanku...


Semangat dan kata-kata perangsang dari pemain Red Warriors


Halim Napi berjalan keluar selepas selesai separuh masa pertama


Pemain Perlis di layangkan kad kunig setelah mengasari Indra


Sepakan penalti dari Indra menewaskan Mohd Farizal





Pemain-pemain Kelantan bersaing memastikan Perlis tidak membocori gawang Kelantan


Indra bersaing dengan pemain Perlis





Daudsu membuat lontaran melepasi K.Solay


Gol jaringan Rizal Fahmi pada minit ke-90


Pemain-pemain Kelantan meraikan gol jaringan pertahanan Rizal Fahmi








Jumpa di Bukit Jalil!!!InsyaAllah....


27 Okt 2009

Kelantan vs perlis

Keputusan penuh perlawanan

kelantan 2-0 perlis : indra (penalti), rizal fahmi.

Misi tumbangkan Perlis bukan mustahil

Perlawanan Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia '09

KELANTAN LWN PERLIS
Tarikh : 27-10-09
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.

Malam ini perlawanan separuh akhir pertama menemukan The Red Warriors yang akan melayan kunjungan Singa Utara yang gah mewakili satu-satunya pasukan dari utara tanah air yang masih meruskan cabaran dalam Piala Malaysia tahun ini setelah adik-beradik mereka iaitu Kedah dan Pulau Pinang telah ditunjukkan jalan keluar oleh Kelantan yang merajai kumpulan E.

Perbandingan perlawanan liga super bukanlah ukuran sebenar kekuatan Perlis yang pernah menewaskan Kelantan dua kali,kedua-duanya 'digelanggang lawan' yang dihadiahkan oleh FAM gara-gara kefanatikan segelintir penyokong-penyokong Kelantan.

Kita lupakan episod kekalahan tersebut dan misi untuk menumbangkan Perlis dengan jaringan yang besar bukanlah mustahil.

Siapa tak kenal B.Sathianathan yang setakat ini berjaya merencanakan skuad Kelantan dengan wajah baru setelah ditinggalkan oleh pengendali sebelum ini Peter Butler.

Beliau ternyata berjaya membawa perubahan watak dikalangan pemain,sebut sahaja Khalid Jamlus dan Azlan pasti peminat Kelantan akan memahami corak permainan beliau...Malas serta lambat bergerak tetapi setelah Kelantan dikemudi oleh Sathia mereka berdua telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.Tapi sayangnya Azlan terpaksa direhatkan kerana kecederaan ketika menetang KL Plus tempohari.

Kelantan juga akan kehilangan Zamri yang bermain cemerlang pada perlawanan lalu akibat kecederaan dan ini adalah berita buruk buat pasukan Kelantan kerana penganti beliau iaitu Hanif kurang memberansangkan corak permainannya.

Kelibat pemain Perlis iaitu Nizaruddin Yusof serta Ahmad Fakrani perlu diberi perhatian oleh Nazrul serta Farisham yang telah memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan dengan bermain cemerlang pada saingan Piala Malaysia ini.

Perlis juga mempunyai pemain sayap dan tengah yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan seperti K.Soley dan Amar Rohidan yang ternyata berbisa dan mampu memberi impak yang besar kepada Kelantan jika tidak diberi perhatian.

Pemain paling kreatif Kelantan Indra Putra sudahpun memberikan sumbangan yang besar kepada Kelantan dan membuktikan kepada Selangor bahawa beliau masih lagi berbisa kerana telah membantu Kelantan untuk melayakan diri ke separuh akhir dan mungkin akan menamatkan kemarau Piala Malaysia yang menyaksikan Kelantan kali terakhir ke final Piala Malaysia 39 tahun lepas namun tewas ditangan Perak.

Dibahagian serangan khidmat Khalid masih ditagih walaupun Nizab Ayub telah mennujukkan prestasi cemerlang pada perlawanan lepas,pengalaman Khalid amat berguna untuk membantu Kelantan ketika terdesak untuk mendapatkan gol memungkinkan beliau diturunkan malam ini.


Khalid Jamlus

Norfarhan juga telah menemui sentuhannya kembali dan telah membuktikan kehebatan beliau dengan meledakkan dua gol berharga Kelantan ketika menentang KL Plus serta kehebatan Halim Napi memang terserlah dan banyak menyelamatkan gawang Kelantan dari dibolosi walaupun kadang-kadang beliau tidak serius dalam perlawanan.

Perkabaran dari SSMIV Kota Bharu peminat-peminat setia Red Warriors sedang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan dan keputusan KAFA yang mengekalkan harga tiket RM 12 walaupun telah tercetak di tiket tersebut RM 15 untuk tempat duduk terbuka. dihargai peminat.

Apa yang diharapkan Kelantan dapat beraksi dengan lebih baik serta dapat melakarkan kemenangan selesa bagi membawa bekalan selesa ke Kangar sabtu ini.

Kami sebagai peminat setia mengharapkan Piala Malaysia dapat dibawa kebumi Che Sti Wan Kembang untuk kesekelian kalinya.

*Berita gembira untuk pertahanan Kelantan....info terkini dari  Zamri yang ditemui oleh Kelatefc pagi tadi dan beliau menyatakan boleh bermain pada malam in.

Info dari SSMIV : Ribuan peminat serbu stadium untuk membeli tiket perlawanan

Dilaporkan ribuan peminat-peminat setia Red Warriors sedang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlwanan Kelantan menentang Perlis malam ini.Mereka menunggu seawal jam 9.00 pagi lagi bagi mandapatkan tiket perlawanan.

Keadaan dikatakan tidak terkawal kerana tindakan segelintir penyokong yang tidak puashati kerana terlalu lama untuk beratur dan mereka telah 'cuba' menembusi benteng yang di sediakan pihak KAFA.

Dilaporkan juga seorang peminat rebah ketika keadaan kalut tesebut dan terpaksa dikejarkan ke hospital oleh Ambulans.

Peminat-peminat setia Red Warriors mungkin tidak mahu terlepas tiket yang dijual kerana pada perlawanan menentang KL Plus lalu ramai yang hampa kerana tiket telah habis dan mereka terpaksa menonton diluar stadium atas ihsan RTM yang menyediakan skrin di perkarangan stadium.

Diharapkan peminat-peminat dapat bersabar dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh KAFA supaya tiada kecelekaan yang akan berlaku.

Red Warriors dapat suntikan semangat MB

Oleh Wan Faizal Ismayatim

bhsukan@bharian.com.my

KESEBELASAN Kelantan yang akan beraksi buat kali pertama dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas sembilan tahun, mendapat suntikan moral apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengesahkan hadir memberikan sokongan dalam aksi menentang Perlis, malam ini.

Ia juga kali pertama Nik Abdul Aziz akan hadir ke Stadium Sultan Muhammed IV bagi menyaksikan aksi skuad Kelantan sejak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) diambil alih Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

"Saya ada berita gembira... saya dah beri pengakuan untuk hadir dalam perlawanan Kelantan menentang Perlis esok (malam ini). Saya harap Kelantan menang," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Skuad The Red Warriors yang dalam buruan menempah tempat ke perlawanan akhir piala paling berprestij itu buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun, menanti kunjungan naib juara Liga Super, Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini, sebelum pertentangan kedua di Kangar, Sabtu ini.

Kelantan yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan sebelum ini menumbangkan KL Plus di suku akhir dengan agregat 4-1 manakala Perlis menumpaskan cabaran sebuah lagi pasukan kelab, Johor FC juga dengan agregat 4-1.

Sathia tagih semangat baru


KEJAYAAN membelasah KL Plus 3-0, Sabtu lalu perlu dijadikan penyuntik semangat buat Kelantan sekiranya mahu mencatat kemenangan selesa ke atas Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.




KEGEMBIRAAN menumpaskan KL Plus, Sabtu lalu perlu dilupakan oleh pemain Kelantan apabila mereka turun melayan kunjungan Perlis pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Beraksi di laman sendiri tentunya memberi kelebihan kepada tuan rumah, namun sang Kijang sedar, sedikit kelalaian pastinya mengundang padah.

Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui bahawa pertembungan kali ini adalah cabaran sebenar bagi anak-anak buahnya.

Jelasnya, kekuatan yang ada pada Perlis mampu membantutkan hasrat pasukannya untuk sekali lagi menjejakkkan kaki ke Bukit Jalil beraksi pada pentas final.

"Irfan Bakti adalah seorang juru- latih yang penuh taktikal dan mereka juga memiliki pemain berprofil tinggi, matang dan penuh pengalaman terutama dalam menghadapi perlawanan yang genting seumpama ini.

"Saingan pada peringkat separuh akhir ini memerlukan daya tahan yang kuat. Saya mahu semua pemain bersedia dan mereka sudah tahu apa yang saya inginkan," kata- nya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau tidak mahu pemain-pemainnya terlalu yakin walaupun sedar kelebihan berpihak kepada Kelantan pada aksi pertama peringkat separuh akhir ini.
Jelasnya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dan beliau percaya Kelantan akan berada pada kelas tersendiri pada aksi malam ini.

"Mencari jumlah gol yang banyak adalah matlamat kita kerana aksi di Kangar pasti sukar dan kita perlu membuat persediaan awal.

"Tanpa Azlan (Zainal) dan Zamri (Ramli), perancangan kita berubah tetapi siapa pun yang akan diturun- kan malam esok (malam ini), mereka adalah pilihan yang terbaik," ujarnya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelan- tan (Kafa), Arif Hassan memberitahu, lebih 20,000 tiket telah disediakan untuk peminat pasukan Kelantan.

Jelasnya, tiket-tiket tersebut akan dijual di kaunter stadium bermula pukul 10 pagi ini dan pintu-pintu stadium akan mula dibuka seawal pukul 6 petang.

"Penyokong dinasihatkan supaya datang membeli tiket awal selain masuk lebih awal ke stadium untuk mengelak daripada kesesakan.

"Seramai 500 anggota keselamatan akan berada di stadium sebagai langkah keselamatan untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku insi- den yang tidak diingini," jelasnya.

Dalam pada itu, Arif juga memaklumkan bahawa pihak Kafa telah menyediakan dua skrin gergasi di dataran stadium untuk peminat- peminat yang gagal mendapat tiket.

26 Okt 2009

Mana taring United?




JANGAN pandang Liverpool tidak berkemampuan.
Bila kena pada harinya, satu persatu kelab gergasi boleh dibaham.

Itu yang berlaku semalam di Anfield yang menyaksikan The Reds mengecewakan Manchester United 2-0 pada perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Kemenangan tersebut sekali gus membuka peluang skuad bimbingan Rafael Benitez itu untuk bersaing merebut gelaran liga.

Pada perlawanan semalam, bintang Sepanyol, Fernando Torres dan pemain gantian, David Ngong muncul pemusnah apabila masing-masingnya menjaringkan gol pada minit ke-65 dan juga pada minit kecederaan babak kedua.

Namun apa yang penting, tiada lagi kejayaan yang lebih manis buat anak buah Benitez ini daripada menjadi penghalang kepada kemaraan The Red Devils.

Hasil kejayaan ini juga menyaksikan Chelsea kembali merampas takhta pendahulu Liga Perdana England dengan 24 mata daripada 10 perlawanan manakala United di tangga kedua dengan 22 mata.

Tottenham Hotspur pula menghuni tangga ketiga dengan 19 mata dan Liverpool terikat 18 mata di tangga keempat bersama Arsenal dan Manchester City yang memiliki baki satu perlawanan. – Agensi- Kosmo

Kelantan mula rancang strategi


ANNUAR (belakang, tujuh dari kanan) bersama pemain Kelantan selepas menyampaikan replika cek bonus apabila pasukan Kelantan layak ke separuh akhir mengalahkan KL Plus malam kelmarin.

KELANTAN sudah merancang strategi untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia.

Kejayaan membenam KL Plus di Kota Bharu malam kelmarin semakin melonjakkan semangat pemain skuad Wira Merah itu.

Beraksi di depan lebih 25,000 'tentera merah' mematikan langkah anak buah Mat Zan Mat Aris sekali gus membiarkan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV dikuasai sang Kijang.

Bagi pengendali Kelantan, B. Sathianathan, beliau gembira dengan keputusan tersebut yang telah melayakkan pasukannya mara ke separuh akhir untuk bertemu Perlis.

Menurutnya, kematangan yang ditunjukkan selain bijak mengawal emosi ketika berdepan puluhan ribu penyokong jelas menarik minatnya untuk menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya.

"Saya mengharapkan pemain terus konsisten dengan persembahan yang dipamerkan untuk perlawanan seterusnya.

"Di sebalik kejayaan tersebut masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Ada satu dua peluang yang boleh menghasilkan gol, tetapi kegopohan menyebabkan kita terlepas peluang tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Sathianathan mungkin kehilangan dua pemain tonggaknya ketika turun menentang Perlis di Kota Bharu, Selasa ini selepas Ahmad Azlan Zainal dan Zamri Ramli mengalami kecederaan.

"Kita akan memantau keadaan mereka, dua hari mungkin tempoh yang terlalu singkat untuk mereka cergas sepenuhnya dan kita akan lihat apa yang kita boleh buat nanti.

"Keadaan seperti ini sentiasa berlaku dalam sebuah pasukan, jadi pemain simpanan perlu sentiasa bersedia untuk diturunkan," jelasnya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan menundukkan KL Plus 3-0 dengan gol pembukaan dihasilkan oleh Indra Putra Mahayuddin menerusi sepakan penalti.

Norfarhan Mohamad turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-76 dan 79.
sumber : kosmo

25 Okt 2009

Kelantan gomo KL Plus di Kota Bharu


KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 3

IndraPutra (mnt-13 penalti)
Norfarhan (mnt-76&79)

KL PLUS FC 0


Tarikh : 24-10-09

masa : 8.45 malam

Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Penonton : 30,000 orang.

Sedikit Ulasan : Selepas diikat 1-1 oleh KL Plus pada suku akhir pertama di tempat lawan, Kelantan mempamerkan corak permainan lebih bertenaga semalam untuk menang 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV.

Pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris terserlah kegugupannya pada awal permainan mungkin kerana berdepan dengan penyokong setia pasukan Red Warriors yang mencecah 30,000 orang dengan gema sorakan gol...gol...gol... dan gomo klate gomo untuk menaikkan semangat pemain-pemain Kelantan.

Beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh pasukan Kelantan pada awal permainan terhasil pada minit ke-13 apabila panjaring terbanyak bagi pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin mudah menyempurnakan sepakan penalti yang diambil apabila beliau sendiri yang dijatuhkan oleh penjaga gol KL Plus dalam kawasan penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan. Kemeriahan jelas kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV apabila gema sorakan penonton meraikan gol tersebut.

Selang beberapa minit selepas jaringan Indra, Che Hishamudin merembat bola ke arah pintu gol KL Plus setelah berjaya memperdaya 3 orang pertahanan lawan tetapi mujur sepakan tersebut terus ke dakapan penjaga gol. Kelantan ternyata dahagakan gol dalam perlawanan semalam dengan serangan yang dilancarkan bertubi-tubi ke arah pintu gol KL PLUS dari setiap sudut tetapi gagal dimanfaatkan oleh Indra, Nizab, Che Hishamudin dan Norfarhan apabila percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pemain tersebut dan dibantu oleh rakan-rakan lain tersasar dari pintu gol KL Plus.

Sesekali KL Plus melancarkan serangan hasil dari kesilapan bahagian tegah Kelantan yang membuat hantaran tidak tepat dan kecetekan ideal apabila memegang bola jelas dipergunakan sepenuhnya oleh KL Plus. Daudsu Jamaluddin yang diberi tugas untuk mengemudi di bahagian tengah tidak memberi impak seperti yang diingini oleh jurulatih Kelantan iaitu B.Sathianathan kerana beliau banyak membuat kesilapan. Mujurlah gandingan beliau iaitu Azlan Zainal amat konsisten sekali permainannya daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini serta dibantu oleh Indra selaku 'Play Maker' bagi pasukan Kelantan banyak menghidupkan gerakan-gerakan di bahagian tengah.

Di awal babak separuh masa kedua, Pasukan KL Plus seolah-olah bangkit daripada kegugupan dan kembali menemui rentak permainan mula menguasai perlawanan dengan membuat beberapa serangan ke arah pintu gol Kelantan. Mujurlah dengan kekebalan benteng pertahanan pasukan tuan rumah yang dikemudi oleh Nazrul Erwan serta dibantu oleh Zamri, Rizal serta Farisham berjaya mengekang asakan pihak lawan. Penyerang berbisa KL Plus iaitu Haris Safwan dan Fadzli Shaari tidak dapat menjelmakan gol buat pasukannya kerana dikawal ketat oleh pertahan Kelantan.

Kelantan membuat beberapa pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Zamri Ramli yang mengalami kecederaan digantikan dengan Mohd Hanif. Che Hishamudin juga dilihat terhinjut-hinjut semasa keluar padang dan digantikan dengan Zul Yusri. Pertukaran ketiga bagi pasukan Kelantan dengan mengeluarkan Nizab Ayub dan memasukkan Norhisham Hassan. KL Plus juga membuat beberapa pertukaran pada separuh masa kedua.

Baki masa perlawanan yang tinggal 20 minit lagi untuk ditamatkan dengan Kelantan terus melancarkan serangan kerana dengan kelebihan satu gol, keadaan masih lagi tidak selamat bagi pasukan tuan rumah. Pada minit ke-76, Stadium Sultan Muhammad IV kembali bergegar dengan sorakan penyokong The Red Warriors apabila Norfarhan berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil balingan Azlan. Selang 3 minit selepas itu, Norfarhan sekali lagi menjelmakan gol buat pasukan tuan rumah iaitu pada minit ke-79 dan menjadikan kedudukan 3-0 yang memberi kelegaan buat peminat bolasepak Kelantan umumnya dan B.Sathianathan selaku jurulatih Kelantan dan pemain-pemain serta warga KAFA khususnya.

Ramai juga penyokong-penyokong Kelantan yang datang untuk menyaksikan perlawanan semalam (dianggarkan dalam 2000 orang) hampa apabila tiket untuk perlawanan tersebut telah habis dijual. Atas Ihsan RTM, mereka membuat tayangan skrin perlawanan tersebut di dataran stadium untuk penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat memasuki stadium.

Kelantan, yang kali terakhir membuat penampilan pada final Piala Malaysia 39 tahun lalu, memastikan tiket ke pusingan empat terakhir dengan kemenangan 3-0 ke atas KL Plus di Stadium Sultan Mohd IV bagi kejayaan agregat 4-1. Pada pusingan separuh akhir, Kelantan akan menentang pasukan Perlis yang berjaya menewaskan Johor FC 2-0 (agg. 4-1) pada 27 Oktober nanti di Kota Bharu sebelum berkunjung ke Kangar untuk separuh akhir kedua pada 31 Oktober nanti. Satu lagi pertemuan separuh akhir ialah antara N.Sembilan akan menentang Terengganu yang mana N.Sembilan mengalahkan KM Naza 3-0 (agg. 5-0) dan Terengganu menyingkirkan Selangor dengan sepakan penalti 5-4 setelah terikat aggregat 2-2.

Barisan Utama Kelantan : Halim Napi, Nazrul Erwan Makmur, Rizal Fahmi, Zamri Ramli(Hanif), Farisham, Azlan Zainal, Daudsu Jamaluddin, Indra Putra (KP), Nizab Ayub(Norhisham Hassan), Mohd. Norfarhan, Che Hishamudin(Zul Yusri).

Gambar - gambar sekitar perlawanan Kelantan menentang KL PLus di Stadium Muhammed IV
















24 Okt 2009

Kelantan yakin melangkah jauh



INDRA giat berlatih menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang KL Plus malam ini.

SELEPAS berjaya mengikat KL Plus di Cheras, Selasa lalu melalui jaringan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Kelantan optimis untuk terus melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia.

Pengalaman beraksi di Stadium Bukit Jalil dalam pentas akhir Piala FA, April lalu seakan mahu diulangi, namun apa yang pasti ia adalah perjalanan yang cukup berliku.

Melayan kunjungan KL Plus esok adalah detik penentu sejauh mana sang Kijang mampu melangkah dan atas kertas kelebihan pastinya memihak kepada Kelantan yang akan turun beraksi di stadium keramat mereka di Kota Bharu.

Bagi penyokong Kelantan, mereka yakin dan pasti, malam tersebut pasti menjadi milik mereka berdasarkan rekod sebelum ini di mana Kelantan begitu sukar untuk ditumbangkan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ada pesanan untuk para pemainnya.

Menurut beliau, pemain perlu lebih agresif serta jangan terikut-ikut dengan emosi kerana apa yang pasti Stadium Sultan Muhammed IV akan dibanjiri 'tentera-tentera merah' malam ini.

"Berdasarkan perkiraan atas kertas kita hanya perlu seri 0-0 untuk mengisi slot ke separuh akhir Piala Malaysia.

"Namun, saya tidak akan memperjudikan nasib dengan cara sebegitu dan berusaha mencari gol awal untuk memastikan kedudukan kita selesa," katanya.

Tambahnya, beliau kini sedang berusaha memastikan bahagian tengah berfungsi dengan baik kerana sebelum ini ia dilihat agak longgar.
sumber : kosmo

22 Okt 2009

Baki Jadual Piala Malaysia 2009

Suku Akhir
No
Team
P1

P2

Agrgt
61
KL Plus
1
 0
1
65.
Kelantan
1
3
4

No
Team
P1

P2

Agrgt
62
N.Sembilan
2
 3
5
66.
KM Naza
0
0
0

No
Team
P1

P2

Agrgt
63
Johor FC
1
 0
1
64.
Perlis   
2
2
4

No
Team
P1

P2

Agrgt
67
Selangor
1
1
2
68.
Terengganu
1
1
2
*Terengganu menang sepakan penalti 5-4

Separuh Akhir Pertama

No
Team


Team

Agrgt
69.
Kelantan
vs
Perlis
2-0
70.
N.Sembilan
vs

Terengganu
1-0

Separuh Akhir Kedua
No
Team


Team

Agrgt
71.
Perlis
vs

 Kelantan
1-3
72.
Terengganu
vs

N.Sembilan
1-3
*Kelantan layak kefinal agregat 5-1
*N.9 layak ke final agregat 4-1

Akhir
No
Team


Team

Agrgt
77.
Kelantan
vs

Perlis
---

*Di harapkan tiada pertukaran jadual perlawanan yang akan dibuat oleh FAM di saat-saat akhir seperti yang diwar-warkan oleh pemain Kelantan kepada Kelatefc

Bukan laluan mudah di tempat sendiri


Kesebelasan utama Kelantan ketika bertemu KL Plus selasa lepas.

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kedudukan seri di hadapan kira-kira 10,000 penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 1-1, ketika bertemu pasukan dari kumpulan A, KL Plus kelmarin masih tidak memberikan keselesaan buat pasukan Red Warrior’s.

Menurutnya, di peringkat suku akhir, kedudukan Kelantan kini masih tidak selesa dan perlawanan timbal balik Sabtu ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV bukan laluan mudah buat pasukan ini untuk mara ke perlawanan separuh akhir.

“Bermain di tempat sendiri tidak memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah kerana macam-macam boleh jadi. KL Plus ternyata bagus dan mereka pernah menewaskan sebuah pasukan yang jauh lebih kuat dan kita perlu lebih berhati-hati.

“Bagi saya, perlawanan akan datang tidak menjamin sangat kejayaan pasukan kerana kini Kelantan berada dalam situasi ‘kalah mati’. Kesemua pemain perlu memberikan yang terbaik dari segi tumpuan dan perhatian dalam perlawanan Sabtu ini,” katanya.

Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan berkata, keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua.

“Kesungguhan pemain, sokongan peminat setia dan prestasi yang memuncak menjadi adunan terbaik untuk menghalang pasukan KL Plus daripada menang di sini,” katanya.

Gol pembukaan Red Warrior’s disempurnakan menerusi ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menerusi rembatan padu dari posisi luar kotak penalti pada minit ke-14 separuh masa pertama.

KL Plus yang ketinggalan kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30 apabila Mohd Fadzli Saari melepasi perangkap ‘offside’ sekali gus melepasi kawalan penjaga gol utama Kelantan, Halim Napi yang sudah terkeluar daripada posisi tersebut.

Jaringan tersebut mengundang kemarahan pemain dan penonton Kelantan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Namun pengadil itu tidak berganjak dengan keputusan tersebut dan perlawanan tersebut telah diakhiri dengan keputusan seri, 1-1.-Sinar

Red Warriors tunggu KL Plus di Kota Bharu


Pergaduhan kecil antara kedua-dua pemain.

KL Plus FC dan Kelantan mempertahankan dan mendakwa pasukan masing-masing berhak beroleh kemenangan berdasarkan peluang yang dicipta pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, kel marin.

Namun, ketika diminta pandangan mengenai mutu perlawanan ini, kedua-dua jurulatih enggan mengulas lanjut mengenai tahap pengadil pada perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Fadzli Saari.

Bagaimanapun, beberapa insiden kekasaran sedikit mengganggu rentak permainan manakala gol Fadzli pula mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan yang mendakwanya offside.

“Saya berasa ralat jugalah kerana tak boleh menang walaupun memiliki beberapa peluang di depan pintu gol.

“Plus FC tidak mempunyai masalah untuk beroleh kemenangan di Kota Bharu. Lagipun berdasarkan suasana pada malam ini(kelmarin) pun, tidak banyak bezanya. Jadi kami sudah bersedia mengharungi perlawanan di sana nanti.

“Cuma saya berharap kawalan keselamatan yang lebih ketat ketika di sana nanti,” kata pengendali Plus FC, Mat Zan Mat Aris.

Mengenai jaringan penyamaan Plus FC, jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata: “Saya terpaksa terima apa sahaja keputusan. :Kami masih pulang ke Kota Bharu berbekalkan kelebihan jaringan di tempat lawan.”

Menurutnya, bukan mudah untuk mana-mana pasukan mendapat kemenangan di Kota Bharu.

“Apatah lagi mendapat sokongan berbelah bahagi daripada peminat," katanya.

Ketika diminta mengulas jaringan penyamaan Plus FC, jawab Sathianathan mudah: “Biarlah orang bijak pandai di FAM (Persekutuan Bola Sepak Malaysia) yang mencari jawapannya.” -Sinar

21 Okt 2009

Kijang pulang gembira


KEPUTUSAN PENUH :
KL PLUS FC 1
Mohd Fadzli Shaari (mnt-30)

KELANTAN 1

IndraPutra (mnt-14)

Tarikh : 20-10-09.

Masa : 8.45 mlm.
Vanue : Stadium CHERAS, KL.
Penonton : 10,000 orang.


Oleh Bazly Azmi

bazly@hmetro.com.my


JURULATIH Kelantan, B Sathianathan yakin pasukannya bakal melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas membayangkan bukan mudah untuk KL Plus FC menang di Kota Bharu pada aksi timbal balik suku akhir, Sabtu ini.

Keyakinan pengendali baru skuad Red Worrior itu hadir selepas anak buahnya seri 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi, sekali gus meraih bekalan berharga untuk ke Stadium Sultan Mohammad IV.

“Keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua, nanti. Saya fikir, pemain mempamer kesungguhan terbaik sekalipun diganggu padang basah.

“Kesungguhan pemain, sokongan peminat setia Kelantan dan prestasi memuncak menjadi adunan terbaik untuk menghalang KL Plus menang di Kota Bharu,” kata Sathia selepas perlawanan itu.

Bagaimanapun, ancaman itu tidak menggentarkan jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris, sekalipun prestasi Kelantan makin meningkat sejak muncul pasukan pertama layak ke suku akhir.

“Kami tidak takut beraksi di Kota Bharu sekalipun sedar pertemuan di sana sentiasa sukar. Saya akui kecewa kerana kami gagal menang di tempat sendiri, namun perjuangan masih belum berakhir,” katanya.

Kelantan, naib juara Piala FA, mendominasi perlawanan dan meledak gol pembukaan menerusi pemain tonggak, Indra Putra Mahayuddin menerusi rembatan padu luar kotak penalti pada minit ke-14.

Tersentak gol pelawat, KL Plus menggandakan asakan dan meraih jaringan penyamaan pada minit ke-30 apabila penjaring terbanyak mereka, Mohd Fadzli Saari melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan Halim Napi, yang sudah terkeluar daripada posisi.

20 Okt 2009

Perlawanan Suku Akhir Pertama PM'09


KL PLUS FC VS KELANTAN
Tarikh : 20-10-09.
Masa : 8.45 mlm.
Vanue : Stadium CHERAS, KL.
*Siaran tertunda di TV1 jam 12.00 mlm (jika tiada perubahan siaran dari RTM)

Pertembungan dramatik dua pasukan teratas dalam kumpulan A dan E Piala Malaysia pada suku akhir pertama malam ini antara KL Plus FC menentang Kelantan pasti menarik kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri.

Kelantan semestinya ingin mencari bekalan untuk dibawa pulang ke Kota Bharu dan KL Plus juga ingin membawa bekalan yang selesa kerana jika mereka tidak menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan sepenuhnya malam ini, pastinya ujian getir dan halangan yang besar akan menanti mereka di Kota Bharu nanti kerana mereka bukan saja akan berdepan dengan pasukan jolokan 'Red Warriors' tetapi akan berdepan dengan puluhan ribuan penyokong setia Kelantan yang memang fanatik dan unik.

Pertembungan kedua-dua pasukan tersebut sebelum ini (Liga Super '09) boleh dianggap seimbang kerana KL Plus berjaya mengalahkan Kelantan 2-0 di Stadium Cheras dan Kelantan berjaya menewaskan KL Plus 1-0 di Stadium Bukit Jalil.

Diharap kepada penyokong setia@rakyat Kelantan yang berada di Lembah Klang ayuh turun beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Jadikan Stadium Cheras bukan medan tempat lawan tetapi medan sendiri bagi pasukan Red Warriors.

p/s : Kepada penyokong setia Red Warriors, tingkah laku anda akan diperhati oleh tali barut FAM malam ini..... pandai-pandailah untuk menjadi 'FAN' yang tidak merugikan KAFA.

Barisan kemungkinan: Halim Napi, Farisham, Zamri Ramli, Zairul Fitri, Nazrul Ezwan, Khairan Eroza, Daudsu(Norhisham Hassan), Che Hishamuddin, NorFarhan, Indra Putra(KP) dan Khalid Jamlus(Nizab Ayub).

Khalid lupakan bulan madu

Oleh Wan Faizal Ismayatim

PENGANTIN baru, Khalid Jamlus, boleh melupakan hasrat untuk berbulan madu lebih lama, kerana khidmatnya ditagih skuad Kelantan yang mahu menurunkan kesebelasan terkuat bagi menghadapi KL Plus pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

Penyerang utama skuad The Red Warrios itu hampir pasti beraksi dengan inai yang masih merah di jari selepas jurulatih, B Sathianathan, tidak mahu menanggung risiko ketika anak buahnya berarak ke ibu kota menentang KL Plus yang dianggap lawan sukar diduga itu.

Selain Khalid, Kelantan yang bakal turun dengan corak menyerang sudah pasti mempertaruhkan harapan kepada tiga lagi penggempur berbisanya, Mohd Nor Farhan, Che Hishamuddin Hassan dan kapten pasukannya yang kini di kemuncak prestasi, Indra Putra Mahayuddin.

"Kami akan bermain dengan berorientasikan serangan," kata Sathia semalam. "Oleh itu, Khalid akan tetap diturunkan, tetapi saya perlu melihat tahap kecergasannya terlebih dahulu dan jika tidak memuaskan, saya mempunyai pilihan menggantikannya dengan penyerang muda, Nizad Ayub."

Kelmarin, Khalid melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Zarina Zakaria, 29, di Klang Selangor dan tidak menyertai latihan bersama rakan sepasukannya sejak beberapa hari lalu.

Sathia yang baru sebulan mengambil alih tugas daripada jurulatih berbangsa Inggeris, Peter Butler, turut menafikan skuad bimbingannya akan mengamalkan corak bertahan dan mensasarkan keputusan seri sebagai bekalan sebelum perlawanan kedua di Kota Bharu, Sabtu ini.

