Kuala Terengganu: “Boleh hina saya tapi bukan ibu saya,” kata ketua
jurulatih T-Team, Peter Butler yang berang dengan tindakan pengendali
Kelantan, Bojan Hodak yang didakwa menghamburkan kata kesat menghina
mendiang ibunya ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Jurulatih Inggeris berusia 46 tahun yang juga pengurus pasukan
Titans berkata, walaupun Hodak mengeluarkan kata-kata kesat itu dalam
bahasa Croatia, beliau tahu maksudnya kerana dua penolong jurulatihnya
berbangsa Croatia.
“Memang sudah lumrah bola sepak di mana
pemain atau jurulatih hilang sabar dan mengucapkan perkataan yang tidak
sepatutnya disebut namun mereka sepatutnya tahu yang semua itu ada
batasnya.
“Beliau boleh berkata apa saja kepada saya dan saya boleh
menerimanya namun tidak ada sesiapapun yang boleh menghina ibu sendiri
ataupun ibu orang lain,” katanya.
Butler berkata, beliau
berharap Hodak yang juga pengurus Kelantan datang memohon maaf selepas
tamat perlawanan yang berkesudahan dengan T-Team menang 1-0 ke atas
juara tiga piala musim lalu itu.
“Namun Hodak tidak
menyesal dengan perbuatannya dan tidak pun memohon maaf kepada saya dan
sekiranya tidak ada permohonan maaf daripadanya dalam masa terdekat ini,
saya akan membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
|
PEMAIN T-Team, Muinuddin Mokhtar (kanan) diasak pemain Kelantan,
Rizal Fahmi Rosid pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Kuala
Terengganu, kelmarin. |
“Apa yang dilakukannya lebih buruk daripada sikap perkauman yang
ditegah sama sekali Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan saya
tidak mahu beliau terlepas begitu saja,” katanya.
Menurut
Butler, ibunya yang meninggal dunia hampir 20 tahun lalu selepas
menderita akibat kanser selama tujuh minggu adalah seorang yang sangat
istimewa buat dirinya.
“Luluh hati saya mendengar celaan terhadap ibu saya dan saya sanggup melakukan apa saja untuk menjaga nama baik mendiang.
“Mungkin kata kesat daripada Hodak itu datang daripada perasaan
marahnya namun sebagai manusia, beliau perlu menyesal dan meminta maaf
kepada saya,” katanya.
Butler berkata, beliau turut hilang
sabar dan mahu saja menyerang Hodak namun mengaku masih boleh berfikir
secara waras dan tidak sampai hati untuk turut menghina ibu jurulatih
berbangsa Croatia berusia 42 tahun itu.
Sumber :
Hmetro
1 ulasan:
Keputusan terkini dan video Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di http://sepaktonjol.blogspot.com/
Catat Ulasan