17 Apr 2011

Penyokong hampa lagi...

Kelantan 0 - 0 Sabah

Kecewa dan hampa....Kelantan gagal cari 3 mata

Itulah luahan penyokong-penyokong Kelantan setelah menyaksikan anak didik M.Karathu hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Sabah.

Kelantan yang kehilangan NorSahrul dan Shakir yang mengutip tiga kad kuning ternyata tidak bernafsu untuk memburu gol kemenangan.Kelantan yang meletakkan Nizab Ayub sebagai penyerang tunggal sambil dibantu Nurul,S.Chanturu,Badri Radzi,dan Wan Rohaimi pada separuh masa pertama gagal menembusi kekebalan pertahanan Sabah yang bermain cemerlang termasuk bekas penjaga gol Kelantan,Syed Adney.


Wan Rohaimi yang diberikan 'peluang' oleh M.Karathu gagal mengemudi Kelantan.Beliau ternyata tidak mampu bermain diposisi yang ditinggalkan oleh Shakir,mungkin kerana beliau tidak pernah bermain untuk Kelantan sebelum ini dan memerlukan masa untuk mencari keserasian dikalangan pemain.

K.Soley dibawa masuk bagi mengantikan S.Chanturu yang dilihat mengalami kecederaan,kemasukan beliau merancakkan sedikit permainan namun Kelantan masih gagal memburu gol.

Seperuh masa kedua menyaksikan Kelantan membuat pertukaran dengan mengeluarkan Wan Rohaimi dan mengantikan dengan Khalid Jamlus yang bergandingan dengan Nizab Ayub.Kemasukan beliau juga gagal menghasilkan gol kerana kegagalan bahagian tengah yang dikemudi Piya sambil dibantu Danial Fadly

Separuh masa kedua tempo permainan agak rancak dengan Kelantan menyerang bertali arus dan pujian harus diberikan kepada Farisham,Subramaniam,Danial Fadly serta K.Soley yang bermain cemerlang malam ini.

Ketiadaan NorShahrul ternyata memberi impak yang besar kepada pasukan Kelantan kerana ketiadaan beliau dibarisan hadapan amat dirasai apabila Nizab dan khalid gagal menterjemah gol untuk Kelantan.

Perlawanan terhenti seketika ekoran dakwaan Syed Adney bahawa pancaran laser dihalakan kepada beliau.Diakhir-akhir perlawanan ketua jurulatih Sabah Gary Philips dihadiahkan kad merah gara-gara lantang mengkritik pengadil perlawanan.

Perlawanan malam ini memperlihatkan satu kegagalan pasukan bimbingan M.Karathu dan jika tiada perubahan drastik dari pihak pengurusan pasukan Kelantan sudah pasti tidak akan mendapat apa-apa kejuaraan musim ini.

Kesebelasan Utama Kelantan : - Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Farisham, S.Subramaniam,Zairul Fitri, Badri Radzi,Danial Fadly, Wan Rohaimi(Khalid Jamlus), S.Chanturu(K.Soley), Nizab Ayub(Izuan Solahuddin),Nurul Azwan Roya.

Tiada ulasan: