PEMAIN Kelantan, Mohd Badri Radzi (tengah), dihalang pemain Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi |
Kelantan terima tamparan seri 0-0 dengan Sabah, Kedah menang lagi
CABARAN Kelantan dalam menggapai impian besar memburu mahkota kejuaraan Liga Super, musim ini menerima satu lagi tamparan apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Sabah di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi.
Skuad The Red Warriors itu menguasai permainan tetapi anak buah Datuk M Karathu gagal menembusi benteng pasukan tangga bawah liga itu dikawal ketat Syed Adney Syed Hussin - sekali gus mereka terpaksa berpuas hati mengutip satu mata dan kekal di tangga keempat liga. CABARAN Kelantan dalam menggapai impian besar memburu mahkota kejuaraan Liga Super, musim ini menerima satu lagi tamparan apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Sabah di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi.
Kegagalan mencari mata penuh di halaman sendiri menyaksikan tuan rumah ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Selangor yang terus garang menumpaskan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan Safiq Rahim pada minit ke-65.
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad Merah Kuning itu merampas kembali kedudukan selaku pendahulu liga daripada Terengganu mengumpul 26 mata - dua mengatasi pasukan pantai timur itu di tempat kedua.
Kekalahan Perak itu menyaksikan mereka tewas buat kali kedua selepas tunduk kepada Sabah tetapi kedudukan skuad Norizan Bakar di tangga ketiga kekal dengan 22 mata.
Di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Pahang 1-0 hasil jaringan V Thirugan pada minit ke-56 untuk berkongsi 21 mata dengan Kelantan tetapi dibezakan dengan jaringan.
Di Stadium Utama, Perlis mencipta kemenangan sulung musim ini menewaskan Negeri Sembilan 3-2.
Begitupun, pelawat membuka jaringan menerusi Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-27 tetapi Perlis bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Mohd Hisyam Mohd Shofi (m-44) sebelum Mohd Rizal Ghazali dan G Mahathevan menyumbat pada minit ke-68 dan 74. G Mahathevan merapatkan kedudukan pada saat akhir permainan.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tiga gol dalam tempoh empat minit pada babak pertama menerusi See Kok Luen (m-11) dan Ahmad Hazwan Bakri (m12 dan 13) membantu Kuala Lumpur mengejutkan T Team 3-1.
Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol tunggal pelawat hasil tandukan sepakan sudut pada m-28.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, jaringan tunggal Mohd Irfan Faizal pada minit ke-70 sudah cukup membantu Harimau Muda A menewaskan Johor FC.

Oleh Ahmad Fiesal Othman, Khairul Anuar Samad, Kamudin Baharom, Rizar Mohd Noor dan Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan