29 Feb 2012

Peter Butler Rasmi ke Persiba

Peter Butler menghilangkan diri dengan mencari majikan baru...kemah demo Butler!!!

BALIKPAPAN- Kepastian siapa pengganti Haryadi sebagai pelatih kepala tim Persiba Balikpapan terjawab sudah.  Nama Peter James Butler yang kembali mencuat di beberapa pemberitaan Balikpapan Pos seiring berhembus kabar lengsernya Haryadi beberapa waktu lalu menjadi kenyataan.

Gambar menarik tentang Piala AFC Kelantan dan Terengganu

Sumber : Rakan-rakan facebook

28 Feb 2012

Hangatnya bolasepak Kelantan

Peter Butler tinggalkan The Red Warriors...Gelanggang AFC beralih ke Bukit Jalil
 
Jika Pasukan lain sedang membuat persediaan rapi untuk meneruskan saingan liga super yang sedang berehat,bagi pasukan Kelantan hangat dengan isu-isu yang membuatkan penyokong-penyokong The Red Warriors tak senang duduk.

Isu Ketua Jurulatih Kelantan Peter James Butler yang 'direhatkan' gara-gara memberi kenyataan terbuka menempelak KAFA dengan mengatakan beliau tidak mengetahui tentang pemilihan pemain import terbaru Kelantan iaitu Nwoha mewarnai bolasepak Kelantan.sebelum ini ramai yang mempertikaikan keputusan KAFA menerima kembali jurulatih kelahiran England tersebut.

26 Feb 2012

Butler diminta pulang

ISU Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bertambah ‘kalut’ apabila jurulatih itu didakwa menghilangkan diri selepas direhatkan hingga menimbulkan dilema dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengakui ada masalah antara Kafa dan Butler namun tindakan jurulatih itu menghilangkan diri selepas direhatkan mengeruhkan lagi keadaan.

Kafa bina stadium RM300 juta

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memiliki stadium sendiri di tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

23 Feb 2012

Bojan Hodak terajui ARMY

Bojan Hodak telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) mengantikan B.Sathianathan.Untuk rekod Bojan pernah disebut-sebut untuk menjadi ketua jurulatih Kelantan untuk musim ini.

Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan

SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh
dibanggakan.

22 Feb 2012

Pra Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia vs Jepun

Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Hari : Rabu
Tarikh : 22 Februari 2012
Masa : 8.45 mlm

Live : RTM1 dan Astro Star Sport 813

Info : Kemaskini jadual perlawanan Kelantan bulan march 2012

Kemas kini Jadual Perlawanan Terkini:

04/03/12 Kelantan vs N.Sembilan | Liga Super

07/03/12 Kelantan vs Navibank Saigon | Piala AFC
10/03/12 Kelantan vs K.Lumpur | Psgn Kedua Piala FA
17/03/12 Perak vs Kelantan | Liga Super
21/03/12 Ayeyawady United vs Kelantan | Piala AFC
24/03/12 Suku Akhir Pertama Piala FA
27/03/12 Suku Akhir Kedua Piala FA
31/03/12 Kelantan vs Felda United | Liga Super

Info : Theredwarriors

20 Feb 2012

Nwoha kecewakan peminat Kelantan

KOTA BHARU - Aksi lemah pemain import Kelantan Onyekachi Nwoha sepanjang 83 minit mengecewakan hampir 10,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

19 Feb 2012

Nor Farhan penyelamat maruah Red Warriors

PENYERANG Kelantan, Indra Putra (dua dari kanan) menanduk menyamakan kedudukan ketika bertemu Sarawak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.
Juara Piala Malaysia kecundang di laman sendiri

FINALIS tahun lalu, Kelantan dipaksa bekerja keras oleh Sarawak sebelum menang 2-1 dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi, manakala juara Piala Malaysia dan juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan dikejutkan Johor FC 2-1 di laman sendiri.

Nor Farhan Mohamad yang menggantikan Nwoha Onyekachi pada minit terakhir menjadi wira Kelantan apabila meledak gol kemenangan sebaik dimasukkan selepas Indra Putra Mahyuddin (m-35) memadamkan kelebihan Sarawak hasil jaringan Azizan Baba (m-21).

Anda yang terbaik Ghaddar كنت أفضل غدار

Artikel ini kami tujukan kepada M.Ghaddar yang sedang bercuti kerana bapanya sakit di Lubnan.
علينا أن نكرس هذا المقال إلى غدار الذي هو في إجازة بسبب مرضه في لبنان.

