31 Dis 2012

Mandjou pertaruhan import TRW musim ini

Kota Bharu: Bukan pemain muda dari Australia, Dimitri Petratos, sebaliknya penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou, menjadi pilihan Kelantan bagi memenuhi kuota pemain import kedua untuk aksi Liga Super bermula 8 Januari ini.

Petratos yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Muhammad Ghaddar dari Lubnan hanya disenaraikan untuk Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, berkata pemilihan Keita sebagai pemain import kedua dibuat selepas mengambil kira semua aspek terutama tahap persembahan dipamerkannya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

24 Dis 2012

Abdul Aziz kecewa gagal bantu Kijang


PERTAHANAN kiri Kelantan, Mohammad Abdul Aziz Ismail kecewa kerana tidak dapat membantu skuad Red Warriors musim depan berikutan kecederaan lutut kanan ketika perlawanan persahabatan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.

19 Dis 2012

Cabaran TSAM buat Johor Darul Takzim FC?

Johore DTFC Pastinya menjadi pasukan dlm kelas yg tersendiri.JURANG mereka dgn pasukan lain tentunya jauh sekali.Dgn perbelanjaan lebih dari 4-5 kali ganda pasukan lain pastinya mereka SANGAT KUAT..
Apa lagi dgn SEMUA TONGGAK HARIMAU MALAYA BERSAMA MEREKA SERTA DUA PEMAIN BERTARAF DUNIA pastinya pasukan lain AKAN terima belasahan DTFC..ATM DAN KELATAN memang terjejas secara langsung.
Pastinya semua piala sudah pun milik JDTFC..Apa pun kita munkin dapat belajar bolasepak dari mereka dan mereka bakal memajukan bolasepak malaysia.Difahamkan GUIZA sahaja MENJANJIKAN 2 gol setiap perlawanan..MAT YO DAN SAFEE sudah tentu byk GOL..munkin setiap game DTFC BERUPAYA score 5-6 gol mcm sewaktu team EPL bermain di Msia..
15 jan DTFC BERTEMU TRW DI KB..apakah kita bakal menjadi antara mangsa awal DIBAHAM HARIMAU SELATAN..apalagi kita hanya seekor kijang..walau pantas berlari KITA TIADA KUKU DAN TIADA TARING...AUUUUM...eeeee..takuuuut!!!!
 Facebook TSAM

Subramaniam tak beraksi tujuh bulan


PEMAIN pertahanan Kelantan, S Subramaniam terpaksa melupakan seketika hasrat bersama The Red Warriors pada permulaan musim Liga Malaysia 2013 kerana perlu berehat kira-kira enam hingga tujuh bulan akibat kecederaan lutut.

18 Dis 2012

Kelantan gagal ke separuh akhir Piala Gabenor Acheh 2012

Kelantan terpaksa pulang awal apabila tewas dalam perebutan slot ke separuh akhir Piala Gabenor Acheh 2012..Kelantan yang seri 1-1 dengan Brunei DPMM dan tewas 4 - 2 kepada Semen Padang FC terpaksa membuat perhitungan melalui cabutan undi dan tewas kepada Brunei DPMM.

Satu lagi pasukan dari Malaysia,Selangor berjaya mara ke separuh akhir dan bakal berhadapan pasukan Semen Padang FC.Tugas berat menanti Selangor kerana Semen Padang FC adalah juara Liga Premier Indonesia musim ini.

16 Dis 2012

Apa tunggu lagi...

Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

Kuala Lumpur: "Jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan perasaan bersalah, dia akan letak jawatan," demikian tegas bekas pemain negara, Shukor Salleh semalam ketika mengulas desakan ramai yang mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal meletak jawatan.

Desakan itu timbul selepas skuad Harimau Malaya tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Shukor yang menjadi pemain kedua di belakang Datuk Soh Chin Aun yang paling banyak mewakili negara dengan 215 kap mengakui sebenarnya tidak ada peningkatan dipamerkan skuad Harimau Malaya sejak menjulang Piala Suzuki AFF.

Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi” Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

13 Dis 2012

Mampukah Harimau Malaya mengaum di Bangkok?

Malam ini tepat jam 8.00 malam sudah pasti peminat setia Harimau Malaya akan terpacak dihadapan televisyen bagi menyaksikan skuad kesayangan yang bakal berentap dengan Thailand bagi merebut slot ke Final Piala AFF.Singapura adalah lawan yang akan ditentang oleh mana-mana pemenang perlawanan malam ini.

Skuad K.Rajagopal dilihat mempunyai tugas yang sukar untuk merobek gawang Thailand malam ini dan memastikan gawang tidak dibocori andai ingin melangkah ke Final nanti.Andai gagal telahan Tan Sri Annuar Musa tentang skuad eksperimen ini adalah benar dan 'kerusi' K.Rajagopal sudah pasti akan bergoyang dan mungkin sudah tidak selamat untuk diduduki beliau.

Harapan kami,penyokong-penyokong Harimau Malaya agar Harimau Malaya dapat mengaum garang malam ini dan membaham keegoaan skuad kendalian Winfried Schäfer ini.

Keputusan Perlawanan Persahabatan TRW 2012/2013 : Kelantan vs Kedah

Kelantan 4 - 1 Kedah
(Gol sendiri Sabri,Norfarhan,Keitha dan Petratos)

Kelantan berjaya membenam Kedah dalam perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam.Kehadiran hampir 25 000 penyokong ternyata memberikan semangat buat pemain-pemain The Red Warriors untuk beraksi cemerlang.
Suasana yang tak ada pada pasukan lain,hanya perlawanan persahabatan tetapi pihak KAFA perlu menyediakan skrin gergasi kerana kehadiran penyokong yang terlampau ramai.

Bojan Hodak mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila bayangan 'skuad utama' yang diturunkan pada separuh masa pertama memberikan persembahan menarik memukau penyokong-penyokong TRW samaada yang berada didalam atau luar Stadium.

Gandingan Kapten Marvelous,Piya bersama rakan serangan Norfarhan,Indra,Petrotas dan Keitha Mandjou cukup membuatkan pemain-pemain pertahanan Kedah tertekan dengan gerakan-gerakan pantas dari mereka sehinggakan Sabri Abu tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-7.

12 Dis 2012

Info Perlawanan persahabatan TRW 2012/2013 : Kelantan vs Kedah

Sejarah bakal terlakar sekali lagi seperti perlawanan persahabatan sebelum ini yang menemukan Kelantan dengan Perlis apabila ribuan penyokong-penyokong Kelantan akan memenuhi segenap ruang Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Kota Bharu tengahari tadi dilaporkan mengalami kesesakan teruk kerana ribuan penyokong-penyokong ingin membeli tiket.

Apa yang menakjubkan ini malam ini hanyalah perlawanan persahabatan sahaja tetapi penyokong-penyokong menyerbu kaunter tiket seolah-olah perlawanan sebenar.Bayangkan jika perlawanan sebenar dengan reputasi Kelantan sekarang sudah pasti Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan sentiasa gamat dengan penyokong-penyokong.

Info Tiket :

Astaka : RM 10(tapi tidak dijual dikaunter?)

Terbuka : RM 5

Kanak-kanak : RM 5

Info Piala Gabenor Acheh 2012

Kumpulan A :

Acheh,Makassar United dan Selangor FC

Kumpulan B :

Semen Padang,DPMM Brunei dan Kelantan

Hadiah Kejohanan :

Juara : RM 32 000 ( 100 juta rupiah)
Naib Juara : RM 23 000 (75 Juta rupiah)
Ketiga : RM 15 000 ( 50 juta rupiah)

Jadual Kelantan :

16.12.2012 -  Kelantan vs Brunei DPMM
17.12.2012 - Kelantan vs Semen Padang
19.12.2012 -  Separuh Akhir Piala Gabenor Acheh

11 Dis 2012

Info Piala FA 2013 : Pasukan yang bakal bersaing dengan Kelantan.

Juara Treble Kelantan mendapat 'Bye' dalam perlawanan pertama Piala FA 2013.Senarai pasukan yang bakal bersaing dalam pasukan Kelantan sehingga peringkat Separuh Akhir : 
  1. Singapore Lions XII                                                      
  2. Sarawak FA                                                      
  3. Melaka FA                                       
  4. Cambodia Preah Khan Reach                                          
  5. P.Pinang PBAPP FC                                                      
  6. Kuala Lumpur                                                      
  7. Pos Malaysia                                                
  8. UiTM FC                                          
  9. N.Sembilan FA                                                 
  10. PDRM FA                                                      
  11. Penang FA                                           
  12. KLSPA FC                                          
  13. Terengganu
Tugas getir menanti Kelantan apabila terpaksa berhadapan dengan samaada Lions XII ataupun PKNS FC pada pusingan kedua ataupun round 16.Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berdepan Kelantan pada peringkat separuh akhir nanti seandainya Kelantan berjaya melepasi semua halangan dan bakal berhadapan pasukan Darul Takzim FC yang bakal bersalin kulit menjadi Johor pada perlawanan akhir nanti.

9 Dis 2012

Mandjou, Petratos kena bersaing


Rantau Panjang: Ketika Obinna Nwaneri dilihat selesa kerana namanya hampir pasti disenaraikan untuk kuota pemain import Kelantan bagi aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain baru, Keita Mandjou dan Dimi Petratos pula terpaksa bersaingan merebut kuota kedua.

Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memiliki empat pemain import iaitu Lek Kcira; Obinna, Keita, dan Dimi Petratos yang disenaraikan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

4 Dis 2012

Welcome....welcome....welcome

(Dari kiri) Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri, Haris Safuan, TSAM, Lek Kcira 
dan Dmitrios Petratos.

Tan Sri Anuar Musa telah mengotakan janji beliau untuk memperkenalkan lima lagi pemain baru TRW musim 2013 kepada pihak media dan penyokong TRW kelmarin. Bertempat di Cafe TRW, KTC Kota Bharu, jam 4.00 petang. Seorang lagi pemain yang telah diperkenalkan semasa upcara perarakan piala pada tempoh hari adalah K.Nanthakumar dari perak yang digelar sebagai 'Otai' oleh TSAM. Dengan pengumuman tersebut, maka lengkaplah kouta pemain yang akan didaftarkan oleh TRW musim 2013 iaitu seramai 30 pemain untuk beraksi di pentas MSL dan AFC Cup.

p/s: Kehilangan tidak bererti kehancuran yang menanti...... pemergian tidak perlu lagi ditangisi..... pencarian sudah diakhiri......  InsyaAllah dengan kehadiran, kejayaan yang lebih cemerlang menanti.... Gomo TRW Gomo!!!!