28 Okt 2009

Kijang ratah Singa Utara, selangkah ke final


Keputusan Penuh :
KELANTAN 2
Indra Putra (mnt-21 Penalti)
Rizal Fahmi (mnt-92)

PERLIS 0

Tarikh : 27-10-2009
Masa : 8.45 malam
Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Penonton : 30,000 orang.
Tetamu Kehormat : Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan).

39 tahun..... Suatu tempoh masa yang boleh dianggap panjang dan memori lampau memang tidak dapat diingati dan dirasai oleh penyokong bolasepak Kelantan yang lahir selepas tahun 1970 di mana pasukan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas di tangan pasukan Perak dengan jaringan 1-0.

Di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, Kelantan boleh dianggap selangkah untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila berjaya menjinakkan pasukan Singa Utara iaitu Perlis dengan jaringan 2-0 yang disaksikan oleh hampir 30,000 peminat setia Red Warriors yang memenuhi segenap penjuru stadium serta perkarangan stadium melalui skrin gergasi yang dipasang atas ihsan KAFA dengan kerjasama RTM. Tetapi persoalannya, mampukah pasukan yang digelar 'THE RED WARRIORS' menambah atau mengekalkan kelebihan jaringan tersebut apabila bertandang ke Kangar Sabtu depan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua.


Halim Napi berjaya mengekang asakan bertali arus Perlis

Perlawanan semalam menyaksikan kelantan diasak hebat pada awal permainan yang menyaksikan Halim Napi bertindak cemerlang mematahkan serangan yang menyaksikan rembatan Ahmad Fakri ditolak keluar meskipun semua pertahanan Kelantan sudah tertewas.

Kelantan memperoleh peluang keemasan apabila Nizab Ayub yang menerima hantaran Indra Putra menanduk ke kanan gol farizal namun berjaya diselamatkan beliau.

Kelantan memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Indra Putra pada minit ke-21 separuh masa pertama. Indra yang menerima hantaran Che Hishammudin cuba melakukan rembatan di dalam kotak penalti tetapi telah dijatuhkan oleh pemain Perlis. Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Kelantan walaupun dibantah oleh pemain-pemain Perlis.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan terpaksa melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Daudsu dan memasukkan Norhisham yang kelihatan tidak bermaya dan kurang kreatif untuk menjana bahagian tengah Kelantan.

Kemasukan Hisham ternyata tidak memberikan impak kepada pasukan dan beliau ternyata tidak memberikan apa-apa sumbangan penting kepada Kelantan.

Menyedari Perlis semakin mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan Kelantan memasukkan Khalid Jamlus serta mengeluarkan Che Hishammudin yang keletihan.

Kemasukan Khalid juga gagal membawa impak kerana bahagian tengah Kelantan seakan-akan tidak berfungsi dan Khalid terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola.

Kelantan sekali lagi melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Norfarhan serta mengantikan dengan Zul Yusri.

Perlis mengandakan asakan namun gagal mencari gol penyamaan dan dapat dilihat pemain-peman Kelantan begitu tertekan sehingga pemain-pemain Perlis dapat mengawal permainan.

Kelantan memperolehi gol kedua pada minit ke-92 perlawanan apabila sepakan penjuru yang diambil Khairan ditanduk masuk oleh Rizal Fahmi yang mana gagal diselamatkan Farizal.

Gol tersebut ternyata mengamatkan stadium Sultan Muhammad ke-IV sehinggakan boleh dirasakan seolah-olah kita berada dalam pertunjukkan bunga api.

Penyokong-penyokong Kelantan enggan bersurai walaupun wisel penamat telah lama dibunyikan bagi meraikan kemenangan tak terduga tersebut.

Kesebelasan Utama : Halim Napi, Zamri Ramli, Farisham, Rizal Fahmi, Nazrul Erwan, Daudsu(Norhisham Hassan), Khairan Eroza, Indra Putra(KP), Che Hishamudin(Khalid Jamlus), Norfarhan(Zul Yusri), Nizab Ayub.

credit:khairan eroza.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah fakta boh. kelantan kaloh final ngan perak 2-0 tahun 1970.. bereh..