Kami mendoakan agar bapa Ghaddar cepat sembuh dan beliau dapat memberikan persembahan terbaik dalam saingan Piala AFC nanti.
ونحن نأمل مخلصين أن انتعاش غدار والد سريع ويمكنه أن يقدم أفضل أداء في كأس الاتحاد الآسيوي في وقت لاحق.

Ketiadaan anda cukup dirasakan oleh penyokong-penyokong setia The Red Warriors kerana barisan hadapan Kelantan sekarang dilihat agak tumpul. 
يمكنك أن تشعر فقط لعدم وجود أنصار ووريورز الأحمر، وطليعة كيلانتان ينظر الآن صريحا تماما.

Tidak dinafikan bahawa anda adalah penyerang import terbaik berbanding dengan penyerang import yang ada sekarang.Ketiadaan Norshahrul yang cedera pada perlawanan semalam merumitkan lagi pasukan Kelantan.
ليس هناك شك في أنك أفضل مهاجم من الواردات مقارنة مع المهاجم الحالي المستوردة. غياب Norshahrul من المصابين في مباراة اليوم يعقد فريق كيلانتان.


Kami merindui anda... 
نحن نفتقدك ...

 *Maaf kalau translate tak betul...ambo pakai google translate jah...

Pasukan yang layak kepusingan kedua Piala FA 2012

Pasukan yang layak kepusingan kedua Piala FA 2012 :

Kelantan vs K.Lumpur
Preah Khan Reach vs KL SPA
Kedah vs Perlis
T.Team vs Felda/Pahang


Terengganu vs Perak
LionsXII vs Betaria FC
USM FC vs Sime Darby/Sabah
Johor FC vs Selangor

*Perlawanan Kelantan vs Kuala Lumpur mungkin akan ditunda kerana Kelantan terlibat dengan pertandingan Piala AFC pada 10 Mac 2012

Kelantan mara ke pusingan kedua Piala FA 2012

Kelantan akhirnya mara ke pusingan kedua Piala FA apabila berjaya menumpaskan pasukan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad.

Kemenangan tersebut bukanlah semudah yan disangka apabila Sarawak memberikan tentangan sengit sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Yusof Karim.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 32 dan Norfarhan pada minit ke 90 perlawanan.

Fakta menarik dan tak menarik tentanng perlawanan Kelantan dan Sarawak :
  1. Pemain import terbaru Kelantan 'didera' oleh Peter Butler sehingga 'mengaku' kalah dan  beberapa kali minta ditukarkan(GHADDAR masih Yang Terbaik).

Info Keputusan Piala FA 2012 Pusingan Pertama

Perak     1 - 0     ATM
Kelantan     2 - 1     Sarawak
Pos Malaysia     1 - 2     USM      
Betaria     4 - 0     Melaka        
Kuala Lumpur SPA     3 - 0     MBJB FC      
Terengganu     4 - 0     PDRM      
Negeri Sembilan     1 - 2     Johor FC      
Shahzan Muda     0 - 4     Selangor      
Kuala Lumpur     3 - 0     MP Muar      
Preah Khan Reach     2 - 1     Pulau Pinang      
Kedah     1 - 1     PKNS      
Perlis     3 - 0     SDM Kepala Batas      
Johor     0 - 2     T-Team 
Sime Darby vs Sabah
Felda Utd vs pahang


* Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur pada pusingan kedua. 
*Pasukan berhuruf gelap layak ke pusingan kedua

15 Feb 2012

Peter Butler kecewa

Peter Butler tidak menafikan bahawa terdapat campur tangan pihak atasan dalam pemilihan pemain import Kelantan.

Selangor menewaskan Kelantan 2-1 dan seterusnya memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan pada musim ini.

"Saya kecewa kami tewas. Saya kecewa untuk pemain saya. Saya rasa pada 20 minit terakhir dan beberapa minit separuh masa pertama kami pasukan yang lebih baik.

"Kami mempunyai banyak peluang cuma kami tidak mengambil peluang sepenuhnya. Tahniah kepada pemain. Jaringan gol Selangor sedikit sebanyak telah mengubah permainan." kata Butler.

Fakta menarik dan tak menarik perlawanan Liga Super 2012 di antara Selangor dan Kelantan

  1. Kelantan terpaksa akur rekod tanpa kalah musim ini lebur ditangan selangor tetapi harus diingat satu rekod yang masih boleh dipertahankan oleh Kelantan iaitu rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.
  2. KAFA membuat kejutan dengan menurunkan import baru dari Nigeria,Nwona yang lebih mesra dipanggil Noha.Noha adalah rakan kepada Obinna,namun kemunculan beliau gagal memberikan impak yang besar kepada Kelantan(Ghaddar masih yang terbaik).
  3. Peter Butler sekali lagi menurunkan 'ayam emas' beliau walaupun persembahan pemain tersebut sering dipertikaikan penyokong(untuk rekod pemain tersebut tidak mendapat tempat dalam skuad jurulatih terdahulu iaitu B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu).
  4. Penampilan pertama import Selangor Bosko Balaban membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol kedua Selangor.
  5. Penjaring gol tunggal Kelantan adalah dari pemain pertahanan,S.Subramaniam.
  6. Jumlah penyokong Kelantan yang hadir melebihi jumlah penyokong Selangor padahal perlawanan berlangsung ditempat lawan.

14 Feb 2012

3 pasukan disiasat SPRM kerana mengatur perlawanan

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat mencetuskan episod baru dalam bolasepak Malaysia apabila tiga pasukan bakal di siasat kerana mengatur perlawanan.

Isu ini kembali mewarnai kancah bolasepak kita setelah baru-baru ini FAM mendedahkan 11 pemain yang terlibat dalam rasuah telah menerima hukuman termasuk seorang jurulatih Piala Presiden yang di gantung seumur hidup dari aktiviti bolasepak.

Jika FAM begitu telus untuk mengadakan siasatan cuba siasat perlawanan diantara pasukan Terengganu dan Felda United yang menyaksikan pasukan Terengganu menang besar dan Hadi mampu menjaringkan begitu banyak gol untuk 'memintas' Norshahrul dari memenangi kasut emas musim lalu.

Lapan import baru bakal beraksi dalam liga Malaysia

  1. Phillimon Chipeta - PKNS Selangor FC
  2. Eduara Sakhnevich - Pahang
  3. Boris Kochkin - Pahang
  4. Michael Chukwubunna Ijezie - Betaria FC
  5. Junior John Bamidele Emmanuel - Betaria FC
  6. Muriel Juan Orlando - Johor FA
  7. Fokim Fom Fondo - Johor MBJB
  8. Bosko Balapan Balaban- Selangor
Dua import lagi masih menunggu sijil perpindahan pemain...

Khabar yang agak kurang baik buat pasukan Kelantan kerana Selangor dapat menurunkan penyerang 'sensasi' mereka seperti yang digembar gemburkan oleh Irfan Bakti.

Obinna Nwaneri mungkin akan ditugaskan untuk mengawal pergerakan pemain dari Croatia ini dari bermaharajalela malam ini.

Harapan penyokong agar pertahanan Kelantan dapat menahan segala asakan dari pemain-pemain Selangor.Cuma apa yang merisaukan Daudsu dikhabarkan tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan ketika menentang Terengganu tempohari.


    Keputusan Liga Perdana Malaysia 2012 perlawanan ke tujuh

    ATM menang besar lagi...

    MP Muar     0 - 0     Sime Darby        
    Pos                2 - 1     Harimau Muda B       
    Betaria         2 - 1     Perlis        
    Johor            1 - 4     ATM        
    USM Staf     0 - 1     Pahang        
    PDRM          3 - 5     MBJB FC

    11 Feb 2012

    Keputusan Liga Super 2012 P7

    Kelantan 2 - 1 Terengganu 
    Sarawak 2 - 1 Felda Utd
    LionsXII 3 - 1 N.Sembilan
    Kuala Lumpur 0 - 2 Johor FC
    T.Team 2 - 0 Perak
    PKNS 2- 0 Selangor
    Kedah 2 - 2 Sabah

    Keputusan liga super 2012 : Kelantan vs Terengganu

    Kelantan 2 - 1 Terengganu

    Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh NorShahrul minit ke 37 dan Badri RAdzi minit ke 52.Gol saguhati Terengganu dijaringkan oleh Ashari.Muhammad Ghaddar gagal menjaringkan penalti pada minit ke-87 90 perlawanan apabila ditepis oleh penjaga gol Terengganu.

    Kesebelasan utama :

    Khairul Fahmi,S.Subramaniam,Obinna,Aziz(Zamri Ramli),Daudsu, Shakir(Rizal Fahmi)Badri,S.Chanturu,Nurul Azwan(M.Ghaddar),NorShahrul,Indra Putra.

    7 Feb 2012

    Obinna sertai Ghaddar,Antwi ke AFC

    Obinna dan Ghaddar akan beraksi dalam kancah liga super manakala Antwi diletakkan dalam skuad Piala AFC.Keputusan terbaru dari KAFA setelah 'pening kepala' memikirkan siapakah pemain import yang akan bermain untuk liga super.

