30 Mac 2011

Karathu cari keserasian pemain

KOTA BHARU – Biarpun mencatatkan keputusan memberangsangkan setelah membelasah pasukan Wakaf Aik FC menerusi kemenangan 6-0 dalam perlawanan persahabatan petang semalam, namun Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tidak melihat keputusan tersebut, sebaliknya sedang menilai keserasian pemain bagi menghadapi pasukan Harimau Muda ‘A’ di Kota Bharu, Jumaat ini.

Kelantan ada ramuan terajui Liga Super

SAINGAN Liga Super bersambung, Jumaat ini dengan pendahulu, Kelantan akan cuba mempertahankan kedudukannya yang hanya dibezakan dengan jaringan gol apabila melayan kunjungan Harimau Muda A di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

29 Mac 2011

Kata-kata azimat jurulatih?

Di bawah adalah petikan kata-kata azimat seorang jurulatih yang memang dikenali ramai terutamnya dalam kancah liga super di Malaysia ini yang dipetik dari TheRedWarriors.com

Kata-kata azimatnya berbunyi '' jika ingin menewaskan Kelantan dan penyokong Kelantan, pasukan lawan harus merosakkan emosi pemain dan penyokong Kelantan dengan api kemarahan kerana dengan perasaan ini sahaja mampu merobek semangat penyokong Kelantan."

Siapakah gerangan jurulatih tersebut yang dikhabarkan telah meletak jawatan...cuba teka?

info : Siaran Langsung Liga Super bulan April

Astro bakal menayangkan tiga siaran langsung melibatkan pasukan Kelantan pada bulan April nanti.Bagi penyokong-penyokong The Red Warriors yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium inilah peluang keemasan...Terima Kasih Astro


Sumber : Astro Arena

28 Mac 2011

Info : Perubahan tarikh Karnival TRW di mini Stadium Pasir Mas

Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perubahan tarikh Karnival TRW yang akan diadakan di Stadium Mini Pasir Mas.Berikut petikan dari facebook beliau...
Karnivat THE REDWARRIORS DI MINI STADIUM pasir mas di ubah tarikh drp 8 April kpd SABTU 14hb April bermula jam 9 pagi...para pemain Dan pegawai Akan turut serta..geRAI gerai seLAIN dr penaja Dan jabaTAN terbuka kpd PENIAGA DAN PENGUSAHA TEMPATAN..peresmian oleh Yb menteri....
sumber : Facebook TSAM

27 Mac 2011

Malaysia seri 1-1 dalam aksi menentang Etoile FC

SINGAPURA – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi.
Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

21 Mac 2011

Iklan Happy dan The Red Warriors


sumber : Happy

Mental, disiplin julang Kelantan

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

2011/03/21 -BHarian

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berbangga dengan prestasi dan semangat juang sebenar yang dipamerkan anak buahnya ketika menumpaskan FELDA United 3-0 pada perlawanan kedua suku akhir Piala FA, malam kelmarin.

20 Mac 2011

Gambar - gambar sekitar Perlawanan Felda Vs Kelantan

Aksi pandang-pandang

Liew Kit Kong menumbuk S.Chanturu(Norshahrul terbaring kesakitan)

Bonus RM 3000 untuk setiap pemain

Pemain-pemain Kelantan mendapat durian runtuh RM3000 setiap seorang setelah berjaya mengalahkan Felda United 3-0 semalam dan berjaya membawa Kelantan ke separuh Akhir piala FA.

Tan Sri Annuar Musa yang sekarang berada di Amsterdam mengumumkan berita baik tersebut melalui facebooknya.

Pemain-pemain sememangnya layak mendapat imbuhan ini kerana mereka bermain bermati-matian untuk memperoleh kemenangan ini.

Ultras Kelantan yang memang ultra


Sambutan kemenangan di hadapan TRW Cafe


Selamat Hari Lahir Daud Su

19 Mac 2011

Piala FA 2011:Pasukan yang layak ke separuh Akhir

  1. Kelantan menang agregat 5-2 
  2. Selangor menang agregat 5-2
  3. Terengganu menang agregat 5-4
  4. Pahang menang agregat 2-1
Kelantan akan menentang Selangor manakala Terengganu akan menentang Pahang.Apa yang menariknya negeri Pantai Timur semuanya layak ke separuh Akhir Piala FA kali ini.

Felda Utd vs Kelantan

Keputusan Semasa

Tamat separuh masa pertama
Felda 0 - 1 Kelantan ; chanturu (m 20)

Separuh masa kedua
Felda 0 - 3 kelantan ; Azwan Roya (m 66), Nizad Ayub (m 88)


Keputusan Penuh perlawanan
Felda 0 - 3 kelantan;
agreget ; kelantan 5 - 2 felda


keputusan-keputusan perlawanan semasa
terengganu 3 - 1 perak
johor 1 - 2 selangor

17 Mac 2011

Kelantan atau Felda?

Itulah perkiraan yang bermain difikiran penyokong-penyokong setia Kelantan dan Felda United setelah kedua-dua pasukan hebat ini hanya sekadar melakar keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV selasa lepas.

Persoalannya mampukah Kelantan menembusi benteng pertahanan Felda United yang diketuai oleh Khaironnisam Shabudin yang begitu kental menahan asakan pemain-pemain Kelantan pada aksi pertama suku akhir Piala FA.

Info Piala FA 2011

Siaran langsung piala fa 2011 akan diadakan oleh Astro pada hari jumaat ini melibatkan pasukan Kuala Lumpur menentang Pahang.

Ini kerana pada hari Sabtu akan berlangsungnya perlawanan akhir hoki Piala TNB diantara KLHC menentang Sapura yang dijadualkan pada pukul 8.00 malam.

Ura-ura perlawanan diantara Kelantan menentang Felda United akan disiarkan secara langsung oleh pihak Astro tidak akan menjadi kenyataan...

info : Arena

Karathu puas walau seri dengan Felda United

KOTA BHARU - Meskipun diikat 2-2 oleh Felda United pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu tetap berpuas hati dengan persembahan pemain.
Malah beliau memuji pemain yang yang sentiasa bekerja keras di sepanjang perlawanan, biarpun gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri.

Karathu puas walau seri dengan Felda United

KOTA BHARU - Meskipun diikat 2-2 oleh Felda United pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu tetap berpuas hati dengan persembahan pemain.

Malah beliau memuji pemain yang yang sentiasa bekerja keras di sepanjang perlawanan, biarpun gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri.
"Mereka main dengan cukup bagus, meskipun ketinggalan pada minit ke-31, pemain tidak mudah hilang rentak. 

16 Mac 2011

Gambar Aksi Piala FA'11 Kelantan vs Felda UTD

Laluan sukar menanti Kelantan

KOTA BHARU – Kelantan meniti laluan sukar untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah sekadar seri 2-2 dengan KL Felda United FC dalam aksi perlawanan suku akhir pertama Kejohanan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu, malam tadi.


Kelantan hadapi laluan sukar

GOL Norshahrul (dua dari kanan) belum cukup untuk menjamin Kelantan layak ke separuh akhir Piala FA, selepas seri dengan FELDA United dalam perlawanan Piala FA suku akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi.

Selangor selesa, 2 pasukan lagi perlu tunggu perlawanan suku akhir kedua

HANYA Selangor yang dianggap sudah meletakkan sebelah kaki untuk ke separuh akhir saingan Piala FA apabila mendapat bekalan agak selesa tetapi calon bagi tiga slot lain mungkin perlu ditentukan di akhir perlawanan suku akhir kedua, Jumaat dan Sabtu ini. 

Di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kelantan yang terdesak mahu berada di landasan kemenangan semula selepas kekalahan pertama Liga Super kepada Pahang minggu lalu, masih belum menemui sentuhan apabila sekadar seri 2-2 dengan FELDA United. 

15 Mac 2011

Rajagobal panggil Azidan, Rizal


KUALA LUMPUR - Pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin dan pertahanan Kelantan, Mohd. Rizal Fahmi Abdul Rosid antara dua muka baru daripada 24 pemain yang mendapat panggilan menjalani latihan dan pemilihan pasukan kebangsaan pada 21 hingga 28 Mac ini.

'2 tuan rumah' buru jaringan selesa

KUALA LUMPUR - Dua 'tuan rumah di gelanggang lawan', kelebihan buat Pahang dan Kelantan, peluang kebangkitan juara 2009 dan sejauh mana kemampuan kelab dan pasukan Liga Perdana, semuanya bakal teruji dalam suku akhir Piala FA 2011 secara timbal balik, hari ini.

Kelantan cari penawar duka


KARATHU (lima dari kanan) menyampaikan amanat kepada para pemain Kelantan pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Felda United pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

14 Mac 2011

"Kekalahan jadi pengajaran"


KOTA BHARU – ‘Jadikan satu pengajaran’. Begitulah komen Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu selepas melihat pasukan kendaliannya tersungkur 0-2 kepada Pahang pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam semalam.

13 Mac 2011

Selangor bangkit, Kelantan tumbang



PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi oleh penyerang Pahang pada aksi di Kuantan malam tadi.


T-TEAM gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Perak dalam saingan Liga Super semalam.

10 Mac 2011

Pahang tingkatkan keselamatan


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Darul Makmur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa saingan Liga Super 2011 menentang Kelantan
pada 12 Mac ini.

Malaysia lepasi halangan pertama


PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan dengan Pakistan di Stadium Punjab, Lahore semalam.


LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.
Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

8 Mac 2011

Liga Super 2011: Siaran Langsung Astro Arena bulan Mac dan April

Info :Astro Arena

Minat Khairul, sambar Safee

SAFEE SALI bukanlah permata dicari kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya pada peringkat awalnya, namun dia tetap bersinar di arena bola sepak negara jiran itu yang tersungkur di kakinya pada final Piala AFF Disember tahun lalu.
Tanpa niat memperkecil kemampuan Safee, Pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa mendedahkan pasukan itu sebenarnya terpesona dengan ketangkasan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

“Kami pada awalnya mahukan penjaga gawang, Khairul Fahmi yang tangkas di benteng terakhir Malaysia pada final Piala AFF,” kata Lalu Mara.

“Saya turut terpesona dengan reaksinya yang pantas bertindak balas menangkap atau menepis bola. Tapi apakan daya amat sukar untuk mendapatkannya kerana pasukan asalnya (Kelantan) bagai tidak mahu melepaskan.

Malaysia mampu menang - Khairul Fahmi

SEPANG - Kapten skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat optimis kemenangan mampu milik Malaysia pada aksi perlawanan kelayakan kedua menentang skuad Olimpik Pakistan di Stadium Punjab, Lahore, esok. 

Janji penjaga gol sensasi negara itu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan gawang negara daripada dibolosi jentera serangan Pakistan yang dijangka memberikan aksi lebih sengit berbanding perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, bulan lalu.

Keupayaan bahagian pertahanan menangkis serangan Pakistan pada perlawanan pertama tersebut membuatkan Khairul Fahmi bertambah yakin untuk mendapatkan kejayaan di Lahore.

7 Mac 2011

Info Piala FA 2011

Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan menjadi gelanggang utama saingan suku akhir Piala FA 2011 untuk kedua-dua perlawanan yang melibatkan Kelantan dan Felda United.

Ini kerana Stadium Cheras 'tidak dapat digunakan' oleh sebab-sebab teknikal.Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri dan bakal disaksikan puluhan ribu tentera merah.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 15 dan 19 mac ini dengan format timbal balik.

NorShahrul juga


Norshahrul Idlan Talaha
Pelita Jaya minat dapatkan penyerang Kelantan untuk diganding dengan Safee


SELEPAS aksi cemerlang Safee Sali pada penampilan sulung bersama Pelita Jaya FC kelmarin, pengurusan pasukan itu kini mula berkira-kira untuk memancing seorang lagi penyerang negara bagi digandingkannya.

Liverpool malukan United


KUYT (tengah) meledakkan hatrik untuk membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi.



STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.
Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.
United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.

6 Mac 2011

Kijang gah di puncak

KETIKA hukuman penggantungan jurulatih Kelantan, B Sathianathan dikekalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sampai seminggu sepak mula Liga Super bermula, ramai yang menganggap bala menimpa gergasi Pantai Timur itu.

Tapi selepas enam perlawanan liga musim ini berlangsung, skuad The Red Warriors yang kini dikendalikan Datuk M Karathu membuktikan bahawa telahan itu tidak benar sama sekali apabila mereka gah mendominasi puncak liga.

Dengan rekod tanpa kalah selepas mencatat empat kemenangan dan dua seri bagi mengumpul 14 mata sudah cukup membuktikan Kelantan antara pasukan pilihan untuk muncul juara musim ini biarpun saingan masih jauh.

4 Mac 2011

Piala FA 2011 : Johor FC 0 - 1 Kelantan

Kelantan mara ke pusingan ketiga setelah menang tipis keatas Johor FC hasil jaringan ketua pasukan,Badri Radzi pada minit ke-10 perlawanan.

Kelantan bakal bertemu Felda United nanti di Kota Bharu,Tahniah Kepada sumua pemain kerana tidak menghampakan penyokong-penyokong setia.

Keputusan-keputusan lain :

Piala FA 2011 : Johor FC vs Kelantan

Johor FC vs Kelantan
Hari : Jumaat
Tarikh : 04/03/2011
Masa : 8.45 mlm
Venue : Stadium Pasir Gudang
(Live PKNS vs Pahang,Astro Arena)
(Live Steaming klik :TRW atau Ustream -Search Piala FA 2011

3 Mac 2011

Isu tiket..Penyokong TRW minta penjelasan KAFA


Rumah siap pahat masih berbunyi…itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan ekoran ketidakpuasan segelintir  penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat memasuki stadium walaupun telah membeli tiket perlawanan.

