10 Apr 2011

Sultan Ahmad Shah Presiden Baru AFF

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah pada Ahad dipilih sebagai presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang baru pada Kongress AFF yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

"Sultan Ahmad Shah menang tanpa ditandingi," kata pegawai media FAM Christopher Raj menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.



Sultan Ahmad Shah akan menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang telah meneraju AFF sejak 1995.

Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Jan 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Sumber : Bernama

Tiada ulasan: