28 Feb 2011

Arsenal kempunan,Liverpool tewas lagi

Arsenal sekali lagi kempunan untuk menjulang piala liga apabila dihampakan kelab ditangga 16 liga inggeris 2-1,jaringan gol pada lewat penghujung saingan oleh Obafemi Martins memastikan Birmingham menjulang kejuaraan tersebut.

Memadai raih 1 mata: Karathu

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sekali pun sekadar berkongsi mata dengan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam semalam.

Dalam perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penyerang utamanya, Azlan Ismail pada m-57 sementara gol penyamaan Kelantan dijaringkan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada m-79.

Karathu berkata, walaupun beraksi di bawah tekanan, tetapi kejayaan anak buahnya mencuri satu mata di gelanggang lawan, sudah cukup memadai bagi pasukannya untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.

“Pada separuh masa pertama. kita menguasai sebahagian babak perlawanan dan mendapat satu hingga dua peluang. tetapi barisan depan pasukan kita gagal memanfaatkan peluang tersebut. 

Kelantan hampa penyudah tumpul

KOTA BHARU - Penyudah yang tumpul membantutkan hasrat Kelantan untuk melebarkan kelebihan di tangga teratas Liga Super selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar Sabtu lalu.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata, sikap terlalu menghormati kemampuan lawan yang dibarisi beberapa tonggak kebangsaan, hampir memakan diri sehingga membenarkan Kedah memperolehi gol awal biarpun pasukannya berjaya memberikan tekanan.

"Pada perlawanan itu, kami sepatutnya menang dan tiga mata daripada perlawanan tersebut penting buat kami untuk meneruskan cengkaman dalam liga serta menjarakkan kedudukan dengan pasukan lain.

27 Feb 2011

Kelantan baiki jentera penggempur

KELANTAN gagal menghapuskan ‘badi’ Stadium Darulaman apabila sekali lagi dipaksa berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah, Kedah pada aksi Liga Super malam kelmarin.

Turun dengan misi membawa pulang mata penuh, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh bekas pemain The Red Warriors, Azlan Ismail hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Begitupun, Norshahrul Idlan Talaha menjadi penyelamat apabila meledakkan gol penyamaan pada lewat permainan.

Karathu tetap berpuas hati

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/02/27

JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati walaupun pasukan kendaliannya sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin.

“Bagi saya ia masih satu pencapaian baik kerana Kedah malam tadi (kelmarin) buat pertama kali dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya,” kata Karathu ketika dihubungi, semalam. “Secara keseluruhan, kami mengawal permainan dan sepatutnya pulang dengan kemenangan. 

Kelantan kekal terajui liga..Perak saingan utama

Kelantan masih kekal sebagai pendahului liga super selepas lima perlawanan yang menyaksikan Kelantan dihambat rapat oleh pesaing utama musim ini iaitu Perak yang dibimbing oleh Cikgu Jan.

Perlawanan keenam liga nanti bakal menyaksikan samaada Kelantan masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai Raja Liga Super apabila melayan kunjungan musuh tradisi,Negeri Sembilan.Negeri Sembilan turun dengan reputasi gah selepas berjaya menundukan Sabah 1-0 dan berada di tangga ketiga liga mampu untuk merampas takhta liga andai Kelantan dan Perak Kalah buat kali pertama selasa ini.

26 Feb 2011

Keputusan penuh Liga Super 2011 P5 :

Jumaat,25 Feb 2011

Kedah 1 - 1 Kelantan
K.Lumpur 1 - 2 Terengganu


Sabtu,26 Feb 2011,

N.Sembilan 1 - 0 Sabah
T.Team 3 - 0 Perlis

Kedah, Kelantan sama handal

 
BADDROL (tengah) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.


KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelan- tan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi keme- nangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini.

Keputusan penuh Liga Super 2011 P5 : Kedah vs Kelantan

Keputusan Penuh : 
Kedah 1(Azlan '57) - 1 Kelantan(NorShahrul 79')
Azlan Ismail hampir mengulangi episod yang sama buat Kelantan seperti yang dilakukannya musim lepas hasil jaringan pada minit ke-57 perlawanan setelah mendapat hantaran silang dari Baddrol Bakhtiar.

Mujurlah NorShahrul berjaya memadam kelebihan jaringan Azlan pada minit ke-79 dan menyaksikan kebangkitan Kelantan setelah permainan diihat agak membosankan.

Kapten Pasukan,Badri Radzi seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menghasilkan gol buat Kelantan dipenghujung masa perlawanan apabila gagal menolak bola ke gawang walaupun penjaga gol Kedah telah tertewas...

24 Feb 2011

Kelantan perlu tonik

Kelantan bakal menghadapi Kedah dalam saingan Liga Super esok di Alor Star.Setelah bernasib baik hanya menang melalui sepakan penalti menentang T.Team,Kelantan sekali lagi diuji oleh satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan iaitu Kedah musim lalu dalam saingan liga.

Walaupun pasukan Kedah telah kalah sekali dalam saingan liga super iaitu kepada Sabah,Pemain-pemain Kelantan seharusnya tidak memandang mudah pertemuan ini.Kedah yang membariskan ramai pemain kebangsaan sudah pasti ingin memadam rekod Kelantan yang belum kalah selepas empat perlawanan liga.

23 Feb 2011

Pra Olimpik 2012 : Malaysia vs Pakistan

Keputusan Penuh :

Malaysia 2 - 0 Pakistan

Separuh Masa Pertama :

Malaysia 2(W.Zaharul Nizam 3',Irfan fazail 45' + 3) - 0 Pakistan

22 Feb 2011

Malaysia vs Pakistan

Info Kelayakan Olimpik London 2012 bagi peringkat Asia.

Tempat :Stadium Shah Alam
Tarikh :23 Feb 2011
Masa : 8.30 mlm
Live Astro Arena 801

Logo ARMY atau Akademi Red Warriors Al-Hamra

Mana satu pilihan anda?


Sorakan penonton bakar semangat Fahmi

 Khairul Fahmi Che Mat

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my 
2011/02/22

Yakin boleh tewaskan Pakistan esok

“SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami,” kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.

21 Feb 2011

Kemenangan bersandar nasib

KOTA BHARU - Biarpun mara ke pusingan kedua, namun kejayaan Kelantan menyingkirkan saingan T-Team dalam perlawanan kalah mati pusingan pertama kempen Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin boleh disifatkan bersandarkan kepada nasib semata-mata.Kejayaan mara ke pusingan kedua bukannya mudah apabila Kelantan dipaksa bekerja keras untuk mencipta kemenangan setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.

Penentuan pemenang mutlak akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti, sesuatu yang cukup tidak digemari setiap pasukan yang bertanding dalam saingan kalah mati sekiranya keputusan masih berkedudukan seri sehingga ke masa tambahan.

Karnival Hari Keluarga The Red Warriors 2011


Lagi info : klik TRW 2011 atau Isi Borang pendaftaran disini

20 Feb 2011

Piala FA 2011:Jadual Pusingan kedua

Siaran Langsung Liga Super Sepanjang Februari


Info : Arena

Piala FA 2011:Kelantan lawan Johor FC di Pusingan kedua

Johor FC mengesahkan akan bertemu Kelantan dalam saingan Piala FA pusingan kedua yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 march ini.Johor FC mudah menewaskan SPA KL dengan jaringan 5-0.

Keputusan-putusan lain adalah : 

Melaka 0 - 5 Sime Darby
Pahang 2- 1 Sabah
PDRM 1 - 4 Perak
Perlis 0 - 2 Felda Utd
PKNS 5 - 0 Muar FC
ATM 2 - 0 Sarawak
Melodi Jaya 0 - 4 Harimau Muda B
Suria NTFA 1 - 5 Johor
USM 1 - 2 Terengganu

19 Feb 2011

Harimau Muda A, Kelantan mara

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) menyelamatkan cubaan penyerang T-Team (tengah), Mohd Haris Safwan Kamal dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

T-Team, SDM Navy putih mata terkeluar dari saingan kalah mati Piala FA

NORSHAHRUL Idlan Talaha pastinya menjadi pemain paling lega di atas padang ketika Norfadly Alias gagal menyempurnakan penalti penentuan yang menyaksikan T-Team tersingkir dari Piala FA dan Kelantan mara ke pusingan kedua dengan keputusan 6-5 selepas permainan 120 minit terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Norshahrul, pemain yang menyerlah pada Piala AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan, gugup ketika mendapat peluang lebih awal untuk menjamin laluan The Red Warriors ke pusingan seterusnya apabila sepakannya pada detik terakhir 90 minit melepasi palang.

Namun Norshahrul menebus kesilapannya ketika mengambil sepakan pertama pada penentuan dengan kedua-dua pasukan masing-masing menyempurnakan sepakan terakhir sehingga Norfadly melakukan kesilapan apabila sepakannya melambung tinggi.

Sebelum itu, Mohd Rizal Fahmi membuka jaringan pada minit ke-52 apabila menanduk masuk sepakan sudut Mohd Nurul Azwan Roya tetapi selang sembilan minit, Indra Putra Mahayudin meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru atas gawang selepas menerima hantaran lintang Shamsul Kamal Mohamad dari kiri untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A berpesta gol pada tirai pusingan pertama dengan membaham SDM Navy 4-0.

K Ravindran menjadi wira buat Harimau Muda A apabila membolosi gawang yang dikawal Safril Hafizzie pada minit ke-10 dan 48, disusuli Mohd Amer Saidiin (m-37) dan Muhd Ferris Danial (m-77)

Oleh Sukhairi Abd Thani dan Hamid Salleh 
bhsukan@bharian.com.my 
2011/02/19

Kelantan mara ke pusingan kedua Piala FA!!!

Keputusan penuh :

T.Team 1(indra 62') - 1 Kelantan(Rizal Fahmi 52 ')

Kelantan terpaksa menunggu sehingga kepenentuan sepakan penalti apabila diikat T.Team 1-1,Gol Kelantan dijaringkan oleh Rizal Fahmi pada minit ke-52 manakala gol T.TEam di jaringkan oleh Indra Putra. 

Aksi mendebarkan dipertontonkan kepada penyokong-penyokong Kelantan apabila Kelantan meperolehi sepakan penalti pada mini ke-91 perlawanan namun gagal disempurnakan oleh NorShahrul yang menyepak tinggi.

Kelantan berjaya mara kepusingan kedua dengan keputusan penalti 6-5 setelah pemain pertahanan T.Team,Norfazli menyepak tinggi melepasi gawang Kelantan.
Sepakan penalti Kelantan disempurnakan oleh NorShahrul,Rizal Fahmi,Shakir,Nurul Azwan Roya,Daudsu dan Danial Fadly,

Apa yang menarik bekas pemain Kelantan,Indra,Farhan dan Azizi menunjukkan permainan yang luar biasa.Tapi apakan daya mereka masih gagal menumbangkan Kelantan...

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mara kepusingan kedua dan lawan yang bakal menanti Kelantan adalah Johor FC,Pasukan yang telah dikalahkan sebelum ini dengan jaringan 4-1.

Kesebelasan utama :
Khairul Fahmi, Rizal FAhmi, Farisham,Daudsu, Zairul Fitri, S.Subramaniam(Danial), Shakir, Badri RAdzi(Khairan), NorShahrul, Ramzul(Nizab), Nurul Azwan,


p/s:Keputusan lain : 
Harimau Muda A mengalahkan SDM Navy 4-0

17 Feb 2011

Kelantan kekal rekod bersih

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

Ramzul Zahini (kiri) penggempur baru Kelantan yang perlu diberi perhatian.
"SAYA gembira dengan komitmen yang dipamerkan oleh semua pemain."

Demikian luahan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu selepas melihat kejayaan skuad bimbinganya memperoleh tiga mata penuh hasil kemenangan keatas Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam kelmarin.Menurutnya, kejayaan tersebut amat bermakna buatnya meskipun barisan pemainya dipaksa bekerja keras sepanjang perlawanan tersebut.

Tambahnya, kejayaan tersebut hasil kesungguhan barisan pemainnya yang berjaya mencipta peluang serta berjaya menjaringkan gol pada babak kedua biarpun seakan-akan hilang punca pada separuh masa pertama.

"Percaturan kami pada separuh masa kedua berjaya walaupun kelibat penggempur sensasi kita Norshahrul Idlan Talaha agak terbatas dalam perlawanan tersebut.

"Walaupun Norshahrul dikawal ketat oleh tiga pemain Kuala Lumpur, namun aksi dua lagi rakannya iaitu Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) dan Mohd. Nizab (Ayub) jelas tidak mengecewakan. Kedua-duanya menunjukkan satu permainan yang bagus," katanya ketika ditemui di kota Bharu, semalam.

Jelasnya, beliau turut memuji aksi barisan pemainya yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan tersebut.

"Ini perlawanan kedua bagi Muhammad Ramzul dan saya fikir sudah ada peningkatan yang beliau pamerkan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0.

Penyerang muda Kelantan, Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan apabila jaringanya pada minit ke-46 menjadi titik tolak kebangkitan pasukan selepas mempamerkan aksi hambar di separuh masa pertama.

Jaringan tersebut nyata menyemarakkan semangat barisan pemain The Red Warriors apabila mempamerkan corak menyerang sehingga memaksa Kuala Lumpur lebih banyak bertahan di separuh masa kedua.

Penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-87 selepas bijak menyudahkan hantaran pemain sayap kiri, Nurul Azuwan Roya.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terus selesa dipuncak liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi seteru utama Selangor yang berada di kedudukan empat.

Ramalan Piala FA 2011

















Kalu ado member hok bisa bahagian ramalan-ramalan ni buleh komen...ni ramalan kawe jah...saloh mitok maaf...

16 Feb 2011

KAFA pasang layar gergasi

Semalam KAFA dan penaja utama Kelantanmusim ini,HAPPY mengumumkan akan menyediakan skrin gergasi pada perlawanan pembukaan piala FA diantara Kelantan menentang T.Team jumaat ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Penyokong-penyokong yang tidak berkesempatan ke Kuala Terengganu boleh datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut beramai-ramai.Pihak HAPPY juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk penyokong-penyokong Kelantan.

Siaran Langsung ini dibawakan oleh pihak Astro melalui Astro Arena 801.

Peminat kecewa tiada siaran langsung bola sepak Liga Malaysia

SAYA ingin menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), RTM dan Astro Arena penaja utama Liga Malaysia 2011 selepas Telekom Malaysia (TM) tidak lagi mempunyai hak sebagai penaja.

Saya amat dukacita kerana sudah tiada lagi siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Super 2011 di TV1. Cuma perlawanan Piala Sumbangsih Astro Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari lalu perlawanan antara Selangor dan Kelantan saja yang disiarkan secara langsung di TV1Untuk makluman pihak terbabit bukan semua penduduk Malaysia mampu untuk melanggan siaran berbayar Astro. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku ke atas sukan nombor satu negara ini.

Seharusnya pihak penaja berkompromi dengan mana-mana stesen televisyen tidak berbayar untuk berkongsi menyiarkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia, terutama sekali TV1 yang mempunyai liputan meluas, walaupun di mana saja penduduk akan mendapat siarannya dengan baik dan jelas.

Janganlah memikirkan keuntungan semata-mata, jagalah perasaan peminat bola sepak tempatan yang tidak mampu untuk melanggan Astro.


Selepas memasuki minggu keempat berlangsungnya Liga Malaysia, masih tiada siaran secara langsung di TV1.

Kami peminat bola sepak tempatan berasa hampa apabila setiap Sabtu tiada lagi siaran langsung bola sepak Liga Malaysia.
Kami berharap pihak terbabit mencari jalan terbaik bagi penyelesaian dan bertolak ansur dalam perkara ini bagi membolehkan kami sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan kembali menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2011 pada setiap hujung minggu secara langsung.


Diharap pihak terbabit, usahlah terlalu memikirkan keuntungan dan mengorbankan minat rakyat kepada bola sepak. Sebab setiap sen yang dikeluarkan akan membabitkan perbelanjaan keluarga, fikirkanlah.

RAMLAN YUSUF,
Teluk Intan, Perak.


Artikel ini diambil dari surat yang dikirimkan kepada berita harian

Jadual Piala FA 2011 pusingan 1

Jumaat,18 Februari 2011,8.45 mlm

P9 T.Team vs Kelantan(SSINS,K.Terengganu)
P12 Harimau Muda A vs SDM Navy

Sabtu,19 Februari 2011,8.45 mlm & 4.15 pm

P2 Selangor PKNS vs Johor Majlis Perbandaran Muar(4.15 pm)
*P3 Pahang vs Sabah
*P4 PDRM vs Perak
*P5 Melaka vs Sime Darby
P6 ATM vs Sarawak(4.15 pm)
*P7 USM vs Terengganu
P8 Melodi Jaya vs Harimau Muda B(4.15 pm)
P10 Pulau Pinang vs Johor(4.15 pm)
P11 Johor FC vs KL, SPA(4.15 pm)
*P13 Perlis vs Felda United FC 

*Sepak mula 8.45 mlm

Ahad,20 Februari 2011,4.15 pm

P1 K.Lumpur vs POS Malaysia 




*Tertakluk kepada perubahan dari FAM

Takhta liga masih milik Kelantan

Kelantan mempamerkan aksi terpuji pada separuh masa kedua apabila dua kali berjaya merobek gawang Kuala Lumpur.Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh dua penyerang kembar iaitu NorShahrul Idlan Talha dan Ramizul Adenan yang kini dilihat semakin serasi digandingkan bersama. 

Nurul Azwan Roya membuktikan bahawa kepulangnya ke Kelantan berbaloi apabila dua gerakanya menghasilkan gol untuk Kelantan selesa dipuncak liga.

Percaturan Karathu yang merubah strategi pada separuh masa kedua berjaya mebuahkan hasil apabila pemain-pemain dilihat lebih 'selesa' berada diposisi masing-masing.

Gol Pertama jaringan Ramizul
Kelantan boleh berpesta gol pada malam ini tetapi ketumpulan penyudah serta ketangkasan penjaga gol K.Lumpur menafikan semua percubaan menarik dari pemain-pemain Kelantan.

 Gol kedua jaringan NorShahrul
Apa yang mengembirakan penyokong-penyokong Kelantan adalah kekalahan pasukan jiran T.Team kepada Pahang.Penyokong bersorak girang apabila juruacara mengumumkan T.Team tewas kepada Pahang.

Apapun perjalanan masih jauh dan Kelantan berada dilandasan yang betul untuk meragut semua 
Piala Musim ini andai momentum kemenangan ini...dikekalkan

Dengan kemenangan ini Kelantan mengumpul 10 mata sambil diekori oleh pasukan kendalian Norizan Bakar iaitu Perak yang masih belum kalah lagi dalam saingan liga super musim ini.

Kesebelasan Utama :
Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Farisham(Wan Rohaimi),Subramaniam, Daudsu, Shakir, Badri Radzi,NorShahrul,Ramizul(Danial), K.Soley(Nizab Ayub),Nurul Azwan Roya

Gambar - gambar sekitar perlawanan KL vs Kelantan









Keputusan penuh Liga Super 2011 P4

Kuala Lumpur 0 - 2 Kelantan

Sabah 0 - 1 Johor FC

Terengganu 2 - 3 Selangor 

Harimau Muda A 1 - 1 Perlis

Kedah 0 - 0 Perak

N.Sembilan 0 - 1 Felda Utd 

Pahang 1 - 0 T.Team

14 Feb 2011

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H

Kepada penyokong-penyokong The Red Warriors yang beragama islam diucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 hijrah. 

Tema tahun ini adalah 1 malaysia 1 ummah,...Insaflah diri dan lihatlah kebesaran Allah dalam mengutuskan Rasul kepada kita...

Tiga mata jadi buruan

Saingan liga super musim ini sedikit memberikan kelebihan buat Kelantan kerana dapat bermain sebanyak mungkin digelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Setelah membenam cabaran Johor FC hujung minggu lepas,Kelantan sekali lagi bermain digelanggang sendiri dan lawan kali ini adalah Kuala Lumpur.

Berbekalkan seri 1-1 dengan Selangor,Skuad kendalian Razip Ismail ini mempunyai tugasan yang cukup getir apabila terpaksa dengan sebelas wira merah serta bakal dimantapkan lagi dengan kehadiran puluhan ribu tentera merah yang setia berada dibelakangbagi memberikan sokongan.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim lepas menyakiskan Kelantan menang dua perlawanan dan seri sekali.Oleh itu Kelantan dilihat tiada masalah untuk menundukkan skuad Lembah Klang esok.


Apa yang dibimbangi adalah pemain Kelantan terlalu memandang mudah keupayaan lawan dan ini hampir memakan diri pada perlawanan menetang Johor FC yang menyaksikan pintu gol Kelantan dirobek lawan terlebih dahulu.

Barisan pertahanan Kelantan perlu memberikan pehatian kepada bekas penyerang UITM iaitu Fahrul Razi serta penjaring gol mereka ketika bertemu Selangor sabtu lepas iaitu Azwan Malek.

M.Karathu juga perlu membuat pemilihan pemain yang betul pada perlawanan ini kerana jika dilihat perlawanan yang lalu pemain kelahiran Kedah,K.Soley dilihat berada diluar prestasi sebenar beliau.Mungkinkah beliau masih dibelenggu dengan kecederaan yang menjejaskan rentak permainan beliau.

Kelantan sekali lagi berpeluang untuk menghuni tangga teratas liga jika berjaya mengatasi Kuala Lumpur esok.Ini kerana pesaing Kelantan seperti Harimau Muda A,Perak serta Negeri Sembilan 'dipaksa' bertemu lawan yang agak seimbang kekuatan mereka.

Apapun tiga mata penting menjadi buruan malam esok kerana kita tidak mahu Kelantan sekadar seri seperti permulaan musim lepas yang menyaksikan Kelantan mencatat terlalu banyak keputusan seri sehinggakan terlepas kejuaraan liga super kepada Selangor.

Al-fatihah buat Sairozi Daud


Tan Sri Annuar Musa memaklumkan dalam facebooknya tadi bekas pemain Kelantan serta Johor FC iaitu Sairozi Daud telah meninggal dunia akibat menderita barah tengkuk.


Marilah sama-sama kita sedekahkan beliau Al-Fatihah kepada beliau dan semoga ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.


Jasa dan pengorbanan beliau sewaktu mewakili Kelantan suatu ketika dahulu dihargai.

13 Feb 2011

Gambar-gambar sekitar perlawanan Kelantan vs Johor FC


Kelantan pimpin liga

KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melepaskan sepakan ke arah pintu gol Johor FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam tadi.

KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.

Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United.

Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1.

Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0.

10 Feb 2011

Sila rujuk KAFA

KERAJAAN negeri Kelantan tidak bertanggungjawab sekiranya wujud keciciran nama pemain dalam menerima sumbangan yang diagihkan kepada mereka ketika membantu skuad The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia musim lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri sudah menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 seperti dijanjikan untuk diagihkan kepada semua pegawai dan pemain Kelantan berdasarkan senarai nama disediakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).


Sehubungan itu, beliau akan membuat semakan dengan pihak Kafa bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai empat bekas pemain tonggak Kelantan yang dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima ganjaran yang disediakan kerajaan negeri. “Kerajaan negeri sudah tunaikan janji dengan mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada pegawai dan pemain The Red Warriors pada 25 Januari lalu dan jumlah agihan wang yang diberikan kepada mereka antara RM3,500 hingga RM7,500 seorang. “Kita beri sumbangan kepada pegawai dan pemain sebagaimana dijanjikan dan ia diputuskan berdasarkan kepada senarai nama disediakan pihak Kafa. Sekiranya wujud keciciran atau ada pemain yang tidak menerimanya, itu perlu dirujuk atau disemak dengan pengurusan persatuan berkenaan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Kota Bharu, semalam.


Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 sebagaimana laporan akhbar ini, kelmarin.


Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan janji yang dibuat dengan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada barisan pemain dan pegawai The Red Warriors sebagaimana yang diadakan di Kota Bharu pada 25 Januari lalu.

“Saya tak dapat beri komen lanjut berhubung isu yang timbul ini kerana saya perlu merujuk kepada pengurusan Kafa bagi mendapatkan pengesahan atau gambaran sebenar.


“Saya juga tidak pasti sama ada nama empat bekas pemain Kelantan itu disenaraikan atau tidak kerana penyediaan senarai nama pegawai dan pemain adalah daripada pihak Kafa,” katanya.

Khairul Fahmi dapat banglo RM100,000

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

2011/02/10
KERAJAAN negeri meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat bernilai RM100,000 di Pengkalan Chepa sebagai hadiah kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang membantu skuad kebangsaan muncul juara dalam Piala Suzuki AFF, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata tapak rumah itu yang terletak berhampiran kawasan rumah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). “Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini (semalam) sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya sebagai hadiah dijanjikan kepada Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya, semalam.

Pada 3 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengumumkan pemberian rumah kepada Khairul Fahmi sebagai hadiah mengenang jasa serta pengorbanan pemain kebangsaan itu.

Sementara itu mengulas mengenai ada pemain The Red Warriors yang tercicir daripada menerima sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 baru-baru ini, Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri tidak terbabit dalam perkara ini kerana sumbangan sudah diberi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010.

9 Feb 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Malaysia 2(Safiq 44',Amirul 90+1') Vs  0 Hong Kong
Stadium Shah Alam
9 Feb,Rabu
8.45 mlm
LIVE Astro Arena 

Ayuh sama-sama kita saksikan skuad kebangsaan kita menentang Hong Kong malam ini.Berikan sokongan 1Malaysia kepada skuad kebangsaan kita...

8 Feb 2011

Liga Indonesia sama sahaja - Zolkples

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ada pandangan yang tersendiri berhubung perpindahan penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali ke kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Bagi Zolkples, beliau lebih suka sekira- nya Safee beraksi dalam saingan Liga Jepun ataupun Liga Korea Selatan memandangkan standard liga tersebut lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan Liga Indonesia."Secara peribadi, saya lebih suka jika Safee beraksi bersama salah sebuah kelab di Jepun ataupun Korea Selatan kerana di sana standard liga mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan Indonesia.

"Pasukan kebangsaan Indonesia pun tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Jadi... saya tidak rasa dia (Safee) akan dapat banyak manfaat sekiranya beraksi bersama kelab Indonesia," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Safee dilapor telah disenaraikan bersama-sama penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagi menjalani sesi pemilihan beraksi buat salah sebuah kelab di Jepun.

Namun semalam, Safee mengumumkan bahawa dia akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Safee, 27, akan menandata- ngani kotrak selama setahun bersama Pelita Jaya pada Isnin depan.

Bagaimanapun, Zolkples menjelaskan bahawa perpindahan Safee kali ini ada petanda positif terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan menganggap ia seba- gai langkah permulaan untuk pemain-pemain lain mengikut jejak langkahnya.

"Mungkin selepas perpindahan Safee ini, akan ada pula pemain-pemain Malaysia yang lain ditawarkan untuk turut beraksi bersama kelab-kelab di luar negara. Siapa tahu?" ujar Zolkples.

2 Feb 2011

Percaturan Karathu tak menjadi

Entah dimana silapnya pencaturan jurulatih Datuk M.Karathu serba tidak menjadi semalam.Keputusan seri semalam memaksa Karathu memikirkan samaada percaturan beliau boleh membawa kejayaan kepada pasukan atau sebaliknya.

Penyokong-penyokong Kelantan seolah-olah dihidangkan dengan persembahan longlai dari pemain-pemain yang dilihat seakan-akan tidak bersemangat untuk bermain.Keadaan cukup berbeza ketika bertemu Selangor tempohari yang menyaksikan Kelantan benar-benar bernafsu untuk merobek gawang lawan.

Aksi longlai yang ditunjukkan oleh pemain tengah Kelantan Shakir yang dilihat tidak konsisten dan memaksa Karathu membuat pertukaran dengan memasukkan Khairan Eroza.Danial Fadly juga kurang berkesan semalam dan bermain sekadar tangkap muat sahaja(pinjam kata-kata penyokong Selangor yang mengatakan Kelantan mengambil jurulatih tangkap muat sahaja).

Manakala K.Soley dilihat hanya berlari-lari sahaja diatas padang,beliau seolah-olah buntu untuk bermain dengan corak yang diterapkan oleh Karathu.Karathu hanya meletakkan NorShahrul dihadapan sedangkan beliau sudah dirantai oleh Marzuki Yusof yang cukup agresif mengawalnya.

Perlawanan semalam juga menyaksikan bahagian tengah Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh pemain Terengganu dan mereka cepat menyelinap masuk ke kawasan Kelantan.Ternyata pemain-pemain Kelantan gagal menyaingi kepantasan pemain-pemain Terengganu.

Mujurlah gol dari Badri Radzi pada minit ke-34 perlawanan merubah corak Kelantan yang dilihat lebih agresif menyerang,itupun kerana pemain Terengganu sudah hilang fokus kerana gol tersebut.Gol tersebut hasil lambungan penyerang licik Kelantan Nurul Azwan Roya yang melambung tinggi melepasi jankauan penjaga gol Terengganu Sarbinee Alawi dan disudahi oleh Piya yang tidak dikawal.

Separuh masa kedua menyaksikan Terennganu kembali memperkemaskan rentak permainan dan pada minit ke-58 Khairul Fahmi berjaya menagkap kemas percubaan pemain Terengganu.Gol penyamaan Terennganu akhirnya muncul juga apabila ketua pasukan mereka,Marzuki Yusof menanduk masuk kepenjuru kanan gol Kelantan menewaskan Khairul Fahmi hasil sepakan sudut Joseph Kalang.

Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan gawang Kelantan pada minit ke-75 apabila berdepan satu lawan satu dengan pemain Terengganu yang sudah menewaskan pertahanan Kelantan merebahkan badan,mujurlah bola terkena sedikit kakinya dan berjaya dikeluarkan pertahanan.

Perlawanan semalam juga menyaksikan pertahanan Kelantan beraksi cemerlang dan banyak menyelematkan gawang Kelantan dari dibolosi pemain Terengganu yang ditunjanggi Joseph Kalang dan Ashaari.

KAFA perlu mencari punca sebenar mengapa pemain-pemain beraksi hambar serta gagal menyaingi pemain-pemain Terengganu semalam...Persoalanya adakah M.Karathu mampu mencorak pasukan Kelantan dan bersaing dengan pasukan lain dalam kempen liga super tahun ini.Cakap-cakap sudah kedengaran bahawa pemain-pemain kurang  menyenangi taktikal lapuk dari jurulatih baru itu...

Credit : Daudsu,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Khairul Fahmi

Kelantan 1 - Terengganu 1

Gambar - gambar sekitar perlawanan









Gol Pendahuluan



Gol Penyamaan


Gawang Gol Kelantan kerap diancam