Walaupun Kelantan telah memahatkan memori indah pada malam tersebut kerana berjaya membelasah musuh utama Negeri Sembilan namun  isu ini sedikit sebanyak telah merencatkan keriangan penyokong-penyokong.

Pihak pengurusan KAFAterutamanya presiden Tan Sri Annuar Musa perlu memberi penjelasan tentang isu ini kerana ada segelintir penyokong mendakwa tiket pada malamtersebutdijual melebihi tempat duduk yang disediakan.

Kelantan bangga tumbangkan NS

KOTA BHARU - Kejayaan Red Warriors menumbangkan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf bintang, Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, menggembirakan ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.

Karathu memuji barisan pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan dan menunjukkan disiplin tinggi, terutama barisan pertahanan sehingga berjaya mematahkan setiap serangan lawan.

Menurutnya, Kelantan kini mempunyai sasaran lebih jelas, iaitu mahu terus mencipta kemenangan untuk kekal selesa di puncak liga.

"Kita dapat lihat pemain berjaya melakukannya pada perlawanan malam tadi (kelmarin). 

"Sasaran kami untuk meningkat pada setiap perlawanan dan menjadi pasukan yang sangat kompetitif. Biarpun pasukan Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain berkaliber namun, kita berjaya melakukannya dengan baik.

Banyak kelemahan perlu diatasi

KOTA BHARU – Walaupun berjaya membenam Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam semalam, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi pasukan Kelantan untuk menghadapi perlawanan liga seterusnya.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui di sebalik kejayaan Kelantan berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan tersebut, namun pada masa yang sama, beliau tidak mahu pemainnya berpuas hati dengan kemenangan tersebut.

2 Mac 2011

Kelantan benam Negeri Sembilan

KELANTAN 3
S Chanturu (m-49)
Norshahrul Idlan Talaha (m-74,80)

NEGERI SEMBILAN 0

KOTA BHARU –Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Namun kemenangan malam tadi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal setelah penyerang muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Ramzul Zahini Adenan terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan serius setelah bertembung dengan Ketua Pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan pada pertengahan babak kedua.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, walaubagaimanapun tiada jaringan dilakukan pada aksi separuh masa pertama setelah kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan lebih berhati-hati sepanjang tempoh tersebut.

Kelantan tidak lepas cengkaman liga

KOTA BHARU - Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan terus menguatkan cengkaman sebagai peneraju Liga Super 2011 dengan mengukir kemenangan selesa ke atas Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

Gol tuan rumah dijaringkan dua penyerang skuad negara, S. Chanturu pada minit ke-47 disusuli dengan rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-74.

Kelantan unggul terajui takhta Liga Super

NORSHAHRUL (kiri) cuba melepasi halangan kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.

KELANTAN mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.

Selepas gagal merobek gawang Negeri Sembilan pada babak pertama, Kelantan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi S. Chanturu pada minit ke-49.

Gol tersebut ternyata menyemarak semangat barisan pemain tuan rumah untuk menambah jaringan dan hasilnya, Nor- shahrul Idlan Talaha meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 80.

Liga Super 2011: Kelantan belasah Negeri Sembilan

Keputusan penuh :

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Kelantan akhirnya berjaya memadam keegoaan Wan Jamak apabila berjaya membelasah Negeri Sembilan 3-0 malam tadi,Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh S.Chanturu dan dua gol lagi hasil sumbangan penyerang berbisa NorShahrul Idlan.

Gol pertama Kelantan pada awal separuh masa kedua ternyata membawa kebangkitan semangat luar biasa bagi pemain-pemain yang dilihat lebih konsisten berbanding separuh masa pertama.

Gol tersebut hasil sepakan percuma yang diambil oleh Nurul yang berjaya ditolak masuk oleh S.Chanturu.Gol tersebut ternyata merubah skrip perlawanan yang sebelum ini hambar menjadikan lebih bertenaga samaada dari Kelantan mahupun Negeri Sembilan.

1 Mac 2011

Liga Super 2011 : Kelantan vs N.Sembilan

Tiket Astaka habis!!!

Rekod pertemuan liga super 2010 diantara kedua-dua pasukan memihak Kelantan tetapi Kelantan perlu waspada kerana Negeri Sembilan sudah pasti akan bermain bermati-matian bagi merebut takhta liga dari Kelantan..

Rekod Pertemuan :