14 Feb 2011

Tiga mata jadi buruan

Saingan liga super musim ini sedikit memberikan kelebihan buat Kelantan kerana dapat bermain sebanyak mungkin digelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Setelah membenam cabaran Johor FC hujung minggu lepas,Kelantan sekali lagi bermain digelanggang sendiri dan lawan kali ini adalah Kuala Lumpur.

Berbekalkan seri 1-1 dengan Selangor,Skuad kendalian Razip Ismail ini mempunyai tugasan yang cukup getir apabila terpaksa dengan sebelas wira merah serta bakal dimantapkan lagi dengan kehadiran puluhan ribu tentera merah yang setia berada dibelakangbagi memberikan sokongan.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim lepas menyakiskan Kelantan menang dua perlawanan dan seri sekali.Oleh itu Kelantan dilihat tiada masalah untuk menundukkan skuad Lembah Klang esok.


Apa yang dibimbangi adalah pemain Kelantan terlalu memandang mudah keupayaan lawan dan ini hampir memakan diri pada perlawanan menetang Johor FC yang menyaksikan pintu gol Kelantan dirobek lawan terlebih dahulu.

Barisan pertahanan Kelantan perlu memberikan pehatian kepada bekas penyerang UITM iaitu Fahrul Razi serta penjaring gol mereka ketika bertemu Selangor sabtu lepas iaitu Azwan Malek.

M.Karathu juga perlu membuat pemilihan pemain yang betul pada perlawanan ini kerana jika dilihat perlawanan yang lalu pemain kelahiran Kedah,K.Soley dilihat berada diluar prestasi sebenar beliau.Mungkinkah beliau masih dibelenggu dengan kecederaan yang menjejaskan rentak permainan beliau.

Kelantan sekali lagi berpeluang untuk menghuni tangga teratas liga jika berjaya mengatasi Kuala Lumpur esok.Ini kerana pesaing Kelantan seperti Harimau Muda A,Perak serta Negeri Sembilan 'dipaksa' bertemu lawan yang agak seimbang kekuatan mereka.

Apapun tiga mata penting menjadi buruan malam esok kerana kita tidak mahu Kelantan sekadar seri seperti permulaan musim lepas yang menyaksikan Kelantan mencatat terlalu banyak keputusan seri sehinggakan terlepas kejuaraan liga super kepada Selangor.

Tiada ulasan: