19 Sep 2011

Malam Piya...

Keputusan Penuh : 
Kelantan 4 - 0 Sarawak

Jaringan Badri(2 gol),Norshahrul dan Danial Fadli

Piya muncul wira Kelantan semalam apabila gol serta gerakan-gerakan beliau berjaya memastikan Kelantan mengutip tiga mata berharga sekaligus menjamin tempat ke suku akhir.


Aksi sepuluh minit terakhir menyaksikan empat gol dihasilkan oleh pemain-pemain setelah kebuntuan gol sepanjang 80 minit perlawanan.Otak pemain-pemain dilihat sudah beku dan kehabisan idea kerana gagal menterjemahkan gol.

Gol semangat Kelantan diperolehi hasil gerakan menarik Piya yang mengelecek tiga pertahanan Sarawak dan melepaskan rembatan kaki kiri yang kencang menewaskan Aidil Mohammad.

Sebelum itu dibangku penonton menyaksikan penyokong tidak henti-henti melaungkan agar M.Karathu membuat pertukaran keatas Badri.

Hakikatnya penyokong-penyokong fanatik tidak mengetahui situasi sebenar pemain-pemain yang kebuntuan mencipta gerakan yang mudah dipatahkan sehinggalah gol semangat dari Piya diperolehi.

Tahniah buat pemain-pemain kerana berjaya menumpaskan Sarawak yang bermain bermati-matian bagi mengelakkan gol mereka dibolosi.

7 ulasan:

teh o beng berkata...

ahaaaaaa kelate meme hebakkkk!

kuyan79 berkata...

Terbaikkkk!!!

Aya Ariel berkata...

oyeeaahhhhh..klate terbaek di Asia!!!

Dunia Pendidik Bersama Cikgu Khairul berkata...

Alhamdulillah syukur TRW menang akhirnya.....inilah taktkal pasukan lwn bila btemu pasukan TRW bertahan sampai mati akal dan diharap juga next game Dato M membariskan kesebelasan yg terbaik dr segi prestasi semasa bukannya bgantung pd reputasi smata-mata fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

timo kasih pemain2 TRW..puah ati gi tgk bola..arap2 pah ni kita akan teruskan kecemerlamgan kito.

Tanpa Nama berkata...

kawe cayo pah ni TRW akan menang besar semo baki perlawanan...

ana vieyas berkata...

like TRW