27 Feb 2011

Karathu tetap berpuas hati

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/02/27

JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati walaupun pasukan kendaliannya sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin.

“Bagi saya ia masih satu pencapaian baik kerana Kedah malam tadi (kelmarin) buat pertama kali dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya,” kata Karathu ketika dihubungi, semalam. “Secara keseluruhan, kami mengawal permainan dan sepatutnya pulang dengan kemenangan. 
 “Pada babak pertama, beberapa percubaan dihasilkan tetapi gagal. Rentak sama dipamerkan pada babak kedua tetapi kerana kelekaan pertahanan, Kedah membuka jaringan hasil hantaran cantik Baddrol (Bakhtiar).

“Namun kami bangkit menyamakan kedudukan dan kembali mengasak tuan rumah dan mendapat tiga peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi Piya (Mohd Badri Radzi) dan Mohd Ramzul (Zahini Adnan).”

credit : Bharian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jentera serangan kurang menyerlah tak dapat berfungsi dengan baik,kenapa karathu tidak memasukkan khalid jamlus sebagai penyerang.ramzul ni laju sahaja buat gol nya kurang boleh,cubalah masukkan khalid jamlus kalau tak jadi tukar balik.kalau diikut kan prestasi khalid jamlus di lihat lebih berpotensi apabila berada dalam kotak penalti,kalau asyik duduk simpan je bila dia nak sesuaikan diri dgn pemain lain,satu lagi..pemain seperti khairan eroza tidak layak berada dalam skuad TRW saya pun tak tahu jurulatih dan pihak pengurusan menilai pemain ini,kemasukkan nya dlm pasukan hanyalah untuk tendang bola tak tentu hala sahaja macam orang yg tak pernah tendang dan main bola,macam badut dlm sarkis.jurulatih fikir lah keadaan ini.tak kan karathu tak nampak kelemahan ini.sekian terima kasih.