23 Dis 2011

Kelantan dan Persebaya juara bersama Piala Permai

Keputusan penuh : 

Kelantan 1 - 1 Persebaya FC

Kelantan terpaksa berkongsi Piala Permai apabila 'dipaksa' seri 1-1 dengan Persebaya FC.Gol jaringan Indra Putra dipadamkan oleh jaringan cantik pemain lincah Persebaya,Andik yang merembat kencang ke kiri gol penjaga gol muda Kelantan,Syazwan.

Keputusan 1-1 dirasakan memadai buat Kelantan setelah mengharungi perlawanan dengan sembilan pemain apabila Azizi Matt Rose dan Shahrul Azim menerima kad merah gara-gara gagal mengawal emosi.

Kelantan akan terbang ke Persebaya untuk perlawanan ulangan merebut Piala Unity yang bakal ditentukan pemenangnya di Surabaya pada 28 disember ini.

Perlawanan tersebut bakal disiarkan secara langsung oleh pihak Astro menerusi saluran Bintang 141.

Kesebelasan Utama :
Syazwan Yusof,Azizi Matt Rose,S.Subramaniam,Mohd Daudsu Jamaluddin,Mohd Abdul Aziz Ismail Mohamad Norfarhan Muhamad,Indra Putra Mahayuddin,Norshahrul Idlan Talah,Dennis Agyare Antwi,Mohammed Ghaddar,

**Dua Import Kelantan dari Ghana,Antwi dan Okine gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka...rasa rugi KAFA beli dua pemain ini walaupun usia mereka masih muda.Namun mereka berdua masih mampu untuk membuktikan keupayaan mereka pada perlawanan kedua di Surabaya nanti.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ejah lah astro arena 801... bkn semua org langgan saluran bintang 141... kita org nak tgk bola.. knp perlu tgk kat saluran drama plak.. kan arena adalah saluran sukan no. 1 malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Demo ni tingga bas ni...hehehe