"Kekuatan Kelantan selama ini adalah di posisi serangan, jadi kami akan bermain seperti biasa dan cuba untuk memperoleh keputusan positif," katanya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu juga sudah mengarahkan anak buahnya supaya berwaspada kerana berdasarkan prestasi terkini, KL Plus bukan lagi pasukan boleh diambil mudah.

Beliau menamakan penyerang lawan, Mohd Lot Abu Hassan dan pertahanan kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah sebagai individu yang boleh mengecewakan impian anak buahnya jika tidak diawasi.

"KL Plus mempamerkan persembahan berbeza berbanding Liga Super selepas mendapatkan beberapa pemain secara pinjaman. Kami menghormati kemampuan mereka tetapi pemain tidak perlu takut dan bermain seperti biasa," katanya.-Bharian

19 Okt 2009

Selamat Pengatin Baru Khalid & Zarina


IBU pengantin perempuan, Datin Zizah Ngah (kiri) menepung tawar Khalid Jamlus dan isterinya, Zarina Zakaria di Klang, semalam. - UTUSAN/RASMI ABDULLAH


KOTA BHARU - Kelantan mungkin kehilangan penyerang utamanya, Khalid Jamlus dalam pertembungan kedua-dua saingan suku akhir Piala Malaysia menentang KL PLUS termasuk ketika berkunjung ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok

Ia disebabkan bekas penyerang kebangsaan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya di Selangor semalam.

Bagaimanapun ketiadaan Khalid tidak menggoyahkan persiapan skuad Kijang, malah B. Sathianathan menegaskan beliau mempunyai pengganti untuk mengisi kekosongan Khalid.

"Saya belum pasti sama ada akan menurunkan Khalid pada perlawanan Selasa ini (esok) kerana dia tidak dapat turun latihan disebabkan melangsungkan perkahwinannya. Apa pun, bagi perlawanan Selasa ini peluang untuk menurunkannya masih ada tetapi untuk perlawanan kedua di Kota Bharu Sabtu ini kemungkinan besar dia tidak dapat diturunkan disebabkan ia serentak dengan majlis persandingannya di Perak pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Apa pun, Sathianathan berkata, beliau telah menyediakan program khas untuk Khalid menjalankan latihan sendirian dalam tempoh cuti kahwin itu disebabkan penyerang utama tidak dapat bersama dengan pasukan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, biar pun tanpa Khalid persiapan pasukan itu untuk menghadapai KL PLUS berjalan dengan lancar dan beliau sedang mencongak strategi untuk mencari pengganti Khalid.

"Ketiadaan Khalid tidak membimbangkan disebabkan kita ada beberapa pemain yang boleh mengisi posisi tersebut seperti Mohd. Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin tetapi Indra ada sedikit kecederaan.

"Siapa yang akan diturunkan ada tugasan yang penting untuk menggalas watak penyerang utama ini," katanya.

Dalam padi itu, beliau turut menghormati KL PLUS kerana pasukan itu diperkuatkan dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Rosid Talib dan Mohd. Lot Abu Hassan.

"Penampilan KL PLUS kali ini berbeza dengan saingan Liga Super kerana mereka diperkuatkan dengan beberapa pemain dari T-Team yang berpengalaman.

"Saya akan sedang melihat strategi yang sesuai untuk pertemuan ini tetapi bagi saya mudah, jika pemain dapat lakukan dengan betul pada latihan sudah pasti mereka akan dapat lakukan dengan betul juga pada perlawanan itu," katanya.

KL Plus mahu sekat Kelantan


BARISAN pemain KL Plus berazam sekat kemaraan Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Cheras malam esok.

WALAUPUN dilabel pasukan underdog, KL Plus tetap mengharapkan kemenangan apabila turun menentang Kelantan pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Pengurus pasukan, Husni Mohd. Yusof berkata, mereka akan memberi tentangan sebaik mungkin kepada Kelantan yang juga merupakan naib juara Piala FA musim ini.

"Kita percaya kemenangan dapat dicapai dengan adanya semangat berpasukan yang tinggi daripada pihak pengurusan, jurulatih dan pemain seperti yang ditunjukkan sebelum ini," katanya.

Husni berkata, pasukan yang dibimbing jurulatih Mat Zan Mat Aris itu perlu mencari jumlah jaringan yang selesa bagi memastikan mereka berada dalam kedudukan selamat apabila berkunjung ke tempat lawan Sabtu ini bagi perlawanan pusingan kedua.

"Penjaring terbanyak Liga Perdana, Mohd. Harris Safwan Kamal yang dipinjam daripada T-Team juga telah mempamerkan sentuhan pemusnahnya dengan meledak dua jaringan ketika menentang Melaka (perlawanan terakhir peringkat kumpulan).

"Jadi saya harapkan sentuhannya itu akan berterusan selain konsistensi seorang lagi penyerang, Mohd. Fadzli Saari yang telah meledak lima gol setakat ini, termasuk hatrik ketika menentang Pahang pada 6 Oktober lepas," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pertemuan Liga Super musim ini, kekuatan kedua-dua pasukan tidak banyak berbeza apabila KL Plus menang 2-0 di Cheras dan tewas 0-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Cuma apa yang akan menjadi kelebihan adalah semangat pemain Kelantan dan so- rakan penyokong fanatik skuad Wira Merah itu," katanya.

Husni juga berkata, KL Plus turut berwaspada dengan pemain pinjaman Kelantan dari Felda United iaitu Mohd. Nazrul Erwan Makmur yang pernah menyarung jersi kelab itu dua musim lepas.

"Mohd. Nazrul yang merupakan pemain pertahanan mungkin mengetahui serba sedikit tentang taktik dan gaya permainan KL Plus," katanya.

Husni turut yakin Kelantan tidak melakukan perubahan drastik dari segi taktik dan formasi walaupun baru diambil alih oleh bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathia- nathan bagi saingan Piala Malaysia.

KL Plus adalah antara tiga kelab yang mara ke peringkat suku akhir setelah muncul juara Kumpulan A dengan mengumpul 13 mata manakala Kelantan muncul juara Kumpulan E dengan 15 mata. - Kosmo

17 Okt 2009

Jangan lupa diri - Annuar

JANGAN mudah lupa diri, sebaliknya terus mempertingkatkan semangat untuk mencipta kejayaan.

Itu peringatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kepada seluruh warga skuad Wira Merah itu.

Menurutnya, semua pemain diingatkan untuk terus fokus dan mengetepikan kegembiraan menepati sasaran ke peringkat suku akhir serta habuan yang agak lumayan diberikan kepada mereka.

Annuar mahukan para pemain terus berusaha untuk mara ke peringkat seterusnya.

Menurutnya, misi pertama pasukan sudah dicapai tetapi ia tidak harus terhenti setakat itu sahaja.

"Pertemuan dengan KL Plus bukan tugas yang mudah, mereka juga memiliki pemain-pemain bertaraf kebangsaan dan beberapa lagi pemain yang mampu beraksi dengan baik.

"Pada peringkat ini perlawanan pasti berbeza. Ia peringkat kalah mati dan semua pasukan pastinya akan menurunkan pasukan terkuat jadi ia satu cabaran untuk kita," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bonus kepada pemain baru-baru ini.

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan persembahan pasukan Kelantan setakat ini tetapi tumpuan perlu diberikan untuk mara ke peringkat yang lebih jauh.

Katanya, Kelantan kini merupakan sebuah pasukan yang diperkasakan dan dengan kehadiran beberapa pemain bertaraf bintang beliau yakin Kelantan kini sudah bersedia untuk menggalas cabaran yang lebih besar.

"Siapa sangka kita mampu ke Bukit Jalil menentang Selangor pada final Piala FA, April lalu. Tetapi kita buktikan yang kita mampu dan kita juga sebaris dengan pasukan gergasi lain.

"Kali ini dalam Piala Malaysia, kita yakin matlamat untuk ke Bukit Jalil adalah di dalam jangkauan dan kita mampu untuk melunaskan impian tersebut," jelasnya.

Tanpa mahu menyembunyikannya, Annuar turut mengakui peningkatan aksi pasukan Kelantan musim ini banyak dibantu oleh sokongan peminat.

"Saya percaya sokongan yang diberikan ini menjadikan para pemain lebih bersemangat dan sorakan yang sentiasa bergema di stadium barangkali menjadi tonik kepada pemain selama ini," tambahnya.

Sementara itu, Annuar turut mengumumkan bahawa harga tiket untuk perlawanan menentang KL Plus di Kota Bharu pada 24 Oktober ini di naikkan bagi tujuan mengisi tabung gempa yang berlaku di Padang, Indonesia baru-baru ini.

"Harga tiket dinaikkan sebanyak RM2 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 bagi astaka," jelasnya.

15 Okt 2009

Info cakna masyarakat Kelatefc:-

Papan tanda Celcom XPAX yang hampir tumbang berhampiran pondok Polis Bandar Baru Kubang Kerian








Pemain Kelantan Terima Bonus RM52,000 Layak Ke Suku Akhir

KOTA BAHARU, 14 Okt (Bernama) -- Pemain Kelantan pada Rabu menerima "durian runtuh" daripada majikan mereka, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang menghadiahkan bonus sebanyak RM52,000 sebagai melunaskan janji jika pasukan itu layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Pemberian bonus itu diserahkan sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada kapten pasukan "The Red Warriors", Indra Putra Mahayuddin bagi mewakili seluruh pemain pasukan itu.

Turut hadir menyaksikan penyerahan cek itu ialah pemain Mohd Norfarhan Mohamad dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Annuar berkata cek bayaran itu akan dapat ditunaikan minggu ini juga sebagai perangsang sebelum pasukan itu menentang KL Plus di Cheras, minggu depan dalam saingan suku akhir itu.

"Ini sebagai hadiah kepada pemain yang berjaya merealisasikan hasrat KAFA untuk melihat pasukan mara ke suku akhir dan sebagai janji kami, bonus sebanyak ini akan diagihkan kepada mereka.

"Kita mahu pemain bermain bermati-matian untuk mara ke separuh akhir dan jika layak, bonus yang tidak kurang daripada jumlah ini juga bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata semangat pemain kini ditahap tinggi untuk layak ke separuh akhir dan jika boleh untuk ke perlawanan akhir.

Annuar berkata pada pertemuan kedua menentang KL Plus pada peringkat suku akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, harga tiket akan dinaikkan antara RM2 bagi tempat terbuka dan RM5 bagi tempat berbumbung sebagai derma peminat kepada Tabung Gempa Bumi di Padang.

"Ia bukan sekadar bagi menyokong pasukan tetapi untuk membantu rakyat di Padang, Indonesia yang sedang menghadapi kesulitan akibat gempa bumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata mana-mana pasukan kelab dan negeri yang bercadang untuk menarik diri menyertai Liga Malaysia musim depan supaya tidak berbuat demikian demi semangat kesukanan.

Beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membantu pasukan yang menghadapi masalah kewangan agar mereka terus bersaing bagi saingan liga itu musim depan.

-- BERNAMA