30 Dis 2010

Kelantan cuti umum...

Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi cuti umum AHAD ini kepada negeri Kelantan atas kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF.Cuti ini adalah ganti kepada cuti yang diumumkan oleh perdana menteri sebelum ini.

Info:Radio Malaysia Kelantan

Ucapan tahniah dari Rio Ferdinand kepada Malaysia

Rio Ferdinand mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menundukkan Indonesia dalam kejohanan Piala Suzuki AFF semalam.

Berakhir kemarau 14 tahun

aripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/30

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan

29 Dis 2010

Sejarah tercipta

Sejarah baru telah dicipta oleh 22 pemain Malaysia apabila menjulang Piala AFF Suzuki untuk pertama kali apabila berjaya  menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 .

Nama-nama mereka bakal tercatat dalam buku lembaran sejarah bolasepak Malaysia kerana telah mengharumkan nama negara dimata dunia.

Apa tidaknya,selama 14 tahun Malaysia menunggu untuk menjulang Piala AFF ini.Kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir adalah pada edisi sulung Piala AFF ini diperkenalkan tetapi tewas kepada Thailand 1-0 di Singapura.

Kenangan manis ini juga dikongsi oleh jutaan peminat-peminat Malaysia yang sekadar menyaksikan perlawanan akhir ini dikaca televisyen atas faktor keselamatan dan kehabisan tiket.Kemenangan ini juga bakal 'menaikkan' moral pemain-pemain dan seterusnya merancakkan kembali saingan dalam Liga Malaysia.

Tahniah kepada semua pemain dan buat tiga permata Kelantan iaitu Khairul Fahmi,Nor Shahrul dan S.Chanturu anda adalah aset berharga buat pasukan Kelantan musim depan,kekalkan momentum persembahan cemerlang ini bagi memastikan Kelantan berjaya mempertahankan Piala Malaysia serta dapat menunaikan impian penyokong-penyokong yang belum direalisasikan...

p/s:FAM sudah boleh berkira-kira untuk memberikan imbuhan kepada pemain-pemain serta jurulatih yang telah memberikan persembahan 120 peratus bagi memastikan Piala ini dibawa pulang ke Malaysia.

Piala AFF Suzuki 2010:Final Leg 2

Keputusan Penuh :

Malaysia 1 - Indonesia 2

Malaysia menang Agregat 4-2


Malaysia JUARA!!!

Malaysia JUARA!!!

Malaysia JUARA!!! 
Tahniah kepada semua pemain terutamanya penjaga gol Khairul Fahmi...anda sebaris dengan pemain lagenda

Kelantan tewas aksi sulung

KELANA JAYA – Skuad Liga Super Kelantan membuka tirai siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dengan aksi mengecewakan setelah tewas 4-1 kepada Harimau Muda A dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam semalam.

Dalam perlawanan tersebut, gol tunggal Kelantan telah dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah penyerang, Muhammad Khalid Jamlus diperintah keluar padang kerana menerima kad merah pada babak awal permainan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan ketika dihubungi berkata, kekalahan tersebut tidak menggusarkan kerana beliau sedar misi utama Kelantan mengadakan perlawanan tersebut adalah bagi mengukur sejauh mana kemampuan para pemainnya setelah hampir sebulan menjalani latihan.

“Kekalahan ini merupakan satu keputusan yang baik. Perlawanan seperti inilah yang saya nantikan. Apabila kita bertemu dengan lawan yang kuat dalam perlawanan yang kompetitif seperti ini, kita dapat mengesan kelemahan pasukan kita dengan sendirinya.

“Kekalahan ini membuka minda pemain sebenarnya. Sudah pasti mana-mana pasukan yang bertemu dengan kita akan bermain habis-habisan kerana mereka sedar kita adalah juara Piala Malaysia musim lalu. Ada pemain yang masih dalam keadaan mendabik dada, mereka ingat kita masih bergelar juara. Pemikiran seperti ini perlu dibuang.

“Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini. Kita kena banyak belajar dan memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan yang saya lihat tidak membentuk satu kombinasi yang baik. Para pemain perlu bekerja keras mengatasi kelemahan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sathianathan berkata, walaupun benteng pertahanan dilihat bermasalah namun pada masa yang sama beliau berpuas hati dengan persembahan dua baru iaitu K Soley dan Mohd Nurul Azwan Roya yang menunjukkan persembahan yang baik pada perlawanan itu.

“Mereka berdua berfungsi dengan baik. Kita mempunyai banyak peluang melalui gerakan serangan yang dilakukan oleh kedua-dua pemain sayap itu namun penyudah kita kurang berkesan. Ramzul (Zahini Adenan) walaupun cemerlang dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja baru-baru ini tetapi masih tercari-cari rentak sebenar beliau. Kita bagi masa kepada beliau.

“Sebab itulah saya katakan saya mempunyai tiga misi utama semasa berada di sini. Pertama, saya mahu mencari perlawanan persahabatan yang berkualiti, kedua saya mahu mengenal pasti barisan pemain yang mungkin akan disenaraikan bagi menghadapi Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 29 Januari dan ketiga, pemain kini masih lagi dalam fasa menjalani latihan keras dan saya perlu memantau tahap kecergasan mereka selain mengenal pasti kombinasi dan persefahaman yang terbaik melalui perlawanan seperti ini,” katanya.

AFF Suzuki Cup 2010 Leg 2

Indonesia vs Malaysia

Venue : Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta
Tarikh : 29 Disember 2010
Masa: 8.00 mlm

Agregat : Malaysia 3 - Indonesia 0 (1st Leg)

Live : RTM1 dan Astro Sports

Ramalan karut penyokong Indonesia


Penyokong-penyokong fanatik Indonesia terus menerus membuat provokasi kepada pasukan Malaysia.Kali ini 'lagenda' Gudel Gurita menjadi taruhan untuk membuat ramalan.

Jika Piala Dunia di Afrika si Sotong Paul jadi perhatian,kini Indonesia cuba mencari publisiti murahan dengan membuat ramalan karut mereka...

Baca selanjutnya:-klik

27 Dis 2010

Norshahrul arkitek: Raja

Oleh Hussain Said dan Jumiati Rosly
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/27

NORSHAHRUL (kanan) berdepan dengan pertahanan Indonesia,  Ahmad Bustomi  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
NORSHAHRUL (kanan) berdepan dengan pertahanan Indonesia, Ahmad Bustomi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

'Pengantin baru' perancang dua gol awal Malaysia

TANPA berfikir panjang K Rajagobal menyebut betapa fungsi Norshahrul Idlan Talaha adalah arkitek yang menyumbangkan kepada malam manis buat skuad negara menewaskan Indonesia, malam tadi.

“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata jurulatih skuad kebangsaan yang beranggapan penyerang Kelantan itu mencipta semangat kepada rakan sepasukan apabila merencanakan dua gol awal pada babak kedua.

Rajagobal akur betapa pengantin baru itu memainkan peranan penting dengan mencipta dua gerakan yang menghasilkan gol bagi membantu skuad negara membaham Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
“Bagaimanapun, semua pemain menjalankan tugas masing-masing malam ini (malam tadi) dan saya perlu mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana persembahan menakjubkan untuk negara,” katanya.

K Rajagobal mengakui jaringan 3-0 itu adalah bekalan selesa kepada skuad bimbingannya bagi menghadapi perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Rabu ini tetapi tetap berwaspada terhadap ancaman lawan.

“Kita tidak akan bermain secara bertahan di Jakarta nanti. Mungkin kita juga akan turun dengan strategi agresif dan menyerang bagi memburu jaringan awal sekali gus memadamkan terus impian lawan,” katanya. 

Keputusan penuh:
MALAYSIA 3-0 INDONESIA
Safee Sali (m-60, m-72)
Mohd Ashari Samsudin (m-68)

21 Dis 2010

Piala AFF Suzuki 2010:RTM siar siaran langsung bermula jam 8.00 malam

Khabar gembira buat penyokong-penyokong setia bolasepak Malaysia yang tidak melanggan siaran berbayar Astro,RTM berbesar hati untuk menyiarkan kedua-dua aksi final tersebut bermula jam 8.00 malam.

Keresahan penyokong-penyokong yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil terubat dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Rais Yatim ini dan keperihatinan beliau amat dihargai.

Tiket-tiket perlawanan berharga RM50 untuk tempat duduk berbumbung,RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak mula dijual Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Sejumlah 75000 tiket disediakan untuk penyokong Malaysia manakala 10000 untuk penyokong Indonesia.Sama-samalah kita mengamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini bagi menenggelamkan sorakan penyokong-penyokong fanatik Indonesia.

Info:Sukan@TV1

Perlawanan persahabatan The Red Warriors bulan Disember

Kelantan vs Melodi Jaya,Johor
Hari : Jumaat
Tarikh : 24 Dis 2010
Masa : 4.45 pm
Venue : Padang Penjara,Pengkalan Chepa

Kelantan vs Harimau Muda
Hari : Isnin
Tarikh: 27 Dis 2010
Masa :8.00 mlm
Venue : Stadium MBPJ,Petaling Jaya
info : facebook TSAM

Kelantan vs Sarawak
Hari :Selasa
Tarikh: 28 Dis 2010
Masa : ????
Venue : Lembah Klang(Belum ditentukan)

Kelantan vs Felda United
Hari :Rabu
Tarikh: 29 Dis 2010
Masa : ????
Venue : Lembah Klang(Belum ditentukan)

Kelantan vs ????????
Hari : Jumaat
Tarikh : 31 Dis 2010
Masa : ????
Venue : Lembah Klang(Belum ditentukan)

*maklumat perlawanan persahabatan ini akan di update dari masa ke semasa...harap maklum

Aksi Kelantan tertangguh

Keadaan padang stadium belum sesuai digunakan sekarang
 
KOTA BHARU – Hajat besar peminat setia bola sepak Kelantan untuk melihat penampilan baru skuad The Red Warriors musim depan sekali lagi tertangguh apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa membatalkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini atas sebab teknikal.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengesahkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang sebuah kelab dari Thailand yang dijadualkan diadakan pada malam esok dan 24 Disember ini terpaksa dibatalkan kerana padang stadium kini masih mengalami proses pemulihan sepenuhnya.

B SATHIANATHAN


“Kita terpaksa membatalkan perlawanan tersebut kerana keadaan padang di Stadium Sultan Muhammed IV tidak begitu memuaskan. Saya pergi melihat gelanggang alternatif iaitu Stadium Mini Pasir Mas tetapi juga tidak sesuai digunakan untuk perlawanan persahabatan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Saya telah memaklumkan kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengenai pembatalan itu. Saya tidak boleh menjemput pasukan luar datang ke sini kerana keadaan padang kita amat teruk. Malu saya nanti lagipun mana-mana pasukan pun tidak mahu bermain dalam keadaan padang yang teruk kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain mereka.

“Sebagai ganti, kita mengaturkan satu perlawanan persahabatan menentang kelab Melodi Jaya dari Johor yang beraksi dalam kancah Liga FAM musim lalu pada jam 4.45 petang hari Jumaat ini di Padang Penjara,” katanya.

Menurut Sathianathan, beliau berterima kasih kepada pihak perbadanan stadium yang telah melakukan proses pembaikan padang tersebut dengan segera sebaik sahaja berita mengenai keadaan permukaan padang di stadium tersebut didedahkan oleh pihak media
.  
Pemain Kelantan hanya menggunakan kawasan trek disekeliling stadium bagi menjalani latihan kecergasan memandangkan keadaan padang masih mengalami proses pembaikkan. 

“Kita tunggulah dalam 10 hari lagi, harap-harap padang tersebut dapat digunakan. Buat masa sekarang saya menggunakan Padang Mardi di Pasir Tumbuh sebagai padang latihan sementara latihan di stadium hanya tertumpu kepada aspek kecergasan dimana saya hanya menggunakan kawasan tepi dalam stadium itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan turut mengesahkan skuad Kelantan akan menghadapi sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan semasa berkunjung ke Lembah Klang bermula minggu depan.

“Kita akan bertemu Harimau Muda A pada 27 Disember, Sarawak pada 28 Disember dan Felda United FC pada 29 Disember. Saya sedang mengatur satu lagi perlawanan pada 31 Disember dengan sebuah lagi pasukan tapi saya belum dapat umumkan nama pasukan tersebut kerana sedang menunggu pengesahan daripada mereka,” katanya. 


Merang

20 Dis 2010

Peminat mahu RTM siar pukul 8 malam, bukan 8.30 malam

DUA aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 menemukan Malaysia dan Vietnam pada Rabu lalu dan kelmarin menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya menyiarkan siaran langsung bermula daripada minit ke-30 permainan.

Ini kerana, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap mahu menyiarkan Berita Nasional dari pukul 8 malam hingga 8.30 malam sebelum memberi laluan kepada siaran langsung sedangkan sepak mula perlawanan adalah pada pukul 8 malam.

Kini dilema yang sama melanda peminat-peminat bola sepak tempatan apabila aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini turut akan bermula pukul 8 malam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, tiada alasan sebenarnya yang boleh diberikan pihak terbabit untuk tidak membenarkan siaran langsung aksi final itu dimulakan pada pukul 8 malam.

"Semua rakyat Malaysia begitu menantikan aksi final tersebut. Saya pasti, permintaan atau gesaan supaya RTM menyiarkan siaran langsung bermula 8 malam akan berterusan selagi pihak terlibat tidak memberi jaminan.

"Kami akan berusaha untuk mencari juga jalan supaya siaran langsung di RTM tetap akan bermula 8 malam dan bukannya 8.30 malam seperti dua perlawanan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia di Putrajaya petang semalam.

Justeru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim diharap dapat bertolak ansur dalam hal ini dan membuat pengumuman dalam masa terdekat untuk menamatkan keresahan para peminat bola sepak di negara ini.

p/s: harap-harap Menteri penerangan,komunikasi dan kebudyaan dapat mempertimbangkan permintaan peminat ini...kesianlah pada peminat-peminat yang tiada langganan Astro sports...

Fahmi tolak pujian berlebihan

Daripada Syed Riduan Ahmad di Hanoi, Vietnam
smriduan@nstp.com.my
2010/12/20

FAHMI (kiri) bersama rakan sepasukan tiba di LCCT Sepang dari Hanoi, petang semalam.
FAHMI (kiri) bersama rakan sepasukan tiba di LCCT Sepang dari Hanoi, petang semalam.
‘Mungkin nasib sebelahi saya’

TIDAK dinafikan kelibat Khairul Fahmi Che Mat ada kaitan dengan kemaraan skuad negara ke final Piala Suzuki AFF tapi penjaga gol muda itu pantas menafikan bicara hangat itu ketika ini.

“Kejayaan ini hasil kerja sepasukan,” katanya, semalam yang enggan sama sekali meletakkan dirinya selaku wira tunggal sekali pun ramai beranggapan aksinya menyelamatkan beberapa percubaan tepat Vietnam pada saingan separuh akhir antara faktor utama anak didik K Rajagobal melangkah ke perlawanan akhir edisi 2010.

Hakikatnya terbukti apabila penjaga gol Kelantan itu yang pertama kali menyarung jersi kebangsaan hanya sekali tertewas sepanjang kempen kali ini dan pada saingan separuh akhir - kebal sepanjang 180 minit bertemu Vietnam tempoh hari.

“Mungkin nasib menyebelahi saya, tetapi saya rasa kerja keras semua pemain adalah punca utama kita berjaya ke final. Kami berjaya mengekalkan disiplin dan strategi permainan diterapkan jurulatih (Rajagobal).

“Kini masih ada baki 180 minit yang perlu dihadapi bagi memastikan kempen kali ini benar-benar berjaya.”

Penjaga gawang berusia 21 tahun itu turut berharap dapat mencatat sejarah paling manis dengan menjulang Piala Suzuki AFF, tahun ini selepas membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia, Oktober lalu.
“Saya harap kejayaan pada kempen kali ini akan menjadi perangsang buat saya untuk terus mengukir kerjaya cemerlang sebagai penjaga gol, sekali gus membantu negara membentuk skuad mantap pada masa depan,” katanya.

Sesungguhnya, kejayaan layak ke final harus mengundang bicara peminat tanah air yang pasti bersetuju andai disebut kemaraan skuad bola sepak negara ke final Piala Suzuki AFF buat kali kedua dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan ada kaitan dengan kemampuan pasukan kendalian Rajagobal mengekang asakan lawan.

Bermula dengan barisan pertahanan kental diterajui Mohd Fadhli Mohd Shas dan Mohd Muslim Ahmad, gawang negara tampak begitu kebal dan jika barisan ini berjaya dibolosi, kubu terakhir dikawal ketat Khairul bukan calang-calang kebal.

19 Dis 2010

TSAM kecewa...RM 1 juta dari mana?

Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa kesal beliau terhadap blog,forum serta website yang menyiarkan artikel tentang pemberian RM 1 juta oleh pemilik kelab Carrdiff iaitu DAto Chan.

Beliau menafikan menerima apa-apa insentif atau wang dari Dato Chan tetapi ianya di gembar-gembur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini boleh merenggangkan hubungan TSAM dengan Dato Chan serta memberikan impak kepadanya apabila peminat akan menuduh beliau 'melarikan' wang  yang diberikan sedangkan KAFA atau TSAM tidak menerima apa-apa.

Cukuplah sekadar Nicholas berjanji untuk bermain untuk skuad Kelantan,sekurang-kurangya kita boleh melihat bakat anak muda ini yang dikatakan terlepas pandang oleh FAM.

Perikan kata-kata TSAM dalam facebooknya...
Saya dukacita.orang tua Nicholas beritau ada website puak kita post cerita kononnya dato chan beri 1j kpd kafa/akademi..mereka.Saya amat kesal dgn BERITA PALSU ni.Janganlah puak kita buat kerja begini.dia merosakkan kitaakhirnya..kalau tak tau TANYALAH SAYA DULU...setakat ni kafa tak terima se sen pun dari siapa pun lagi..
 'Malu bertanya sesat jalan...salah mulut badan binasa'

18 Dis 2010

Piala AFF Suzuki 2010:Malaysia ke Final

Keputusan :

Vietnam 0 - 0 Malaysia
Malaysia layak ke final dengan agregat 2-0 dan bakal bertemu pemenang perlawanan di antara Indonesia dan Filipina yang akan berlangsung esok di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta.

Tugas perit bakal menanti Malaysia jika ditakdirkan bertemu Indonesia kerana pada peringkat kumpulan Malaysia telah dibelasah oleh Indonesia 5-1 pada aksi pembukaan.
Tahniah kepada semua pemain-pemain yang telah memberikan persembahan 120 peratus untuk negara dan misi untuk menjulang piala berprestij ini semakin nyata setelah kali terakhir ke final pada tahun 1996.

Terima kasih juga kepada RTM kerana berusaha menyiarkan siaran langsung kepada peminat-peminat bolasepak Malaysia yang tiada langganan siaran berbayar .... Terima kasih...Terima kasih...Terima Kasih...

Norshahrul belum puas ledak dua gol

PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha masih belum puas dengan dua gol jaringannya sepanjang kempen Piala Suzuki AFF musim ini, dan berharap dapat menambahnya di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.

“Tetapi lebih penting ialah skuad negara layak ke final,” kata penyerang 24 tahun dari Terengganu itu. “Memang kalau boleh saya mahu menambah gol, tetapi dengan Safee (Sali) menemui kembali rentak jaringan, saya tidak kisah siapa yang dapat membolosi gawang Vietnam.”
Namun Norshahrul mengakui, cabaran kali ini bukan mudah kerana Vietnam pasti memperketatkan barisan pertahanannya selepas dua kali gawang mereka dibolosi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

"Pada pertemuan pertama di Bukit Jalil, pertahanan Vietnam agak longgar dan membolehkan kita mencipta peluang termasuk dua gol Safee. Tetapi keadaan di Hanoi pasti berubah kerana mereka akan mempertingkatkan pertahanan,” katanya.

“Kami berjanji akan memberikan lebih daripada 100 peratus untuk perlawanan esok (malam ini) bagi memastikan negara layak mara ke final tahun ini.”

Semi Final 2:Vietnam vs Malaysia

Venue : My Dinh Stadium - Hanoi, Vietnam
Tarikh :  18 Dec 2010
Masa : 8.00 mlm (7 mlm waktu vietnam)


Siaran Langsung Astro Sport,Siaran Langsung dari RTM tidak pasti diadakan kerana sepak mula perlawanan bermula pukul 8.00 malam dan bertembung dengan siaran berita.

17 Dis 2010

Keputusan Kelantan Vs Gabungan Kelab Liga Kafa

Kelantan 6 - 0 GKLK

Gol -gol dijaringkan oleh Khalid Jamlus, Piya, Danial, Nizab (2 gol) dan Ramzul

3S Kelantan dedah 9 muka baru

KEHILANGAN lima tonggak utama yang menjulang Kelantan hingga muncul juara Piala Malaysia 2010, tidak menggusarkan pasukan bergelar The Red Warriors itu yang membariskan sembilan muka baru dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia 2011.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan usaha menyenaraikan 85 peratus anak Kelantan dalam pasukan itu bagi berdepan musim 2011 bertujuan mengembangkan lagi bakat lebih ramai pemain untuk mewarnai bola sepak negara. Berbekalkan konsep 3S (Skill, Speed dan Stamina), Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata Red Warriors mahu memanfaatkan kelebihan pemain senior dan muda dalam mencipta keserasian apabila mereka digandingkan pengendali pasukan, B Sathianathan.

