12 Sep 2011

Kata-kata pedas dari Piya

Seperti yang dilaporkan kosmo:

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.


“Faktor kekurangan perlawanan kompetitif selepas musim Liga Super tamat dan bulan Ramadan tidak timbul.
“Latihan padat yang terpaksa dilalui menyebabkan kami semua tidak sempat untuk memulihkan tenaga.

“Saya akui permainan kami malam tadi (kelmarin) sangat teruk, ia bukan tahap permainan sebenar pasukan Kelantan. 

“Beraksi dalam cuaca hujan, padang licin serta badan penat menyebabkan mood kami sedikit terjejas,” kata Badri semalam.

Tambah Badri, biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran itu, dia tetap bersyukur kerana Kelantan mampu memenangi perlawanan tersebut.

Kata-kata 'pedas' diatas adalah keluar dari kapten pasukan Kelantan sendiri yang mengakui corak latihan yang diterapkan oleh Datuk M.Karathu cukup 'menyeksakan' pemain sehinggakan pemain kerap merungut.

Jika keadaan ini berlaruratan tidak mustahil Kelantan akan gagal dalam saingan Piala Malaysia ini dan meranapkan impian penyokong-penyokong setia TRW.

Diharap pihak pengurusan dapat memberikan perhatian serius masalah ini kerana ianya melibatkan pemain-pemain yang sememangnya watak utama dalam kejayaan pasukan Kelantan musim ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Latihan padat bukan alasan aksi longlai skuad kelate malam baru ni tapi sikap ambil mudah atau ambil lewa hampir memusnahkan impian kelate untuk rangkul kejuaraan piala malaysia tahun ni..piya sebagai kapten serba tak menjadi/tidak berfungsi dengan baik..harap next game semua pemain kelate berubah dan sepakat bermain dengan baik ok..GOMO KELATE GOMO!!

Tanpa Nama berkata...

kawe sokong ulasan demo tp hok kito napok player xberapo suko corak latihan dari DMK...

Tanpa Nama berkata...

jange salahkan coach,tengok final piala FA masa tambahan nampok benar TRW kurang stamina.

Tanpa Nama berkata...

jange jadikan padang basah sbg alasan. johor fc pun main atas padang yg sama. kawe sgt setuju stamina pasukan klate sblm ni kurang memuaskan dan sbb itula DMK buat latihan stamina secukupnya.

Dunia Pendidik Bersama Cikgu Khairul berkata...

AKU CEROL: sekarangni ramai pemain dah mula nak cari kesalahan dan kelemahan coach tp kelemahan diri sendiri ape citer?

Bola Merah berkata...

Demo kata belako.. Kalu demo main demo tahu la.. ore kata kalu tak de stamina.. memang permainan tak jadi.. Apa pun untuk meningkatkan prestasi pasukan kelate.. Mereka perlu memikirkan strategik menyerang yang baru ..Strategik ini sudah dapat dibaca oleh pihak lawan..

Tanpa Nama berkata...

takpo ah trw asalke kito mene.....

Tanpa Nama berkata...

takpo ah trw asalke kito mene.....

Tanpa Nama berkata...

baru demo tahu ke?? M.Kratu mmg dari dulu lg sesi latihan die boleh wat player muntah hijo..