5 Mac 2013

Piala AFC 2013 : Skuad impian TRW bakal pamer taring sebenar?

Piala AFC untuk tahun ini cukup berbeza berbanding dengan penampilan pertama Kelantan kerana KAFA dilihat lebih 'bersedia' kerana mempunyai pemain-pemain import yang lebih berkualiti.

Walaupun kedudukan TRW dalam saingan Liga Super dilihat masih 'terumbang-ambing' dek kerana 'kesilapan kecil' dalam menyenaraikan pemain import namun pemain import pilihan Bojan iaitu Keita Mandjou sudah menampilkan taring sebenar beliau sedikit demi sedikit dan telah beberapa kali menyelamatkan pasukan dari menerima kekalahan.
Pemain Maziya sedang menjalani latihan ringan menjelang pertemuan dengan Kelantan dalam saingan Piala AFC
Namun penyokong-penyokong TRW tetap menyuarakan rasa tidak puashati terhadap prestasi yang ditunjukkan Keita dan mahu beliau digantikan dengan Petratos.Mungkin tuah Keita selepas ini adalah dipasukan lain dalam Liga Super.Perak dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Keita bagi mengantikan Porras Karim yang kurang berkesan setakat ini.

Berbalik kepada Piala AFC tahun ini barisan pemain piala AFC Kelantan adalah yang terbaik dan mampu melangkah lebih jauh.Memiliki pemain import baru dari Nigeria iaitu Dikson Nwakaeme menceritakan segala persiapan Kelantan dalam Piala AFC kali ini bukanlah sekadar mencuba nasib tetapi mahu mencipta kejayaan.

Perlawanan pertama Kelantan adalah menentang kelab Maziya dari Maldives yang bakal menentukan prestasi sebenar skuad impian TRW ini.Maziya bukanlah kelab besar seperti pasukan dari negara Timur Tengah.Apa yang membezakan pasukan ini adalah semangat juang mereka dalam perlawanan rabu nanti.

Semangat berkobar-kobar mereka boleh dilihat dari latihan ringan petang tadi di Kompleks sukan USM.Mereka berlatih bersungguh-sungguh bagi mendapatkan prestasi terbaik untuk pasukan.

Skuad impian Bojan Hodak sudah ada dihadapan beliau,apa yang diharapkan beliau dapat membuat percaturan bijak dalam merangka strategi serta membuat pemilihan pemain yang tepat dan bukannya membuat pilihan pemain berdasarkan 'favourite' beliau.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami Tetap Menyokong Jatuh dan Bangun Pasukan Ni.Selamat Maju Jaya The Red Warriors! (^_^) GKG !