    Keputusan yang dibuat oleh KAFA dilihat wajar kerana Kelantan memerlukan seorang pemain import berpangalaman seperti Obinna untuk menerajui benteng pertahanan kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika menyertai skuad kebangsaan negaranya.Apa yang dibimbangkan adalah tahap kecergasan pemain tersebut yang dilihat kurang cergas serta sedikit 'berisi'.

    5 Feb 2012

    Keputusan Perlawanan Persahabatan : Kelantan vs Balesteir FC

    Kelantan 0 - 2 Balesteir FC 

    Fakta menarik dan tak menarik tentang perlawanan ini : 

    1. Pemain-pemain yang diturunkan tidak mengambarkan KELANTAN AFC seperti yang diwar-warkan.
    2. Pemain import baru hanya diturunkan pada penghujung separuh masa pertama dan separuh masa kedua.
    3. Sekali lagi ketua Jurulatih Kelantan,Peter Butler dilihat gagal membuat pemilihan pemain yang tepat dengan menyenaraikan skuad simpanan untuk menentang Balesteir FC seolah-olah memperkecilkan kebolehan kelab tersebut.
    4. Hampir 20 000 penyokong menbanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk melibat 'kelibat' pemain-pemain import baru yang diwar-warkan memiliki sentuhan ajaib.
    5. Presiden KAFA kecewa kerana pemain-pemain import baru tidak mahu beraksi dalam perlawanan persahabatan ini.
    6. Pemain import baru,Obinna bertindak sebagai 'kapten' apabila cuba memberikan arahan-arahan kepada pemain dan tindakan beliau kurang disenangi oleh pemain.
    7. Pertahanan Balesteir FC ternyata cukup kental untuk ditembusi malah taktikal dari Butler ternyata gagal menembusi benteng pertahanan mereka.

    2 Feb 2012

    74 terbunuh rusuhan bolasepak di Mesir

    Sekurang-kurangnya 74 penyokong bolasepak terbunuh dalam rusuhan bolasepak yang melibatkan penyokong pasukan Al-Ahly dan Al-Masry.

    Penyokong-penyokong Al-Ahly dikatakan mula bertindak ganas dengan meluru ke padang dengan bersenjatakan pisau setelah pasukan mereka kalah 3-1 kepada Al-Masry.

    Menurut laman web BBC tahap keselamatan yang rendah menyebabkan keadaan menjadi kecoh.Pemain-pemain Al-Ahly mempertikaikan bagaimana pisau boleh dibawa kedalam stadium.

    Diharap kejadian ini tidak berlaku di Malaysia terutamanya melibatkan penyokong-penyokong Kelantan.

    Sumber : BBC

    1 Feb 2012

    Info : Keputusan Kelantan vs Harimau Malaya

    Full Time :

    Kelantan 0 - 5 Harimau Malaya

    Gol-gol HM dijaringkan oleh Asrarudin minit ke 36,Shahrulain minit ke-42 dan Kunanlan mnt 65,Abd Hadi dan Izuan Solahuddin.

    Malam ni TRW dimalukan oleh Harimau Malaya...Apa komen rakan-rakan yang menyaksikan perlawanan malam ini.Teruk sangatkah barisan simpanan Kelantan yang ternyata gagal mempamerkan aksi terpuji setelah dibelasah oleh Harimau Malaya malam ini.

    p/s : Pengajaranya janganlah kita bersikap sombong dan bongkak kerana ianya akan memakan diri sendiri..sekarang siapa yang malu?Penyokong?KAFA?

    PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS MALAYSIA 1 FEBRUARI 2012

     
    PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS MALAYSIA 1 FEBRUARI 2012 | The Red Warriors (TRW) dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya pada 1 Februari 2012. Perlawanan antara Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 akan bermula pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
    Untuk makluman semua, khabarnya Astro Arena akan menyiarkan Siaran Langsung di Astro Arena (801). Bagi perlawanan persahabatan ini, Kelantan akan menjadi tuan rumah walaupun FAM menjemput Kelantan ke Bukit Jalil. Jadi Kelantan akan mengutip bayaran tiket perlawanan bagi menampung kos penginapan dan pengangkutan Kelantan sepanjang berada disini. Harga tiket perlawanan Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 ialah RM10 (Terbuka) dan RM20 (Grandstand) dan ianya akan mula dijual bermula jam 5.00 petang hari perlawanan.

    Berkenaan Live Streaming Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 ammboi tak pasti samada ada atau tidak. Anda boleh cuba ke RedVision – Gegar Tv sekiranya ada. Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 akan ammboi update dari masa ke semasa. Begitu juga dengan Keputusan Penuh Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012.

    Sumber : ammboi