BEBERAPA pasukan elit sudah mula mengintai kelibat penyerang sensasi Perak, Razali Umar Kandasamy, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Ternyata kehebatan Razali, 23, bagi merobek gawang lawan telah berjaya menarik perhatian beberapa pasukan untuk menggunakan khidmatnya pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Musim ini, penyerang yang berasal dari Sungai Siput itu telah menjaringkan 13 gol dalam kempen Liga Super.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman mengakui desas-desus bahawa Razali mula menjadi perhatian pasukan lain.
"Perak mungkin kehilangan Razali jika Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tidak berbuat apa-apa mulai sekarang.
"Sudah pasti kehebatan Razali berjaya menarik perhatian pasukan-pasukan lain yang mungkin bersedia menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya," kata Jamil.
Razali muncul penjaring terbanyak Piala Presiden bagi tahun 2007 dengan menyumbat 45 gol.
Begitupun, namanya agak tenggelam dengan penampilan Mohd. Khalid Jamlus dan pemain im port, Carlos Caceres yang membarisi skuad Perak musim lalu.
Awal musim ini, Perak seakan-akan berdepan dengan 'tsunami' apabila semua pemain seniornya berhijrah untuk menyertai pasukan lain.
credit:Kosmo,seladang.net,sportsmalaysia.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan