KEPUTUSAN PENUH :
KL PLUS FC 1
Mohd Fadzli Shaari (mnt-30)
KELANTAN 1
IndraPutra (mnt-14)
Tarikh : 20-10-09.
Masa : 8.45 mlm.
Vanue : Stadium CHERAS, KL.
Penonton : 10,000 orang.
Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my
Keyakinan pengendali baru skuad Red Worrior itu hadir selepas anak buahnya seri 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi, sekali gus meraih bekalan berharga untuk ke Stadium Sultan Mohammad IV.
“Keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua, nanti. Saya fikir, pemain mempamer kesungguhan terbaik sekalipun diganggu padang basah.
“Kesungguhan pemain, sokongan peminat setia Kelantan dan prestasi memuncak menjadi adunan terbaik untuk menghalang KL Plus menang di Kota Bharu,” kata Sathia selepas perlawanan itu.
Bagaimanapun, ancaman itu tidak menggentarkan jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris, sekalipun prestasi Kelantan makin meningkat sejak muncul pasukan pertama layak ke suku akhir.
“Kami tidak takut beraksi di Kota Bharu sekalipun sedar pertemuan di sana sentiasa sukar. Saya akui kecewa kerana kami gagal menang di tempat sendiri, namun perjuangan masih belum berakhir,” katanya.
Kelantan, naib juara Piala FA, mendominasi perlawanan dan meledak gol pembukaan menerusi pemain tonggak, Indra Putra Mahayuddin menerusi rembatan padu luar kotak penalti pada minit ke-14.
Tersentak gol pelawat, KL Plus menggandakan asakan dan meraih jaringan penyamaan pada minit ke-30 apabila penjaring terbanyak mereka, Mohd Fadzli Saari melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan Halim Napi, yang sudah terkeluar daripada posisi.
1 ulasan:
takpo dah..bereh doh seri..
kita gomo abis nanti kat klate..
penuh stadium sero..
gapo2 kita kena wat balik pialo so thun ni!!!
Catat Ulasan