Rantau Panjang: Ketika Obinna Nwaneri dilihat selesa kerana namanya
hampir pasti disenaraikan untuk kuota pemain import Kelantan bagi aksi
Liga Malaysia (Liga M) musim depan, pemain baru, Keita Mandjou dan Dimi
Petratos pula terpaksa bersaingan merebut kuota kedua.
Ketika ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memiliki empat pemain import iaitu Lek Kcira; Obinna, Keita, dan Dimi Petratos yang disenaraikan untuk beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Bojan Hodak ( jurulatih) akan menilai siapa penyerang import untuk
beraksi pada saingan Liga Super, sama ada Keita atau Dimi,” kata
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa selepas meraikan wira The Red
Warriors (TRW) di perkarangan Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang, di
sini, semalam.
Senarai 25 pemain termasuk pemain import akan didaftarkan pada hari terakhir iaitu 29 Disember ini selepas diberi kelonggaran Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghadapi saingan Piala AFC.
“Sepanjang tempoh itu, kita masih boleh buat sebarang pertukaran pemain untuk Piala AFC,”. Kelantan diundi di kumpulan G bersama Ayeyawady United (Myanmar); SHB Da Nang (Vietnam); Maziya Sport dan Recreation (Maldives).
Sumber : Bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan