27 Mac 2013

Info siaran Langsung Liga Super 2013 : LS 11

Jumaat,29 Mac 2013

ATM vs Kelantan - Astro Arena 801

Sabtu,30 Mac 2013

Johor Darul Takzim vs Terengganu - Astro Arena 801
PKNS FC vs Perak - RTM1

sepak mula pada pukul 8.45 malam/

**Tertakluk kepada perubahan



Palestin ‘ajar’ Harimau Malaya

Amri Yahyah (biru) gagal melepasi pemain Palestin, Khaled Mahdi pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir
Kuantan: Jurang antara Malaysia dan Palestin jelas kelihatan apabila skuad kendalian Datuk K Rajagobal tumpas 2-0 kepada negara yang sedang bergolak dan jarang berlatih bersama dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Ketika skuad negara beraksi longlai, tetapi barisan Palestin menunjukkan semangat juang tinggi untuk memastikan kemenangan walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan amal yang bukan berkelas A.
Pada perlawanan itu, Palestin yang dilatih Jamal Mahmoud lebih banyak menguji pertahanan Harimau Malaya.
 

25 Mac 2013

Keputusan penuh piala fa 2013 : kelantan vs pkns fc

Kelantan 4-2 PKNS FC

Gol-gol jaringan Faiz Subri,Badri,Obinna(penalti) dan gol sendiri pemain PKNS.

Gol Pkns dijaringkan oleh Nizab Ayub dan menerusi sepakan penalti Helmi

Beres misi dalam 90 minit: Hodak

Kota Bharu: “Kelantan harus elak perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Mesti menang dalam tempoh 90 minit,” tegas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang perlawanan kalah mati saingan Piala FA antara Kelantan dengan Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengendali berasal dari Croatia itu akur barisan bergelar The Red Warriors (TRW) itu bakal mendapat saingan sengit daripada lawan melihat skuadnya sedikit tempang di barisan depan tanpa penyerang berbisa, Muhammad Norfarhan Mohamad yang masih dibelenggu kecederaan.

Keadaan itu memaksa Bojan menagih khidmat tiga tonggak yang baru pulang dari bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia menentang Yaman Jumaat lalu, iaitu kapten, Mohd Badhri Radzi, pemain tengah, Shakir Shaari dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Harap Mandjou menyinar

Piala FA: Kelantan yakin ke suku akhir

Pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri (kanan) perlu lebih agresif merantai kelincahan penyerang import PKNS FC, Ronaldinho Wleh malam ini. FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH
PENYANDANG juara, Kelantan yakin mampu menyingkirkan PKNS FC apabila kedua-dua pasukan turun berentap pada aksi tunggal Pusingan Kedua  Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Jurulatih, Bojan Hodak yang menyifatkan pasukan kini berada pada prestasi terbaik setelah menewaskan Ayeyawady United 3-1 dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini, sekali gus mempunyai kelebihan mengisi slot ke suku akhir bertemu Sarawak pada 6 April ini.

18 Mac 2013

Taring belum tajam



Shah Alam: Arab Saudi menepati ramalan selaku jaguh Asia apabila menang mudah 4-1 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan malam tadi.

Rembatan pemain gantian Mohd Safiq Rahim pada minit ke-70 yang menggegar gawang lawan memberikan sedikit kegembiraan kepada 5,000 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam.

Ia dilihat mampu mengembalikan reputasi kapten kebangsaan itu yang sebelum ini dikecam berikutan prestasi tidak konsisten dalam kancah domestik. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Arab Saudi kembali garang menyumbat dua gol lagi selepas itu. Apapun aksi perlawanan semalam dilihat bukan berstatus `A’ seperti yang dilaporkan sebelum ini apabila kedua-dua pasukan melakukan pertukaran melebihi enam pemain dengan Arab Saudi memasukkan keseluruhan pemain baru di babak kedua.

14 Mac 2013

Info perlawanan Antarabangsa 2013 : Malaysia vs Arab Saudi

Perlawanan persahabatan : 

Malaysia vs Arab Saudi
Stadium Shah Alam
Ahad 17 Mac 2013
8.45 mlm

Harga Tiket : Dewasa RM 20,Kanak-kanak RM5

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 Australia :

Malaysia vs Yemen
Stadium Shah Alam*
Jumaat,22 Mac 2013
8.45 mlm

Harga Tiket : Dewasa RM 30,Kanak-kanak RM5

*Live : Astro Arena

Tertakluk kepada perubahan


Keputusan AFC Cup 2013 : Ayeyawdy vs Kelantan

Ayeyawady 1 - 3 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dan pemain import kesayangan,Dimitri Petratos meledak dua gol untuk membantu Kelantan melunaskan dendam kekalahan 3-1 ditangan Ayeyawady musim lalu.Gol saguhati Ayeyawady dijaringkan oleh pemain import dari Yugoslavia Dominik Beršnjak.

Keputusan lain melibatkan pasukan dari Malaysia  : 

Selangor 3 - 3 Tampines Rover

13 Mac 2013

URL Live streaming Ayeyawady vs Kelantan 13 march 2013

Usagoals

Live TV - perlu register

Live soccerbet

*Url-url yang boleh dicuba untuk menyaksikan perlawanan Ayeyawady United vs Kelantan,Jika ada rakan-rakan yang mempunyai url lain boleh kongsi melalui ruangan komen.
**Perlawanan diantara Selangor menentang Tampin Rovers akan disiarkan secara langsung oleh TV9 dekat dihati pada jam 8.45 malam.

Al-Fatihah buat Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan


Kepada semua rakyat Malaysia sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan dan Ahmad Farhan Roslan,21 dari Pasir Tumboh serta rakan-rakan lain yang telah terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu,Sabah kelmarin. 

Lagu Darah Satria tahun 1983 ditujukan buat anggota keselamatan negara yang sedang berjuang di Lahad Datu penentang penceroboh....Sama-sama kita doakan agar kemelut ini dapat ditamatkankan dengan segera.

10 Mac 2013

TRW rebah asakan Lions XII

Singapura: Shahfiq Ghani muncul wira apabila jaringannya dua minit sebelum tamat perlawanan membantu Lions XII menewaskan Kelantan di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja menebus kekalahan tewas 1-2 kepada The Red Warriors (TRW) di gelanggang sama musim lalu, tetapi juga membolehkan anak buah V Sundramoorthy melonjak satu tangga di tempat ketiga liga dengan 17 mata.
Kekalahan Kelantan pula menyaksikan juara bertahan itu terus buntu mengukir kemenangan sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Bojan Hodak kekal berada di pertengahan liga dengan 11 mata daripada 10 perlawanan.

Keputusan Penuh Liga Super 2013 : LS10

Terengganu     1 - 0    T-Team        
Perak     2 - 4     ATM        
Pahang     1 - 3     PKNS        
LIONSXII     1 - 0     Kelantan          
Selangor     4 - 1     Johor Darul Takzim        
Negeri Sembilan     0 - 1     Felda United

7 Mac 2013

Info siaran langsung Liga Super 2013 : LS 10

Selangor vs Johor Darul Takzim
Sabtu,9 Mac
8.45 mlm
Stadium Shah Alam,

Live Astro Arena 801

*Kalau ada link live streaming melibatkan perlawanan Lions XII menentang Kelantan akan dikongsikan URL.

Perlawanan lain :

Terengganu vs T-Team FC
Perak vs ATM
Pahang vs PKNS FC
Negeri Sembilan  vs FELDA United FC 

6 Mac 2013

Piala AFC 2013 : Ekperimen Bojan gagal lagi?

Keputusan penuh : Kelantan 1 - 1 Maziya Sport

Kelantan gagal menggunakan kesempatan bermain digelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFC.

Percaturan ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak yang tidak menyenaraikan kapten Badri Radzi serta pemain berpengalaman lain hampir memakan diri apabila Maziya terlebih dahulu menjaringkan gol di separuh masa kedua.

Bojan yang menyedari kesilapan beliau terus membuat pertukaran dengan mengeluarkan Zairol dan memasukkan Badri dan Indra yang menyaksikan kebangkitan Kelantan yang berjaya menjaringkan gol menerusi Badri.

Alangkah ruginya pada malam ini Kelantan gagal mengutip tiga mata penuh kerana lawan kita selepas ini adalah pasukan kuat dari liga Myanmar dan Vietnam.

Andai Kelantan ingin melangkah jauh Bojan tidak perlu lagi memasukkan 'skuad eksperimen' tetapi sebaliknya memasukkan 'skuad impian' bagi mengarungi perlawanan seterusnya.

Jadual Penuh Piala AFC 2013 : Kumpulan G (Kelantan)

Kemaskini : 24 April 2013

Team
P
M S
K
J
B
BG
Pts
Kelantan 5 3 1 1 11 8 +3 10
SHB Ðà Nẵng 5 3 0 2 8 11 -3 9
Maziya 5 2 1 2 12 9 +3 7
Ayeyawady Utd 5 1 0 4 8 11 -3 3


Team
AYU
Kel
Maz
SDN
Ayeyawady Utd
-
1-3
3-0
2-3
Kelantan
30 apr
-
1-1
5-0
Maziya
3-1
6-1
-
2-3
SHB Ðà Nẵng
2-1
0-1
30 apr
-


27-02-2013 17:30 GMT+8
SHB DA NANG (VIE) 2-1 AYEYAWADY UNITED (MYA)
Referee: H. C. D. PERERA (SRI LANKA) - Venue: Chi Lang Stadium, Da Nang

06-03-2013 20:45 GMT+8
KELANTAN (MAS) 1-1 MAZIYA SPORTS (MDV)
Venue: Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu, KELANTAN

Harimau Malaya tagih bisa Piya

SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 23 Mac ini.

Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 11 Mac ini.

Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.

Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama The Red Warriors.

Petratos buru jaringan sulung

Kota Bharu: Penyerang import Kelantan Dimitri Petratos tekad memburu jaringan berdepan Maziya Sports & Recreation (Maziya SRC) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Penggempur berusia 20 tahun itu yang sebelum ini diketepikan dalam saingan Liga M kerana memberi laluan kepada penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou akhirnya turun untuk aksi pertamanya.

Petratos berkata, selepas hanya beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan dan menjalani latihan bersama kelab Blackburn Rovers di England tiga minggu lalu, bintang dari Sydney FC itu sudah bersedia membantu The Red Warriors (TRW) dalam saingan AFC.

5 Mac 2013

Piala AFC 2013 : Skuad impian TRW bakal pamer taring sebenar?

Piala AFC untuk tahun ini cukup berbeza berbanding dengan penampilan pertama Kelantan kerana KAFA dilihat lebih 'bersedia' kerana mempunyai pemain-pemain import yang lebih berkualiti.

Walaupun kedudukan TRW dalam saingan Liga Super dilihat masih 'terumbang-ambing' dek kerana 'kesilapan kecil' dalam menyenaraikan pemain import namun pemain import pilihan Bojan iaitu Keita Mandjou sudah menampilkan taring sebenar beliau sedikit demi sedikit dan telah beberapa kali menyelamatkan pasukan dari menerima kekalahan.
Pemain Maziya sedang menjalani latihan ringan menjelang pertemuan dengan Kelantan dalam saingan Piala AFC