13 Dis 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan TRW 2012/2013 : Kelantan vs Kedah

Kelantan 4 - 1 Kedah
(Gol sendiri Sabri,Norfarhan,Keitha dan Petratos)

Kelantan berjaya membenam Kedah dalam perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam.Kehadiran hampir 25 000 penyokong ternyata memberikan semangat buat pemain-pemain The Red Warriors untuk beraksi cemerlang.
Suasana yang tak ada pada pasukan lain,hanya perlawanan persahabatan tetapi pihak KAFA perlu menyediakan skrin gergasi kerana kehadiran penyokong yang terlampau ramai.

Bojan Hodak mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila bayangan 'skuad utama' yang diturunkan pada separuh masa pertama memberikan persembahan menarik memukau penyokong-penyokong TRW samaada yang berada didalam atau luar Stadium.

Gandingan Kapten Marvelous,Piya bersama rakan serangan Norfarhan,Indra,Petrotas dan Keitha Mandjou cukup membuatkan pemain-pemain pertahanan Kedah tertekan dengan gerakan-gerakan pantas dari mereka sehinggakan Sabri Abu tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-7.

Pemain import muda dari Australia,Petratos ternyata pilihan yang tepat telah dibuat oleh KAFA kerana memiliki sentuhan-sentuhan berbisa serta mampu melakukan hantaran-hantaran menarik untuk rakan-rakan.Corak permainanan pemain ini seiras pemain Liverpool,Luis Suarez dan tidak mustahil akan digelar Suarez Kelantan sedikit masa lagi.

Kelantan berjaya memperolehi empat gol pada separuh masa pertama menerusi Norfarhan,Keitha dan Petratos.Separuh masa kedua menyaksikan 'Skuad kedua' Kelantan bermain hambar dan membosankan sehinggalah wisel penamat.

p/s : doakan agar Aziz dapat bermain selepas ini kerana beliau mendapat kecederaan lutut sekali lagi semalam


Tiada ulasan: