18 Apr 2011

TRW sudah berubah..Syabas TSAM

Tahniah diucapakan presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang telah mengambil tindakan drastik dalam 'memulihkan' kembali reputasi gah The Red Warriors yang telah tercalar gara-gara tiga kekalahan berturut-turut ditempat lawan serta seri dengan pasukan kedua tercorot liga Sabah.

Banyak tindakan-tindakan drastik yang telah dibuat oleh TSAM dalam menangani isu ini,cuma sesetengah penyokong yang tidak sabar atau tidak mengetahui perubahan yang telah dilakukan oleh beliau.Penyokong-penyokong boleh melihat sendiri melalui posting-posting beliau dalam facebook.
Perubahan dikalangan pemain serta jurulatih juga telah dilakukan bagi memastikan mereka dapat menunaikan kewajipan serta memberikan input kepada pasukan serta penyokong.Tidak mustahil TRW akan menang bergaya di Perlis ini berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh TSAM.Cuma Pihak kelatefc tidak boleh menyebut atau menyebarkan apa yang telah dilakukan oleh TSAM atas dasar 'menjaga hati pemain-pemain' serta tidak mahu menggangu mental pemain yang sedang bersemangat untuk memulihkan kembali reputasi pasukan TRW.

Apa yang diminta penyokong-penyokong terus memberikan sokongan tidak kira semasa menang atau kalah,itupun jika kita benar-benar penyokong tegar TRW.Teruskanlah sokongan anda kerana TRW akan bangkit selepas ini dan memperbaiki kesilapan yang lalu bagi memastikan tiga piala dapat dibawa pulang ke negeri keramat Cik Siti Wan Kembang.

Doakan kejayaan untuk TRW semoga mereka beroleh kejayaan di Perlis nanti...Amin

3 ulasan:

Dunia Baru berkata...

terbaeeekkkk lah TSAM & seluruh penyokong tegar TRW semua...agar terus sokong tanpa belah-bagi....jgn sokong bila menang jek....time kalah or seri, cacian terus d'lempar...

moga team kito terus cermelang....

Tanpa Nama berkata...

pemain ambil kesempatan dgn pasukan tercorot liga...kerana pasukan ditangga teratas bertemu dengan yang kuat...harap kemenangan tercipta...

wakkiro berkata...

jange kelik belake...terus menuju demi kemenege dan maruah...........