29 Dis 2011

RM80,000 selesai masalah lampu limpah

Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelenggarakan lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV yang didakwa tidak menepati kadar pencahayaan seperti disyaratkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui peruntukan sebanyak RM80,000.

Piala Unity milik Persebaya FC

Keputusan Penuh :

Persebaya FC 3 - 2 Kelantan FA
*Persebaya juara dengan agregat 4-3

23 Dis 2011

Kelantan dan Persebaya juara bersama Piala Permai

Keputusan penuh : 

Kelantan 1 - 1 Persebaya FC

Kelantan terpaksa berkongsi Piala Permai apabila 'dipaksa' seri 1-1 dengan Persebaya FC.Gol jaringan Indra Putra dipadamkan oleh jaringan cantik pemain lincah Persebaya,Andik yang merembat kencang ke kiri gol penjaga gol muda Kelantan,Syazwan.

Keputusan 1-1 dirasakan memadai buat Kelantan setelah mengharungi perlawanan dengan sembilan pemain apabila Azizi Matt Rose dan Shahrul Azim menerima kad merah gara-gara gagal mengawal emosi.

Unity Cup 2011 - Kelantan FA vs Persebaya FC

Perlawanan Pertama : 


Venue : Stadium Sultan Muhammad ke -IV
Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 8.45 mlm

Tiket-tiket perlawanan berharga :


Astaka RM 30
Astaka Batu RM 20
Terbuka : RM 12
Kanak-kanak : RM 5

Live : Astro Arena 801

Liga Malaysia 2012 : Info pemain import

  • 35 pemain import didaftarkan untuk liga M.
  • Hanya 26 pemain import yang bakal beraksi dalam liga M 2012.
  • 9 pemain import gagal beraksi dalam Liga M 2012
  • Tujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC), Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).

22 Dis 2011

15000 tiket untuk aksi Kelantan lawan Persebaya FC

Afandi Hamzah (tiga kanan) bersama wakil MSL, Raja Azura Shamim (kiri) menunjukkan baju 'Unity Cup' yang akan dipakai pemain Kelantan pada aksi persahabatan dengan Persebaya, esok.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan 15,000 keping tiket perlawanan antara Kelantan menentang juara Liga Prima Indonesia (IPL) Persebaya FC bagi merebut kejuaraan Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, (esok).
 
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

21 Dis 2011

Perlawanan persahabatan : Ayeyawady United tumpaskan City Malaysia

Kelab dari Myanmar,Ayeyawady United berjaya mengalahkan 'Manchester City Malaysia' ATM 2-1 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 20 Disember.

Ayeyawady United yang berada satu kumpulan dengan Kelantan sudah menunjukkan taring mereka dengan mengalahkan ATM dan ini memberikan amaran awal kepada Kelantan agar lebih bersedia untuk menghadapi pasukan mereka.

Mungkin ini adalah strategi dari pihak KAFA yang meminta B.Sathianathan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Myanmar ini bagi melihat 'kekuatan' sebenar pasukan lawan kerana umum tahu bahawa jurulatih ATM itu cukup sinonim dengan pasukan Kelantan.

Posisi kapten Piya kini mula tergugat


Kedudukan Mohd. Badri Radzi (jersi merah) sebagai ketua pasukan Kelantan kini dibayangi dengan kehadiran pemain baru, juga pemain import.



KOTA BHARU - Ketua pasukan Red Warriors musim lalu, Mohd. Badri Radzi atau Piya perlu mempertingkatkan prestasi bagi memastikan posisi beliau kekal musim hadapan.
Ini berikutan pasukan itu kini dibarisi beberapa pemain ternama termasuk import yang berkemampuan untuk menduduki posisi tersebut.

Kelantan adakan perlawanan timbal balik dengan Persebaya

JUARA Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Bharu, Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Dr Andi Alifian Mallarangeng diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.

Red Warriors belum layak dipuji

KOTA BHARU – Skuad Red Warriors belum layak untuk diberi pujian sepenuhnya sebaliknya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
Ini kata jurulatihnya, Peter James Butler merujuk persembahan pasukan tersebut ketika menentang T-Team pada aksi persahabatan di sini, baru-baru ini yang berakhir Kelantan menang 2-0.

19 Dis 2011

Mat Yo kena serasi cara Butler

NORSHAHRUL Idlan Talaha (kanan) pada pembukaan kedai ke-100 Al-Ikhsan di Kuala Lumpur, kelmarin

KUALA LUMPUR - Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan menjelang Liga Malaysia 2012, bulan depan bagi menyesuaikan diri dengan formasi baru 4-3-3 yang diterapkan oleh jurulatih baru Kelantan, Peter James Butler.

Berbeza formasi 4-4-2 kegemaran Datuk M. Karathu musim lalu, penyerang yang turut digelar Mat Yo itu bakal lebih kerap bertindak sebagai penyerang tengah sambil diapit dua tonggak import baru Wira Merah apabila tirai musim 2012 disingkap dengan Piala Sultan Ahmad Shah, 7 Januari ini.