Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
 |
gaya pemain T-Team, Mohd. Norfarhan Muhammad (tengah) meraikan gol kedua pasukannya ketika menentang Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor |
KOTA BHARU - Kekalahan Kelantan kepada T-Team 3-4 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin cukup perit untuk diterima ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.
Kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan bukan sahaja terpaksa melepaskan teraju liga kepada Selangor, malahan tercicir ke tangga ketiga di belakang Perak.
Karathu mengakui kecewa dengan aksi pemain, terutama pada babak pertama apabila memberikan dua gol mudah kepada lawan.
Menurutnya, kedua-dua gol awal itu 'membunuh' semangat juang pemainnya apabila kemudiannya seakan-akan hilang punca.