Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan

20 Dis 2014

Thailand Juara Piala AFF 2014

Keputusan penuh :

Malaysia 3-2 Thailand

Thailand menjuarai Piala AFF Suzuki 2014 dengan agregat 4-3.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui penalti dan sepakan percuma manakala gol ketiga dijaringkan oleh Indra Putra.

Tahniah Harimau Malaya,walaupun tewas tetapi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.Nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya untuk menjulang Piala AFF kali ini.

11 Dis 2014

Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Keputusan penuh:

Vietnam 2-4 Malaysia

Malaysia menempah tiket ke final Piala AFF Suzuki 2014 apabila berjaya menyingkirkan Vietnam dengan  kelebihan agregat 5-4.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui sepakan penalti selepas Indra Putra dijatuhkan.

Tiga lagi gol dijaringkan masing-masing menerusi Norshahrul,Shukor Adan dan gol sendiri hasil sepakan Indra terkena pemain Vietnam menerjah kegawang.

Tahniah Harimau Malaya...kemasukan Piya ternyata merubah episod duka sebelum ini yang dikecewakan Vietnam 2-1 digelanggang sendiri.

Malaysia bakal berdepan Thailand 17 disember ini jam 7.30 malam di gelanggang lawan untuk final pertama.

26 Nov 2014

Piala AFF 2014 : Malaysia tewas...

Malaysia sekali lagi gagal memungut mata penuh pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas tipis 2-3 kepada Thailand.

Walaupun dua kali mendahului,jaringan ketiga Thailand akhir membunuh semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Harimau Malaya.

Percaturan Dollah Salleh meletakkan dua penyerang simpanan JDT ternyata gagal menterjemahkan gol berbanding dua pemain JDT yang selalu diturunkan oleh Bojan.

Apapun tahniah buat HM kerana berjaya menyaingi kepantasan pemain Thailand yang ternyata bukanlah lawan mudah dan sememangnya calon pasukan yang bakal menjulang Piala AFF kali ini.