4 Dis 2012

Welcome....welcome....welcome

(Dari kiri) Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri, Haris Safuan, TSAM, Lek Kcira 
dan Dmitrios Petratos.

Tan Sri Anuar Musa telah mengotakan janji beliau untuk memperkenalkan lima lagi pemain baru TRW musim 2013 kepada pihak media dan penyokong TRW kelmarin. Bertempat di Cafe TRW, KTC Kota Bharu, jam 4.00 petang. Seorang lagi pemain yang telah diperkenalkan semasa upcara perarakan piala pada tempoh hari adalah K.Nanthakumar dari perak yang digelar sebagai 'Otai' oleh TSAM. Dengan pengumuman tersebut, maka lengkaplah kouta pemain yang akan didaftarkan oleh TRW musim 2013 iaitu seramai 30 pemain untuk beraksi di pentas MSL dan AFC Cup.

p/s: Kehilangan tidak bererti kehancuran yang menanti...... pemergian tidak perlu lagi ditangisi..... pencarian sudah diakhiri......  InsyaAllah dengan kehadiran, kejayaan yang lebih cemerlang menanti.... Gomo TRW Gomo!!!! 

Tiada ulasan: