1 Dis 2010

Kesetiaan pemain dihargai

Setelah Kelantan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia untuk pertama kalinya ramai yang menyangka pemain-pemain akan kekal beraksi bersama Kelantan musim hadapan bagi memastikan kejuaraan ini kekal berada di bumi Cik Siti Wan Kembang dan seterusnya merebut piala-piala yang belum lagi digapai selama ini.

'Disangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari,disangka semuanya berkekakalan tetapi sebahagianya lari mencari kemewahan diri'.Itulah perumpamaan yang boleh diungkap kepada segelintir pemain-pemain yang tidak reti mengenang budi penyokong setia The Red Warriors dan Tan Sri!!

Mungkin kemewahan yang dikejar adalah tepat dalam realiti dunia bolasepak, tetapi mereka harus juga memikirkan jasa-jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh individu-individu istimewa terhadap mereka selama ini yang sanggup berhujan, berpanas, ke hulu ke hilir, dari utara ke selatan, timur ke barat, memberikan sokongan kepada mereka setiap masa dan ketika.

Tidak lupa juga jasa pihak pengurusan KAFA terutamanya TSAM yang bersusah payah untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut yang sebelum ini diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu'.Wang ringgit bukanlah segalanya tetapi hati dan perasaan penyokong serta pihak pengurusan yang terguris ekoran perbuatan segelintir pemain tak kenang budi ini.

Kesetiaan pemain seperti S.Subramaniam yang dilaporkan mendapat tawaran yang agak lumayan dari pasukan negeri kelahiranya sendiri amat dihargai.Beliau  menolak tawaran tersebut kerana mengenang jasa TSAM dan jurulatih B.Sathianathan yang telah menyelamatkan karier beliau satu ketika dahulu.

S.Chanturu juga menerima nasib hampir sama dengan Subra dan memilih unutk kekal di Kelantan.Pemain-pemain lain yang dikaitkan dengan tawaran lumayan antaranya Badri Radzi dan Nor Shahrul Idlan Talaha membuktikan kesetiaan mereka kepada pasukan dan penyokong dengan menolak tawaran tersebut.

Kepada pemain-pemain yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain, mereka tidak akan merasai lagi kemeriahan dan sambutan setiap kali perlawanan bermula dan berakhir.Hanya penyokong-penyokong Kelantan yang berjaya mewarnai  bolasepak Malaysia dengan gegak gempita serta stadium yang sentiasa dipenuhi penyokong.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khairul Fahmi(keeper) pn dpt tawaran lumayan dari Selangor tapi dia tolak dan pilih utk kekal bersama TRW

yushida03 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ambo cayo bola sepak bukenya boleh bene sebakkan oleh sorang dua player2 tertentu saja,, tapi semua player yang bermain dalam kelab tersebut...

ayuh sep2 kito...jangan risau kalau ada yang angkat kaki...

nik

Tanpa Nama berkata...

hah.. jolo tuh.. ramai lagi la boleh main bagus2..