Memaparkan catatan dengan label permai trofi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permai trofi. Papar semua catatan

23 Dis 2011

Kelantan dan Persebaya juara bersama Piala Permai

Keputusan penuh : 

Kelantan 1 - 1 Persebaya FC

Kelantan terpaksa berkongsi Piala Permai apabila 'dipaksa' seri 1-1 dengan Persebaya FC.Gol jaringan Indra Putra dipadamkan oleh jaringan cantik pemain lincah Persebaya,Andik yang merembat kencang ke kiri gol penjaga gol muda Kelantan,Syazwan.

Keputusan 1-1 dirasakan memadai buat Kelantan setelah mengharungi perlawanan dengan sembilan pemain apabila Azizi Matt Rose dan Shahrul Azim menerima kad merah gara-gara gagal mengawal emosi.

Unity Cup 2011 - Kelantan FA vs Persebaya FC

Perlawanan Pertama : 


Venue : Stadium Sultan Muhammad ke -IV
Tarikh : 23 Disember 2011
Masa : 8.45 mlm

Tiket-tiket perlawanan berharga :


Astaka RM 30
Astaka Batu RM 20
Terbuka : RM 12
Kanak-kanak : RM 5

Live : Astro Arena 801

22 Dis 2011

15000 tiket untuk aksi Kelantan lawan Persebaya FC

Afandi Hamzah (tiga kanan) bersama wakil MSL, Raja Azura Shamim (kiri) menunjukkan baju 'Unity Cup' yang akan dipakai pemain Kelantan pada aksi persahabatan dengan Persebaya, esok.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan 15,000 keping tiket perlawanan antara Kelantan menentang juara Liga Prima Indonesia (IPL) Persebaya FC bagi merebut kejuaraan Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, (esok).
 
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

21 Dis 2011

Kelantan adakan perlawanan timbal balik dengan Persebaya

JUARA Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Bharu, Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Dr Andi Alifian Mallarangeng diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.