Bermula dengan kekebalan gawang oleh Khairul Fahmi Che Mat, lilitan kapten pasukan itu akan dipakai pemain berpengalaman, Mohd Badhri Mohd Radhi, manakala pemain paling bernilai Liga Malaysia 2010, Norshahrul Idlan Talaha akan mengetuai jentera serangan

Nicholas Chan


Nicholas Chan Opsyen Terbaik Untuk Skuad Negara


Nicholas Chan 19 tahun anak kepada pemilik kelab Liga Kejohanan , Cardiff City Dato Chan Tien Ghee mendapat peluang untuk mencuba nasib di kelab itu. Dia tidak pernah beraksi bersama mana - mana kelab di liga super atau liga perdana di Malaysia tapi sebelum ini, dia pernah mencuba nasib di kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan Stoke City. Dia boleh dianggap " utility player" kerana boleh bermain di bahagian pertahanan dan tengah.

Seorang lagi pemain yang berbakat terlepas pandang oleh FAM. Hairan jugak kerana tiada sebarang publisiti dan tiada pernah dipelawa untuk beraksi sekurang- kurangnya bersama skuad Harimau Muda. Mungkin ramai akan kata " Mesti dia guna pengaruh ayahnya ". Ok....
Saya akan ceritakan serba sedikit pengalamannya sebelum dia pergi ke tahap ini. Mungkin ini akan merubah segala persepsi para pembaca yang dikasihi sekalian.

Mula belajar bermain bola sepak ketika kecil lagi dan hanya bermain di kawasan rumahnya bersama bekas pemandu ayahnya yang merupakan bekas pemain bola sepak. Ayahnya sendiri kurang berpengetahuan pasal bola sepak dan pembelian kelab Cardiff pun di ketahui melalui Nicholas sendiri ketika dia menghantar permohonan untuk mencuba nasib di kelab - kelab di Britain.

Karier bola sepaknya bermula ketika berusia 15 tahun, ketika itu dia menuntut sekolah Sri KDU dengan menyertai kejohanan Piala Gothia di Sweden. Piala Gothia bukan calang - calang kejohanan kerana telah melahirkan beberapa pemain yang terkemuka di dunia antaranya Alan Shearer, Andrea Pirlo, Xabi Alonso dan Emanuel Adebayor.

Untuk merebut tempatnya ke kejohanan itu, dia terpaksa melalui rejim pemilihan yang agak ketat bermula pada April 2004. Seramai 60 orang termasuknya terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat mereka di mana setiap minggu seorang atau dua orang akan disingkirkan. Dia berjaya dengan segala ujian tersebut dan diterima menyertai pasukan itu yang dinamakan KL International kerana dibarisi oleh pemain - pemain campuran dari beberapa negara seperti Malaysia, India, China, Sri Lanka, Jepun, British dan dari negara penganjur sendiri iaitu Sweden!

Di kejohanan itu, mereka bermain 5 perlawanan di mana mereka menang 3 perlawanan dan mengalami 2 kekalahan untuk menduduki tempat ke 16 dari 42 pasukan dalam kategori yang mereka sertai. Di situlah dia mengutip pengalaman yang amat berharga dan banyak belajar erti disiplin, kerjasama antara rakan sepasukan, kepimpinan, semangat daya juang dan keyakinan.

Tahun lepas dia menjalani percubaan di West Ham melalui kenalannya yang berada di Newcastle. Dia mendapat pengalaman permainan selama 7 minit dalam liga simpanan selepas menggantikan Ricardo Scimeca pada minit 83 dimana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1 - 1 dan selepas itu diberi peluang untuk beraksi ketika menentang pasukan Hereford.

Ketika ini dia masih berada di Malaysia untuk menghabiskan pengajian peringkat A -Level dan selepas tamat, dia dijangka kembali ke sana untuk mencuba nasib untuk beraksi di Cardiff City.
Dia pernah ditawarkan beraksi di Major League Soccer namun menolaknya kerana dia lebih berminat beraksi di Eropah berbanding di sana.

Bagi saya, mungkin dia berjaya ke sana sebab pengaruh bapanya tapi kalau dia tidak ada bakat, mustahil orang Inggeris sanggup menerimanya bukan? Tidak salah menggunakan pengaruh untuk kebaikan, pengurus dan jurulatih di sana seperti kita ketahui amat cerewet dalam membuat pemilihan pemain dan tidak mudah memberi peluang untuk mencuba nasib jika tidak berbakat. Sekali lagi soalan yang sama untuk FAM. Apakah anak muda ini tidak pernah menarik minat anda untuk menyenaraikan dalam pasukan kebangsaan? Setidak - tidaknya pasukan Harimau Muda? Belum cuba belum tahu. Mungkin sukar mendapatkan Brandan Gan ketika ini. Kita perlu masa yang agak lama untuk menunggu Wan Kuzain Wan Kamal dan Tam Sheung Sung beraksi untuk negara kita. Bukalah mata , bukalah minda .

Ini pendapat yang ikhlas dari saya yang amat mencintai sukan bola sepak Malaysia . Apa pula pandangan anda? Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau mengguris hati sesiapa.

Artikel asal : malayatigerfootball


Senarai pemain TRW 2011 yang di petik dari facebook TSAM

Mayo..Nicholas chan..Chanturu..piya..syakir..nurul Roya..Soley..Daudsu..subra..Rizal..ropi..khairulfahmi..ramzul..nizad..khalidjamlus..zulyusri..khairan eroza..khairan izuan..danial fadly..wan zaman..wan rohimi..mat Aziz..mat shah..hadi ubaidullah.farisham..Zamri..mat aris..IZUAN...WE DON'T HAVE STARS BUT WE HAVE WARRIORS!!!.............

 

p/s : Safee Sali,Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar tak ada dalam senarai..jadi inilah sekuad untuk pasukan kelantan tahun depan...

 

Senarai Pemain Liga Super Kelantan 2011 (released)

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Norhadi Ubaidullah
 
Pertahanan
Mohd Rizal Fahmi Ab.Rosid
Mohd Daudsu Jamaludin
Subramaniam A/L Sooryapparad
Mohd Farisham Ismail
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (KL Plus)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Johor FC)
Nicholas Chan(Cardiff)
Khairan Izuan

Tengah
Zul Yusri Che Harun
Wan Zaman Wan Mustapha
Khairan Eroza Razali
Mohd Badhri Mohd Radzi
Mohd Shakir Shaari
Danial Fadly Abdullah (Perak)
Solehin Kanasian Abdullah (Perlis)

Nurul Azwan Roya (Johor FC)

Penyerang
Norshahrul Idlan Talaha
Chanturu A/L Suppiah
Mohd Nizad Ayub
Ramzul Zahini Adenan
Khalid Jamlus (ATM)
Mohd Izuan*
Mohd Aris Zaidi

*Pemain Piala Presiden
**terdapat sedikt perbezaan senarai pemain yang dikeluarkan oleh web TRW dengan kelatefc...harap maklum

16 Dis 2010

Perlawanan persahabatan : Kelantan vs Kelab Liga KAFA

Kelantan akan mengadakan siri perlawanan persahabatan kedua menentang Gabungan Empat Kelab Liga KAFA.

Hari :Jumaat
Tarikh : 17 Disember 2010
Masa : 4.45 ptg
Tempat : Padang Majlis Daerah Ketereh(Depan Stesen minyak Shell)


Mari pakat-pakat tengok...

Info : Majlis memperkenalkan pemain 16 Dis 2010

Majlis memperkenalkan pemain terpaksa ditunda atas sebab yang tidak dapat dinyatakan..jadi kejutan yang bakal dilakukan oleh KAFA terpaksa dibatalkan

Dari makluman rakan-rakan kejutan tersebut adalah KAFA bakal meperkenalkan tiga pemain 'gantian' iaitu peledak dua gol semasa Malaysia menumpaskan Vietnam,Safee Sali serta pencetus gol tersebut Safiq Rahim dan seorang lagi pemain lincah dari Kedah,Badrol Bakhtiar...

Sama-sama kita tunggu adakah benar ura-ura ini atau sekadar gimik untuk menyedapkan hati peminat-peminat setia Kelantan yang gelisah ekoran 'kehilangan' 3 bintang utama yang membantu menjulang Piala Malaysia.

Kemasukan tiga peman kebangsaan ini menjanjikan sebuah pasukan yang betul-betul mantap untuk Kelantan musim hadapan dan peluang untuk menjulang tiga piala semakin hampir dalam gengaman.

15 Dis 2010

Malaysia vs Vietnam

Keputusan penuh :

Malaysia 2 - 0 Vietnam

hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 79...Tahniah kepada pemain-pemain kerana menunjukkan kesungguhan yang luar biasa...kekalkan momentum kemenangan ini...90 minit lagi untuk melangkah ke Final Piala Suzuki 2010...

Kredit : Khairul Fahmi,Safee Sali,Safiq Rahim dan Semua Pemain...

Result persahabatan : Kelantan vs Gabungan PBJ

Kelantan 4 - 0 Gabungan PBJ Tumpat,Bachok,K.Bharu dan Machang

Dua gol hasil jaringan K.Soley,Ramzul dan satu gol sendiri...

Kelantan turun padang hari ini

MOHAMAD NOORDIN AWANG

KOTA BHARU – Skuad Liga Super Kelantan akan menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan bermula hari ini sebagai persiapan rapi menghadapi sepak mula Liga Malaysia bermula pertengahan bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Mohamad Noordin Awang berkata, ini perlawanan persahabatan pertama skuad Kelantan sejak bermulanya sesi latihan pada 28 November lalu.

“Kelantan apabila bertemu pasukan gabungan empat PBJ yang terdiri dalam kalangan pemain PBJ Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Machang berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala Presiden Kafa yang sedang berlangsung pada jam 4.45 petang ini di Padang Penjara, Pengkalan Chepa,” katanya.

“Pada hari Jumaat pula, skuad Kelantan akan bertemu dengan pasukan gabungan lapan kelab berjaya layak ke perlawanan suku akhir Kejohanan Liga Antara Kelab anjuran Kafa. Perlawanan akan berlangsung pada Jumaat ini jam 4.45 petang di padang Majlis Daerah Ketereh.

“Kedua-dua perlawanan ini cukup penting bagi jurulatih, B Sathianathan bagi menilai keupayaan pasukan ini setelah menjalani latihan sejak dua minggu lalu tambahan pula Kelantan ini kini mempunyai beberapa pemain baru yang mengikat kontrak bermain bersama dengan Kelantan,” katanya.

Menurut Mohamad Noordin, skuad Kelantan akan bertolak ke ibu negara pada 26 Disember ini bagi menghadapi sekurang-kurangnya tiga perlawanan persahabatan dan segala urusan berkaitan hal tersebut sedang diatur bagi membolehkan peminat Kelantan di Lembah Kelang melihat aksi pasukan Kelantan.

“Daripada tiga perlawanan tesebut, kita sah akan bertemu dengan pasukan Harimau Muda dan Felda United FC dan Sathianathan sedang berusaha untuk mengaturkan satu lagi perlawanan persahabatan untuk Kelantan.

Sementara itu, Mohamad Noordin turut memaklumkan bahawa pihak Kafa akan mengadakan majlis memperkenalkan pemain skuad Liga Super Kelantan bagi musim 2011 pada jam tiga petang hari Khamis ini di Dewan Utama, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) dekat sini.

“Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai sesi memperkenalkan para pemain kepada peminat bola sepak Kelantan. Akan ada kejutan yang berlaku dan kita berharap para peminat hadir beramai-ramai ke majlis tersebut bagi mendengar sendiri pengumuman daripada beliau,” katanya. 
Merang

Penjelasan Tan Sri Annuar Musa







theredwarriorscom

Artikel berkaitan:

Merang

14 Dis 2010

Khairul Fahmi tagih sokongan pertahanan


Penjaga gol pasukan kebangsaan , Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan gigih dalam persiapan menghaapi Vietnam di padang FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF













KUALA LUMPUR - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menagih sokongan dan bantuan penuh daripada rakan-rakan di benteng pertahanan untuk menangani asakan Vietnam yang dijangka menyerang dari semua sudut apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Tegas Khairul Fahmi, kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong pemain yang perlu diberi tumpuan kerana amat berbahaya dan bijak mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan, selain berupaya menaikan semangat pemain.
Malah, Khairul Fahmi juga yakin serangan akan datang bertali arus di bahagian kiri, kanan dan tengah. Justeru, pemain Kelantan itu menagih bantuan daripada pertahanan untuk mengekang asakan lawan.
Katanya, pergerakan penyerang pasukan Vietnam amat laju, malah dia sendiri bersedia untuk menghadapi serangan yang mahu menguji kemampuannya itu.
''Saya tahu mereka mempunyai kelebihan daripada aspek kelajuan pemain tetapi itu bukan penghalang buat saya dan rakan-rakan untuk gentar.
''Kami yakin dengan kemampuan kami dan saya juga amat yakin dengan pemain pertahanan kita yang amat berani,'' katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.
Esok Malaysia bakal berhadapan skuad senior Vietnam yang turun selaki penyandang juara.
Khairul Fahmi berkata, selain serang Vietnam, keupayaan pemain tengah mereka juga perlu diberi perhatian serius.

13 Dis 2010

RM15,000 ganjaran untuk Kelantan

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/13

PENGURUS pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan, Nudin Awang, berjanji memberi bonus peribadi kepada pemain dan pegawainya yang bertungkus-lumus memastikan kejuaraan buat kali ke-13 pasukan itu.

Nudin berkata, dia memperuntukkan RM15,000 sebagai ganjaran kepada pasukan itu, selain akan membawa mereka menunaikan umrah Mac tahun depan.
“Saya memberi bonus peribadi sebanyak RM15,000 merangkumi pegawai dan pemain pada malam ini juga (kelmarin), selain hadiah pertandingan RM30,000, selain ganjaran yang dijanjikan kerajaan negeri,” katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, kelmarin.

Kelantan menumpaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran sepanjang 120 minit permainan.

Katanya, kemenangan berterusan Kelantan dalam beberapa pertandingan termasuk Piala Malaysia sebelum ini membuktikan pasukan itu semakin meningkat dan menjadi bualan peminat.

“Saya gembira kerana kami dapat merampas kembali trofi ini selepas terlepas kepada Perlis musim lalu,” katanya sambil menambah, beberapa pemain skuad itu termasuk penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan, penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail dan Mohamad Aris Zaidi mungkin diserapkan dalam skuad Liga Super negeri itu.

Kafa mahu tuntut ganti rugi

ISU tiga tonggak Kelantan meninggalkan skuad juara Piala Malaysia untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga Malaysia 2011 belum menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menimbang menuntut ganti rugi.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya terpaksa menimbang tindakan tuntutan ganti rugi itu kerana pelanggaran kontrak dan meminta peguam menelitinya.

“Kesan kepada pasukan besar kerana boleh menyebabkan perancangan dan rancangan perniagaan The Red Warriors terjejas selain turut memberi kesan kepada penaja,” katanya.
Menurut beliau lagi, kerugian disebabkan perkara itu tidak dapat dinilai dan amat buruk kerana tiga individu itu adalah pemain kesebelasan utama.

“Kelantan juga mungkin terpaksa mendaftar 22 atau 23 pemain daripada 25 pemain dibenarkan menjelang tarikh akhir pendaftaran Rabu ini.

“Inilah akibat tindakan mereka meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan saat akhir sekali gus sukar mencari pengganti,” jelasnya.

Trio terbabit yang diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose dilapor bakal menyarung jersi pasukan berstatus kelab, T-Team dibimbing jurulatih, Yunus Alif pada saingan musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, pemain yang didapati melanggar kontrak tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan dalam tempoh satu musim.

Kegemilangan bola sepak Kelantan


PEMAIN skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70.



PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-70 saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan berharap kejohanan tahun depan dapat dianjurkan pada skala lebih besar selain terus menjadi medan penting mencungkil bakat baru.
Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kejohanan Piala Emas Raja-Raja dapat dijadikan pentas buat pasukan-pasukan mengenal pasti, mencungkil dan mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dalam skuad utama Liga Perdana atau Liga Super.
“Matlamat kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai medan bagi pasukan-pasukan mengetengahkan bakat pemain ke saingan liga lebih tinggi,” katanya.
Menurut Takiyuddin, sebagai antara kejohanan tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja boleh memainkan peranan signifikan dalam membantu usaha pembangunan bola sepak tanah air terutamanya penyaluran barisan pemain pelapis.
Menerusi siaran langsung di Astro Arena (Saluran 801) dan sokongan padu media cetak dan elektronik tahun ini, pertandingan itu dapat diikuti dengan lebih dekat, sekali gus memberi pendedahan dan meningkatkan profil pemain dan pasukan.
“Peranan media amat penting, terutama bagi kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja yang selama ini dianjurkan dengan bajet yang amat terhad,” katanya sambil berterima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan.
Buat tahun kedua berturut-turut, Puncak Niaga muncul sebagai penaja utama dengan jumlah tajaan RM200,000 untuk edisi tahun ini.
Pengurusan PBSMM juga berharap dapat melakukan penambahbaikan bagi memastikan kualiti pertandingan terus meningkat dan dapat menarik pembabitan lebih banyak penaja.
Tahun ini, pendaftaran lima pemain dari Liga Super dibenarkan dengan tujuan merancakkan saingan dan memberi peluang kepada pasukan memperkuatkan barisan mereka.
Masalah jadual juga bakal diperhalusi terutama apabila mengambil kira pertandingan di akhir tahun yang sering dibelenggu masalah hujan dan musim tengkujuh.
Menurut Takiyuddin, PBSMM mempunyai beberapa perancangan masa depan termasuk membentuk sebuah pasukan untuk bersaing dalam Liga FAM dan liga-liga yang lebih tinggi.
“Ini tentunya memerlukan kos yang amat tinggi, harapan kami ia menjadi realiti pada tahun 2012. Pada masa ini, kami merancang untuk menjana dana menerusi aktiviti amal,” katanya.
Saingan tahun ini bermula sejak 5 November lepas tanpa menggunakan sistem zon seperti lazimnya. Sebaliknya 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan tanpa mengira zon.
Empat venue dipilih bagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Perak di Ipoh, Stadium UiTM di Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu.
Dalam pada itu, penganjuran perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk seperti edisi tahun lepas.
Kelantan melengkapkan kejayaan tahun ini dengan mengetepikan Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Ia merupakan kejayaan berganda buat Kelantan yang sebelum ini berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.
Kelantan menundukkan Kedah 4- 3 menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan hadiah berganda buat 10,000 ribu penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan padu di Stadium Sultan Mouhammed ke-IV Kota Bharu itu.
Dengan kemenangan itu, Kelantan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan piala manakala Rosairil Asrol Mat Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan. -kosmo

12 Dis 2010

Kelantan Juara PUNCAK Piala Emas Raja-Raja 2010

Kelantan 0 - 0 Kedah

Kelantan menang penentuan sepakan penalti dengan agregat 4-3.
Memenatkan tetapi berbaloi...

Kelantan akhirnya  berjaya menumbangkan naib juara Piala Emas Raja-Raja tahun lalu Kedah dengan agregat 4-3 melalui tendangan penalti.

Kesungguhan pemain-pemain Kelantan ternyata berbaloi apabila berjaya menjulang Piala Emas ini dihadapan hampir 15000 penonton setia.

Rosairil Asrul dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan terima kasih serta pujian harus diberikan kepada penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail yang berjaya menepis dua sepakan penalti pemain Kedah dan seterusnya melengkapkan tahun bolasepak Kelantan dengan menjadi naib juara liga super serta juara Piala Malaysia

Selaku juara Kelantan membawa pulang RM 30 000 serta piala iringan dan bakal menerima imbuhan lumayan dari Persatuan Bolasepak Melayu Kelantan.

10 Dis 2010

'Bukan wang, tapi keluarga'


NOR FARHAN (kiri) bakal menyarung jersi T-Team musim depan.



"SAYA berhijrah bukannya untuk mencari wang lebih, sebaliknya untuk memberikan tumpuan pada keluarga selepas isteri saya mendapat kerja di Terengganu."

Demikian luahan ikhlas bekas pemain sayap pasukan The Red Warriors, Nor Farhan Muhammad yang menjelaskan mengenai keputusannya meninggalkan juara Piala Malaysia itu.

Menurut beliau, hasrat berkenaan telah dimaklumkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih awal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas. 

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak mendapat tawaran yang lumayan daripada T-Team seperti mana yang dikatakan oleh banyak pihak sebelum ini. 

"Saya terkilan dan sedih juga dengan kenyataan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan saya melompat untuk mencari gaji yang lebih lumayan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, sebelum ini tiada sebarang perbincangan di antara pemain dengan Annuar.
"Sedar-sedar beliau (Tan Sri Annuar) hendak bagi RM16,000 kepada saya dan ucapkan terima kasih kerana tawaran itu.

