31 Okt 2009

Keputusan Separuh akhir kedua

PERLIS 1
Firdaus Fauzi(mnt 69)

KELANTAN 3
Norfarhan (mnt 27,53 dan 88)


Kelantan menepati ramalan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila membenam Perlis di Stadium Utama Kangar.

NorFarhan sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Perlis dengan meledak tiga gol berharga untuk Kelantan bagi membawa Kelantan ke final Piala Malaysia setelah kali terakhir beraksi di pentas final 39 tahun lepas dan tumpas kepada Perak 2-0.

Perlis bermula garang dan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kelantan yang di ketuai oleh Nazrul,Pada minit kelima Syazwan merembat kencang ke gawang Kelantan dan mujur bola meliar keluar.

Seminit berselang Perlis melancarkan lagi serangan dengan membuat hantaran lintang dan berjaya di pintas oleh Halim Napi yang menyaksikan tiga pemain Perlis bersedia untuk menyambut hantaran lintang tersebut.

Kelantan akhirnya memperoleh gol pertama apabila NorFarhan bijak memperdaya pemain pertahanan dan merembat kencang menewaskan Ferizal menjadikan kedudukan secara agregat Kelantan mendahului 3-0.

Pada minit ke-40 Halim sekali lagi bertindak cemerlang menepis sepakan pemain Perlis.Pada minit ke-45 Kelantan terpaksa mengeluarkan Sarudy yang tercedera dan mengantikan dengan NorHisham.

Bermula separuh masa kedua Perlis cuba menukar rentak permainan dengan menggunakan hantaran pendek bagi memerangkap pertahanan Kelantan namun berjaya diimbangi oleh pertahanan Kelantan yang bertindak cemerlang menahan asakan pemain Perlis.

Pada minit ke-53 Norfarhan sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menyumbat gol kedua Kelantan apabila bijak melambung bola ke gawang Perlis dan tertampan pertahanan yang menyaksikan Ferizal hanya mampu melihat bola melintasi gawangnya.

Kelantan ternyata bernafsu untuk mencari gol dengan mengeluarkan Zul Yusri dan memasukkan Khalid serta melengkapkan tiga kuota pertukaran pemain dengan mengeluarkan Nizab dan memasukkan Che Hishamuddin.

Perlis ternyata semakin tertekan cuba untuk mencari sisa-sisa gol berjaya memperolehi gol saguhati apabila pada minit ke-69 Firdaus Fauzi berjaya melepasi kawalan pertahanan Kelantan walaupun cuba disaingi oleh Farisham merembat kencang menewaskan Halim Napi menjadikan kedudukan 2-1.

Gol tersebut ternyata memberi semangat kepada pemain-pemain Perlis yang cuba bangkit disaat-saat akhir dan telah 'membuka' permainan yang membolehkan Kelantan melancarkan serangan balas yang berjaya dimanfaatkan oleh pemain-pemain Kelantan.

Peluang terbaik terhidang apabila Kelantan melancarkan serangan balas menerusi Che Hishamuddin melorongkan bola kepada Khalid dan di sia-siakan begitu sahaja oleh Khalid.

Kelantan sekali lagi mempunyai peluang terbaik hasil serangan balas pada minit ke-80 apabila Farhan yang tidak dikawal menerima hantaran dari Khalid namun beliau kurang kemas menampan bola tersebut dan berjaya disambut Ferizal.

Akhirnya NorFarhan menemui sentuhan gol nya apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-88 apabila lariannya berjaya memperdaya pertahanan Perlis dan beliau dengan bersahaja menguis bola ke gawang dan tertampan pemain Perlis yang menyaksikan sekali lagi Ferizal hanya mampu melihat golnya dibolosi untuk kali ketiga.

Insiden yang tidak sepatutnya berlaku diminit-minit akhir perlawanan apabila pertahanan Kelantan Farisham yang terbaring kesakitan setelah dikasari pemain Perlis dibaling mercun dan mengenai telinganya.

Dalam memperkatakan tentang penyokong bolasepak yang dilabel 'ganas' adalah penyokong Kelantan tetapi malam ini penyokong-penyokong Perlis juga tidak kurang 'hebatnya' mula menunjukkan taring ekoran kekalahan pasukan mereka.

Apapun sekalung tahniah kepada pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA yang telah berjaya mencetak nama Kelantan dipersada sukan bolasepak tanah air apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ketiga bagi Kelantan.

Kesebelasan utama:-Halim Napi,Farisham,Nazrul Ezwan,Zamri Ramli,Rizal Fahmi,Sarudy(NorHisham Hasan),Daudsu,Khairan(K),NorFarhan,Zul Yusri(Khalid Jamlus),Nizab Ayub(Che Hishamuddin).

5 ulasan:

ZahirZ™ berkata...

kemah sek kito...

ZahirZ™ berkata...

sek kito pakat naik bukit jalil!!!!!!kito wat sejaroh!!!!!!

amalnasibah berkata...

gud2...=)

nesloais berkata...

syabas diucapkn kpd sek2 red warriors kerana berjaya jugok ke final piala msia selepas berpuluh2 tahun tok masuk final.. harap2 boleh menjulang piala msia buat pertamo kali..

john_jani berkata...

taun ni piala malaysia, taun depe sasare 3 piala