3 Mac 2011

Isu tiket..Penyokong TRW minta penjelasan KAFA


Rumah siap pahat masih berbunyi…itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan ekoran ketidakpuasan segelintir  penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat memasuki stadium walaupun telah membeli tiket perlawanan.

Walaupun Kelantan telah memahatkan memori indah pada malam tersebut kerana berjaya membelasah musuh utama Negeri Sembilan namun  isu ini sedikit sebanyak telah merencatkan keriangan penyokong-penyokong.

Pihak pengurusan KAFAterutamanya presiden Tan Sri Annuar Musa perlu memberi penjelasan tentang isu ini kerana ada segelintir penyokong mendakwa tiket pada malamtersebutdijual melebihi tempat duduk yang disediakan.

Mereka juga mendakwa tiket perlawanan dijual semula setelah penyokong memasuki stadium,ini menyebabkan Stadium Sultan Muhammadke-IV yang hanya boleh menampung 25000 orang pada satu-satu masa menjadi sesak dengan penyokong-penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan tumpuan tersebut.
 Sebahagian Penyokong-penyokong yang tiada tempat duduk
Ada juga tuduhan yang mengatakan pihak KAFA sengaja menjual tiket berlebihan kerana ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana penyokong terpaksa ke stadium kerana tiada siaran langsung melibatkan perlawanan tersebut. Kegilaan penyokong-penyokong The Red Warriors terhadap bolasepak sekarang memang tidak boleh dibendung lagi dan berada dikemuncak setelah pasukan Kelantan sekarang merajai takhta liga super tanpa sebarang kekalahan lagi.
Isu keselamatan juga perlu diutamakan KAFA kerana pada perlawanan tersebut penyokong terpaksa berhimpit-himpit sehinggakan ada kanak-kanak yang sesak nafas.Penyokong-penyokong  yang tidak dapat melihat perlawanan dilihat memanjat pagar atau penghadang tempat duduk masuk semata-mata ingin menyaksikan pemain-pemain kesayangan mereka beraksi,ini membahayakan nyawa mereka kerana risiko terjatuh.
Isu ini sebenarnya menjadikan KAFA  seperti  ‘diluah mati emak ditelan mati bapak’kerana jika KAFA memperuntukan tiket yangsedikit,penyokong-penyokong yang tidak dapat membeli tiket perlawanan pastikan marah tetapi mereka tidak sedar bahawa Stadium kita bukanlah seperti Stadium negeri lain yang boleh menampung jumlah penyokong yang ramai.
 Aksi berbahya penyokong Kelantan
Isu ini tidak akan selesai selagi Stadium baru tidak dibina,masalah ini akan berlanjutan tanpa penyelesaian…Marilah sama-sama kita berdoa agar Kelantan akan mendapat stadium baru dan penyokong-penyokong Kelantan tidak perlu bersesak-sesak lagi untuk memasuki stadium serta dapat menonton perlawanan dengan selesa dan tenang
Diharapkan KAFA dapat mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif selepas ini bagi menangani isu ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jange pula ada yg amik kesempatan bila cukai hiburan telah dihapuskan untk mdaptkan keuntungan 150%. yg susah adalah penonton (penyokong). keadae tersebut langsung tiada "health & safety" kepada pengunjung (terutamanya kanak2, wanita dan org kurang upaya). nampaknya, masalah bolasepak kelantan bukan hanya penyokong yg tidak seberapa tamadun (baling-membaling sampah) ttp ada pihak tertentu yg cuba mengeruhkan lg keadaan. Cuba fikir, sekiranya berlaku kemalangan (rusuhan, kecederaan, stadium runtuh), siapakah yg akan bertanggungjawab?