"Di T-Team, saya tidak mendapat sebanyak itu. Kerana keluarga, saya terpaksa berkorban," ujarnya.
Dalam pada itu, Nor Farhan memberitahu, isu itu sebenarnya tidak lagi berbangkit kerana sebelum berhijrah, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada FAM terlebih dahulu. 

"Saya sudah merujuk surat tawaran yang diberi oleh Annuar kepada FAM dan mendapat pengesahan daripada FAM bahawa surat tawaran itu tidak boleh diterima pakai oleh pemain kerana kandungannya tidak lengkap. 

"Dalam surat itu juga tidak ditulis perlu dijawab dalam masa 30 hari dan jumlah gaji yang akan diterima biarpun ada terma serta syarat, jadi saya anggap itu hanya surat tawaran semata-mata dan bukannya kontrak," katanya. 

Kosmo! semalam melaporkan tiga bekas pemain Kelantan, Nor Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.

Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.

Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjut kontrak yang dibuat oleh KAFA yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.

p/s:kalu betul hok Farhan royak maknanya beliau bukanlah mata duitan tetapi faktor keluarga menyebabkan beliau telah berhijrah le T.Team...Good Luck semoga buleh main dengan tenang lepas ni dan terlepas hukuman dari FAM

9 Dis 2010

Petikan kata-kata TSAM dalam facebooknya

Sy tak kesal Indra/Farhan/azizi nak kemana.. Gaji mereka dah kita tawar Tinggi..Indra(19k)Farhan(16k)Azizi(12k).Dan sebulan bonus tak termasuk bonus piala Msia..YG. SY KESAL HINGGA KINI TIADA MAKLUMAN KPD KAFA HITAM PUTIH..DAN KAFA TAK SEMPAT CARI PEMAIN GANTI..INI BERUPA SABOTAJ PERSIAPAN KITA DAN TRW TERJEJAS TERUK DR SEGI PERSIAPAN TEAM


p/s : Mahal doh tu KAFA tawar tapi gak mungkin T.Team tawar lebih tinggi dari tu...Tahniahlah sebab pilih T.Team!!!

PBSMM janji aksi final lancar


TAKIYUDDIN (kiri) menunjukkan trofi Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 yang bakal menjadi rebutan Kelantan dan Kedah, Sabtu ini.


MUSIM tengkujuh yang melanda Pantai Timur ketika ini tidak akan mengganggu kelancaran perlawanan akhir kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 membabitkan pertemuan antara Kelantan dengan Kedah, Sabtu ini.
Aksi final bagi edisi ke-70 itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan sepak mula pada pukul 8.45 malam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak- nya telah mengarahkan supaya penggunaan stadium terbabit dihentikan sepanjang minggu ini bagi menjaga keadaan padangnya.
"Memang hujan sedang melanda Pantai Timur termasuk di Kota Bharu ketika ini tetapi kita telah mengambil langkah supaya padang di stadium berkenaan tidak teruk untuk aksi final nanti.
"Kita juga berdoa agar hujan tidak turun dengan lebat pada Sabtu ini untuk memastikan final berlangsung dalam keadaan lancar," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Ditanya mengenai pemilihan Kelantan sebagai pasukan tuan rumah final kali ini, Taki- yuddin menjelaskan, ia telah dipersetujui oleh barisan Exco PBSMM berdasarkan situasi Kedah menjadi tuan rumah final tahun lalu.
"Memang final biasanya diadakan di salah satu venue pasukan yang layak. Tahun lepas, Kedah menjadi tuan rumah kepada Perlis untuk aksi final di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
"Jadi memandangkan Kedah sekali lagi mara ke final, Exco PBSMM telah memilih Kota Bharu sebagai venue final kali ini," ujarnya.
Tiket bagi aksi final Sabtu ini dijual pada harga RM15 (tempat duduk astaka), RM10 (tempat duduk terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak.
Sementara itu, Takiyuddin menyatakan bahawa pasukan PBSMM hanya akan menyertai saingan Liga FAM pada musim 2012 kerana mereka belum bersedia untuk menyertainya musim 2011.
"Terus terang saya katakan bahawa faktor kewangan menjadi punca penangguhan ini. Kos semusim sekitar RM500,000 dan kita mungkin akan menyertainya menerusi penggabungan dengan pasukan Unisel," katanya

KAFA heret ke FAM

KEMELUT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan tiga pemainnya yang berhijrah ke T-Team terus memuncak apabila persatuan tersebut membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tiga pemain terbabit, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Nor Farhan Mohamad didakwa berpindah ke pasukan lain tanpa persetujuan KAFA dan mereka juga masih mempunyai kontrak bersama Kelantan.
Malah sekiranya tidak ada jalan penye- lesaian Presidennya, Tan Sri Annuar Musa tidak teragak-agak mengheret tiga bekas tonggak utama pasukan The Red War- riors itu ke mahkamah.
"KAFA menyerahkan isu tiga pemain tersebut kepada jawatankuasa status FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Ta- kiyuddin Hassan dan kita telah memaklumkan kepada semua pasukan tentang kedudukan pemain itu.
"Saya juga sudah memberitahu Pengurus Pasukan T-Team, Rozi Mamat yang juga Exco Sukan Terengganu," kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya semalam.
Annuar berkata, sekiranya pasukan dan pemain melanggar peraturan tersebut, KAFA akan menyerahkan perkara itu kepada FAM dan mahkamah untuk menentukanya.
Dalam pada itu, beliau mendakwa tindakan pemain yang yang tidak memaklumkan keputusan sama ada akan beraksi bersama Kelantan atau sebaliknya sebagai mensabotaj persiapan The Red War- riors.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Annuar melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir pemainnya yang lupa diri selepas mencipta nama dengan The Red Warriors. -Kosmo

Padah tak balas notis


DARI KIRI:NOR FARHAN, AZIZI, INDRA PUTRA



TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.
Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.
Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.
“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.
“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.
“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.
Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.
“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.
“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.
“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.

7 Dis 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Terima Kasih Bambang!!!
Malaysia 5 - Laos 1

Akhirnya Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir apabila membenam Laos 5-1.Hasil jaringan Amri Yahyah(2gol),Amirul Hadi,Nor Shahrul dan jaringan sendiri pemain Laos.

Thailand tunduk kepada Indonesia 2-1 hasil jaringan Bambang,bekas pemain Selangor.Tahniah kepada semua pemain kerana telah menunjukkan aksi menarik serta bertenaga untuk negara. 

Khairul tak rela gawang bolos

PERTAMA kali diturunkan ialah ketika menentang Thailand, tiga hari lalu dan aksi penjaga gol muda negara, Khairul Fahmi Che Mat pantas mendapat pujian banyak pihak kerana bukan sedikit percubaan rangkaian penyerang skuad Gajah Putih itu yang berjaya dinafikannya.
Malam ini, Malaysia menentang Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang namun dia tidak pasti diturunkan tapi penjaga gol kelahiran Kota Bharu berusia 21 tahun itu bertekad mengekalkan rekod bersih sepanjang menyertai saingan Piala Suzuki AFF 2010.

“Saya tidak sesekali rela melihat gawang dibocori penyerang Laos. Kalau diberikan kepercayaan menjadi benteng terakhir pasukan, saya berazam memastikan tidak ada bola yang boleh melepasi jangkauan,” katanya.

Untuk itu, Khairul berazam beraksi lebih agresif termasuk menjerit ke arah rakan-rakannya di benteng pertahanan bagi memastikan mereka tidak leka.“Setiap penjaga gol perlu bersuara mengingatkan pemain pertahanan dan saya akui sebelum ini, saya kurang berbuat demikian.

Mungkin disebabkan perasaan malu kerana saya adalah antara pemain paling junior.” Tidak hanya Khairul tapi semangat ingin memastikan kejayaan buat Malaysia turut didukung kapten pasukan, Safiq Rahim yang mengaku tidak gembira dengan aksinya pada dua perlawanan menentang Indonesia dan Thailand sebelum ini.

“Sebagai kapten, saya kecewa dengan persembahan sendiri. Saya kerap melakukan kesilapan terutama hantaran yang tidak tepat dan sebagainya.

“Justeru, saya mahu membuktikan kami datang ke Indonesia bukan untuk makan angin tapi mahu membawa Malaysia sekurang-kurangnya ke separuh akhir. Itu azam saya dan yakin semua rakan juga berkongsi azam sama,” kata pemain tengah itu.

PERTAMA kali diturunkan ialah ketika menentang Thailand, tiga hari lalu dan aksi penjaga gol muda negara, Khairul Fahmi Che Mat pantas mendapat pujian banyak pihak kerana bukan sedikit percubaan rangkaian penyerang skuad Gajah Putih itu yang berjaya dinafikannya.
Malam ini, Malaysia menentang Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang namun dia tidak pasti diturunkan tapi penjaga gol kelahiran Kota Bharu berusia 21 tahun itu bertekad mengekalkan rekod bersih sepanjang menyertai saingan Piala Suzuki AFF 2010.

“Saya tidak sesekali rela melihat gawang dibocori penyerang Laos. Kalau diberikan kepercayaan menjadi benteng terakhir pasukan, saya berazam memastikan tidak ada bola yang boleh melepasi jangkauan,” katanya.
Untuk itu, Khairul berazam beraksi lebih agresif termasuk menjerit ke arah rakan-rakannya di benteng pertahanan bagi memastikan mereka tidak leka.“Setiap penjaga gol perlu bersuara mengingatkan pemain pertahanan dan saya akui sebelum ini, saya kurang berbuat demikian. Mungkin disebabkan perasaan malu kerana saya adalah antara pemain paling junior.” Tidak hanya Khairul tapi semangat ingin memastikan kejayaan buat Malaysia turut didukung kapten pasukan, Safiq Rahim yang mengaku tidak gembira dengan aksinya pada dua perlawanan menentang Indonesia dan Thailand sebelum ini.

“Sebagai kapten, saya kecewa dengan persembahan sendiri. Saya kerap melakukan kesilapan terutama hantaran yang tidak tepat dan sebagainya.

“Justeru, saya mahu membuktikan kami datang ke Indonesia bukan untuk makan angin tapi mahu membawa Malaysia sekurang-kurangnya ke separuh akhir. Itu azam saya dan yakin semua rakan juga berkongsi azam sama,” kata pemain tengah itu.

Safiq mendedahkan dia sebenarnya mengidam untuk sekali lagi bertemu Indonesia pada saingan Piala Suzuki AFF kali ini dan mahu melunaskan dendam peribadi selepas dibelasah 1-5 pada perlawanan pembukaan, Rabu lalu.

“Secara peribadi, memang saya berdendam. Tapi saya sedar, untuk melunaskan dendam itu, banyak yang perlu kami harungi terlebih dulu dan ia bermula dengan menentang Laos, malam ini,” katanya.

Indra, Farhan, Azizi sah bersama T-Team

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my


BEKAS tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad dan Azizi Mat Rose sah bersama skuad T-Team pada saingan musim depan selepas menandatangani kontrak bersama pasukan itu sebaik kontrak mereka dengan skuad The Red Warriors tamat musim ini.
Jurulatih baru T-Team, Yunus Alif berkata, tiga pemain berkenaan berada di Kuala Terengganu dan mula menjalani latihan sejak beberapa hari lalu.

“Kini tidak timbul lagi desas-desus mengaitkan tiga pemain itu dengan skuad lama.
“Selain itu, penyertaan mereka sudah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan hal ini sudah selesai dan tiga bekas ayam tambatan Kelantan itu kini sah bermain untuk T-Team musim depan,” katanya.

Sebelum ini, tiga pemain itu yang membantu skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah, dikhabarkan kekal bersama skuad Kelantan bersama Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Hairuddin Omar.

Bagaimanapun, mereka memilih T-Team untuk beraksi musim depan manakala Hairuddin memilih Negeri Sembilan dan Akmal Rizal bersama skuad Perak.

Yunus yang pernah menjulang Kasut Emas pada 1984 ketika bersama Pahang berkata, kehadiran tiga pemain yang beraksi di posisi pertahanan, tengah dan serangan bakal memperkuat T-Team yang berhasrat menjulang kejuaraan Liga Super.

Selain itu, Yunus berkata, Nor Farhan yang berasal dari Bukit Payong, Kuala Terengganu, bakal menjadi penggempur berbisa sambil dibantu Indra Putra di posisi tengah selain ketenangan Azizi menjadi tonggak di bahagian pertahanan.

“Saya yakin tiga pemain itu bakal menjadi tonik berharga buat pasukan,” katanya.

6 Dis 2010

Khalid Jamlus bakal menyengat

Khalid Jamlus sudah tidak asing lagi bagi peminat-peminat setia The Red Warriors,pernah 'menerpa' ketika bersama Kelantan tetapi akibat prestasi kurang memberangsangkan pihak pengurusan tidak menyambung kontrak beliau.

Tahun 2011 Khalid kembali menjanjikan sesuatu yang hebat kepada penyokong Kelantan setelah KAFA memberi peluang kepada beliau untuk berada dalam skuad The Red Warriors bagi mengantikan pemain yang telah meninggalkan Kelantan.

Khalid Jamlus ingin membuktikan bahawa beliau masih berbisa lagi walaupun ramai yang sangsi dengan prestasinya yang dilihat turun naik sewaktu bersama Kelantan dahulu.

Sama-samalah kita nantikan aksi khalid dalam kancah liga super 2011 nanti...adakah beliau masih mempunyai taring berbisa atau sebaliknya....

Bagi fan Kelantan janganlah terlalu mengkritik pemain-pemain kerana ianya seolah-olah membunuh 'semangat' pemain tersebut.Beri mereka peluang untuk menunjukkan prestasi sebenar mereka...

PUNCAK Piala Emas Raja-Raja: Separuh Akhir kedua

Fulltime
  
Terengganu (0) lwn (1)kelantan
kedah (3) lwn (1) johor 
Kelantan layak ke final dengan agregat 4-0 
 Akhir:
Kelantan vs Kedah
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
8.45 mlm 
11/12/2010
p/s:agregat sebenar kelantan layak ke Final mungkin berbeza sebab info tak berapa cerap...harap maaf