26 Feb 2011

Keputusan penuh Liga Super 2011 P5 : Kedah vs Kelantan

Keputusan Penuh : 
Kedah 1(Azlan '57) - 1 Kelantan(NorShahrul 79')
Azlan Ismail hampir mengulangi episod yang sama buat Kelantan seperti yang dilakukannya musim lepas hasil jaringan pada minit ke-57 perlawanan setelah mendapat hantaran silang dari Baddrol Bakhtiar.

Mujurlah NorShahrul berjaya memadam kelebihan jaringan Azlan pada minit ke-79 dan menyaksikan kebangkitan Kelantan setelah permainan diihat agak membosankan.

Kapten Pasukan,Badri Radzi seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menghasilkan gol buat Kelantan dipenghujung masa perlawanan apabila gagal menolak bola ke gawang walaupun penjaga gol Kedah telah tertewas...
Beliau mempunyai banyak peluang tetapi apakan daya beliau bukanlah 'kaki gol' untuk Kelantan dan hanya sesuai bermain dibahagian tengah bagi membuka lebih ruang kepada Ramzul dan NorShahrul.

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan liga berlangsung.

Pemain terbaik : 
NorShahrul Idlan Talaha

Kesebelasan utama : 

Kedah: Abdul Hadi Abdul Hamid, Khairul Helmi Johari, Mohd Fauzie Nan, Mohd Azmi Muslim (Wan Mohd Asyraf Wan Ali), Ahmad Fauzie Shaari (KP) (Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin), Amar Rohidan, Mohd Sabre Mat Abu, Baddrol Bakhtiar, V Thirumurugan, Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Mohamad Faizal Abu Bakar) dan Azlan Ismail. 

Kelantan:Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Farisham,Zairul(S.Subramaniam), Daudsu, Shakir, Badri, Ramzul, Nurul Azwan(Nizab), NorShahrul, S.Chanturu(K.Soley)

Keputusan lain: 

Kuala Lumpur 1 - 2 Terengganu

Tiada ulasan: