Disebalik 'kekalutan' yang timbul melibatkan Juara Piala Malaysia 2010 iaitu Kelantan,skuad junior TRW dapat mengalahkan pasukan piala presiden Sabah 2-1 di Kota Bharu khamis lalu.Kemenangan tersebut ternyata masih belum menyembunyikan duka nestapa penyokong-penyokong TRW yang sekarang dilihat lebih suka bermain andaian dan mendengar khabar angin yang entah betul atau tidak.
Penyokong-penyokong tertanya-tanya mampukah TRW menewaskan Sabah setelah kisah perit terpalit gara-gara dibelasah Perak 4-0 selasa lepas.Sabah adalah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan pasukan Perak setakat ini.
Bermacam-macam khabar angin yang timbul,antaranya pemain-pemain Kelantan bergeseran sesama sendiri dibilik persalinan,ada yang mengatakan kapten pasukan,Piya menerima 'habuan' dan ada yang mengatakan skuad TRW 'menjual' perlawanan.Macam-macam lagilah yang didengar sehingga menjatuhkan moral penyokong-penyokong.
Telahan-telahan tersebut adalah ingin menjatuhkan pasukan yang telahpun bergelar juara Piala Malaysia untuk pertama kalinya.Kita boleh membuat pelbagai andaian atau perspeksi tetapi hakikat sebenar hanya pemain-pemain serta pihak pengurusan yang mengetahui punca sebenar kemerosotan skuad kendalian M.Karathu ini.
Penulis ingin mengajak penyokong-penyokong supaya terus memberikan sokongan kepada pasukan TRW kerana ini hanyalah rencah dalam bolasepak,ada ketika kita diatas...ada ketika kita dibawah...jadi kita harus menilai sejauh mana sokongan kita kepada pasukan dan tidak hanya menyokong ketika kalah tetapi bila pasukan dilanda 'musibah kecil' seperti ini penyokong-penyokong sudah 'menjauhkan' diri.
Presiden TSAM ada menyebut bahawa kekalahan Kelantan kerana pemain-pemain keletihan,bagi penulis inilah punca utama kekalahan pasukan kerana pemain-pemain utama terutamanya dibahagian pertahanan dilihat kurang cergas tetapi diturunkan sebagai kesebelasan utama.
Pemain-pemain juga dilihat bersikap hipokrit kerana pada kebiasanya sebelum perlawanan jurulatih akan bertanya adakah mereka bersedia untuk perlawanan tersebut.Ada pemain yang keletihan menganguk sahaja tanda bersedia sedangkan mereka sebenarnya keletihan ekoran dihambat jadual padat Liga Super dan Piala FA serta pelbagai program dari KAFA.
Mereka hanya mahu status 'kesebelasan utama' diberikan kepada mereka walaupun mereka tidak cergas sepenuhnya...Natijahnya Kelantan dibelasah teruk pihak lawan dengan jumlah gol yang besar.
Andai masalah ini tidak diatasi,Kelantan akan berputih mata musim ini dengan sasaran tiga piala hanya omong-omong kosong sahaja.Kami dibelakang akan terus memberikan sokongan asalkan ada perubahan yang dapat dilakukan oleh pihak pengurusan dan tidak mahu pasukan kesayangan kami tenggelam dalam dunia 'populariti' serta masih khayal dengan kejayaan lepas.
Hari ini adalah hari penting 'kebangkitan' pemain-pemain bagi mengambil semula hati penyokong-penyokong yang sudah 'terguris' ekoran tiga kekalahan berturut-turut ditempat lawan.Perlawanan ini juga menjadikan titik permulaan buat pemain-pemain yang sering memanaskan bangku simpanan kerana ramai pemain-pemain utama tidak dapat diturunkan kerana mengutip tiga kad kuning serta ada yang kurang cergas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan