23 Feb 2012

Bojan Hodak terajui ARMY

Bojan Hodak telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) mengantikan B.Sathianathan.Untuk rekod Bojan pernah disebut-sebut untuk menjadi ketua jurulatih Kelantan untuk musim ini.


Perlantikan Bojan Hodak dilihat tepat kerana beliau mempunyai banyak pengalaman dari segi kejurulatihan bagi memastikan hasrat Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa untuk mencungkil  bakat-bakat muda Kelantan serta dapat meneruskan kesinambungan pasukan 'The Red Warriors' sekarang.

Tahniah atas perlantikan beliau semoga akademi Al-Hambra Red Warriors akan dapat melahirkan 'bintang' untuk negara bagi memartabatkan lagi sukan bolasepak Malaysia dimata dunia.

Tiada ulasan: