27 Okt 2009

Misi tumbangkan Perlis bukan mustahil

Perlawanan Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia '09

KELANTAN LWN PERLIS
Tarikh : 27-10-09
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.

Malam ini perlawanan separuh akhir pertama menemukan The Red Warriors yang akan melayan kunjungan Singa Utara yang gah mewakili satu-satunya pasukan dari utara tanah air yang masih meruskan cabaran dalam Piala Malaysia tahun ini setelah adik-beradik mereka iaitu Kedah dan Pulau Pinang telah ditunjukkan jalan keluar oleh Kelantan yang merajai kumpulan E.

Perbandingan perlawanan liga super bukanlah ukuran sebenar kekuatan Perlis yang pernah menewaskan Kelantan dua kali,kedua-duanya 'digelanggang lawan' yang dihadiahkan oleh FAM gara-gara kefanatikan segelintir penyokong-penyokong Kelantan.

Kita lupakan episod kekalahan tersebut dan misi untuk menumbangkan Perlis dengan jaringan yang besar bukanlah mustahil.

Siapa tak kenal B.Sathianathan yang setakat ini berjaya merencanakan skuad Kelantan dengan wajah baru setelah ditinggalkan oleh pengendali sebelum ini Peter Butler.

Beliau ternyata berjaya membawa perubahan watak dikalangan pemain,sebut sahaja Khalid Jamlus dan Azlan pasti peminat Kelantan akan memahami corak permainan beliau...Malas serta lambat bergerak tetapi setelah Kelantan dikemudi oleh Sathia mereka berdua telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.Tapi sayangnya Azlan terpaksa direhatkan kerana kecederaan ketika menetang KL Plus tempohari.

Kelantan juga akan kehilangan Zamri yang bermain cemerlang pada perlawanan lalu akibat kecederaan dan ini adalah berita buruk buat pasukan Kelantan kerana penganti beliau iaitu Hanif kurang memberansangkan corak permainannya.

Kelibat pemain Perlis iaitu Nizaruddin Yusof serta Ahmad Fakrani perlu diberi perhatian oleh Nazrul serta Farisham yang telah memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan dengan bermain cemerlang pada saingan Piala Malaysia ini.

Perlis juga mempunyai pemain sayap dan tengah yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan seperti K.Soley dan Amar Rohidan yang ternyata berbisa dan mampu memberi impak yang besar kepada Kelantan jika tidak diberi perhatian.

Pemain paling kreatif Kelantan Indra Putra sudahpun memberikan sumbangan yang besar kepada Kelantan dan membuktikan kepada Selangor bahawa beliau masih lagi berbisa kerana telah membantu Kelantan untuk melayakan diri ke separuh akhir dan mungkin akan menamatkan kemarau Piala Malaysia yang menyaksikan Kelantan kali terakhir ke final Piala Malaysia 39 tahun lepas namun tewas ditangan Perak.

Dibahagian serangan khidmat Khalid masih ditagih walaupun Nizab Ayub telah mennujukkan prestasi cemerlang pada perlawanan lepas,pengalaman Khalid amat berguna untuk membantu Kelantan ketika terdesak untuk mendapatkan gol memungkinkan beliau diturunkan malam ini.


Khalid Jamlus

Norfarhan juga telah menemui sentuhannya kembali dan telah membuktikan kehebatan beliau dengan meledakkan dua gol berharga Kelantan ketika menentang KL Plus serta kehebatan Halim Napi memang terserlah dan banyak menyelamatkan gawang Kelantan dari dibolosi walaupun kadang-kadang beliau tidak serius dalam perlawanan.

Perkabaran dari SSMIV Kota Bharu peminat-peminat setia Red Warriors sedang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan dan keputusan KAFA yang mengekalkan harga tiket RM 12 walaupun telah tercetak di tiket tersebut RM 15 untuk tempat duduk terbuka. dihargai peminat.

Apa yang diharapkan Kelantan dapat beraksi dengan lebih baik serta dapat melakarkan kemenangan selesa bagi membawa bekalan selesa ke Kangar sabtu ini.

Kami sebagai peminat setia mengharapkan Piala Malaysia dapat dibawa kebumi Che Sti Wan Kembang untuk kesekelian kalinya.

*Berita gembira untuk pertahanan Kelantan....info terkini dari  Zamri yang ditemui oleh Kelatefc pagi tadi dan beliau menyatakan boleh bermain pada malam in.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada rezeki boleh masuk FINAL.. InsyaAllah