25 Okt 2009

Kelantan gomo KL Plus di Kota Bharu


KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 3

IndraPutra (mnt-13 penalti)
Norfarhan (mnt-76&79)

KL PLUS FC 0


Tarikh : 24-10-09

masa : 8.45 malam

Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Penonton : 30,000 orang.

Sedikit Ulasan : Selepas diikat 1-1 oleh KL Plus pada suku akhir pertama di tempat lawan, Kelantan mempamerkan corak permainan lebih bertenaga semalam untuk menang 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV.

Pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris terserlah kegugupannya pada awal permainan mungkin kerana berdepan dengan penyokong setia pasukan Red Warriors yang mencecah 30,000 orang dengan gema sorakan gol...gol...gol... dan gomo klate gomo untuk menaikkan semangat pemain-pemain Kelantan.

Beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh pasukan Kelantan pada awal permainan terhasil pada minit ke-13 apabila panjaring terbanyak bagi pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin mudah menyempurnakan sepakan penalti yang diambil apabila beliau sendiri yang dijatuhkan oleh penjaga gol KL Plus dalam kawasan penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan. Kemeriahan jelas kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV apabila gema sorakan penonton meraikan gol tersebut.

Selang beberapa minit selepas jaringan Indra, Che Hishamudin merembat bola ke arah pintu gol KL Plus setelah berjaya memperdaya 3 orang pertahanan lawan tetapi mujur sepakan tersebut terus ke dakapan penjaga gol. Kelantan ternyata dahagakan gol dalam perlawanan semalam dengan serangan yang dilancarkan bertubi-tubi ke arah pintu gol KL PLUS dari setiap sudut tetapi gagal dimanfaatkan oleh Indra, Nizab, Che Hishamudin dan Norfarhan apabila percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pemain tersebut dan dibantu oleh rakan-rakan lain tersasar dari pintu gol KL Plus.

Sesekali KL Plus melancarkan serangan hasil dari kesilapan bahagian tegah Kelantan yang membuat hantaran tidak tepat dan kecetekan ideal apabila memegang bola jelas dipergunakan sepenuhnya oleh KL Plus. Daudsu Jamaluddin yang diberi tugas untuk mengemudi di bahagian tengah tidak memberi impak seperti yang diingini oleh jurulatih Kelantan iaitu B.Sathianathan kerana beliau banyak membuat kesilapan. Mujurlah gandingan beliau iaitu Azlan Zainal amat konsisten sekali permainannya daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini serta dibantu oleh Indra selaku 'Play Maker' bagi pasukan Kelantan banyak menghidupkan gerakan-gerakan di bahagian tengah.

Di awal babak separuh masa kedua, Pasukan KL Plus seolah-olah bangkit daripada kegugupan dan kembali menemui rentak permainan mula menguasai perlawanan dengan membuat beberapa serangan ke arah pintu gol Kelantan. Mujurlah dengan kekebalan benteng pertahanan pasukan tuan rumah yang dikemudi oleh Nazrul Erwan serta dibantu oleh Zamri, Rizal serta Farisham berjaya mengekang asakan pihak lawan. Penyerang berbisa KL Plus iaitu Haris Safwan dan Fadzli Shaari tidak dapat menjelmakan gol buat pasukannya kerana dikawal ketat oleh pertahan Kelantan.

Kelantan membuat beberapa pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Zamri Ramli yang mengalami kecederaan digantikan dengan Mohd Hanif. Che Hishamudin juga dilihat terhinjut-hinjut semasa keluar padang dan digantikan dengan Zul Yusri. Pertukaran ketiga bagi pasukan Kelantan dengan mengeluarkan Nizab Ayub dan memasukkan Norhisham Hassan. KL Plus juga membuat beberapa pertukaran pada separuh masa kedua.

Baki masa perlawanan yang tinggal 20 minit lagi untuk ditamatkan dengan Kelantan terus melancarkan serangan kerana dengan kelebihan satu gol, keadaan masih lagi tidak selamat bagi pasukan tuan rumah. Pada minit ke-76, Stadium Sultan Muhammad IV kembali bergegar dengan sorakan penyokong The Red Warriors apabila Norfarhan berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil balingan Azlan. Selang 3 minit selepas itu, Norfarhan sekali lagi menjelmakan gol buat pasukan tuan rumah iaitu pada minit ke-79 dan menjadikan kedudukan 3-0 yang memberi kelegaan buat peminat bolasepak Kelantan umumnya dan B.Sathianathan selaku jurulatih Kelantan dan pemain-pemain serta warga KAFA khususnya.

Ramai juga penyokong-penyokong Kelantan yang datang untuk menyaksikan perlawanan semalam (dianggarkan dalam 2000 orang) hampa apabila tiket untuk perlawanan tersebut telah habis dijual. Atas Ihsan RTM, mereka membuat tayangan skrin perlawanan tersebut di dataran stadium untuk penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat memasuki stadium.

Kelantan, yang kali terakhir membuat penampilan pada final Piala Malaysia 39 tahun lalu, memastikan tiket ke pusingan empat terakhir dengan kemenangan 3-0 ke atas KL Plus di Stadium Sultan Mohd IV bagi kejayaan agregat 4-1. Pada pusingan separuh akhir, Kelantan akan menentang pasukan Perlis yang berjaya menewaskan Johor FC 2-0 (agg. 4-1) pada 27 Oktober nanti di Kota Bharu sebelum berkunjung ke Kangar untuk separuh akhir kedua pada 31 Oktober nanti. Satu lagi pertemuan separuh akhir ialah antara N.Sembilan akan menentang Terengganu yang mana N.Sembilan mengalahkan KM Naza 3-0 (agg. 5-0) dan Terengganu menyingkirkan Selangor dengan sepakan penalti 5-4 setelah terikat aggregat 2-2.

Barisan Utama Kelantan : Halim Napi, Nazrul Erwan Makmur, Rizal Fahmi, Zamri Ramli(Hanif), Farisham, Azlan Zainal, Daudsu Jamaluddin, Indra Putra (KP), Nizab Ayub(Norhisham Hassan), Mohd. Norfarhan, Che Hishamudin(Zul Yusri).

Tiada ulasan: