9 Jun 2014

Pahang Juara Piala FA..Kelantan Juara apa?

Pahang telah dinobatkan selaku Juara Piala FA 2014 setelah berjaya mengalahkan pasukan Felda United.Felda United yang sebelum ini gah menewaskan Juara Piala FA 2013,Kelantan dengan kelebihan gol ditempat lawan setelah seri 5-5 pada peringkat separuh akhir.

Tahniah buat Pahang yang telah berjaya melakar kejuaraan ini dibawah bimbingan bekas pemain kebangsaan Zainal Abidin Hasan.Kejuaraan ini cukup membanggakan buat jurulatih ini kerana ketika beliau bersama Pahang pada tahun 1992,Pahang berjaya merangkul Piala FA untuk pertama kali dan kali ini sekali lagi berjaya melakukanya atas tiket  sebagai jurulatih Pahang.

Bagi Kelantan pula tahun ini adalah tahun 'caca marba' yang serba tidak menjadi dengan penghijrahan ramai pemain-pemain senior seperti Indra Putra dan Farhan serta ramai lagi yang melangkah keluar mencari 'angka' yang lebih besar.


Kelantan juga meghadapi masalah musim ini apabila kesilapan mengambil pemain import yang tidak berkualiti serta sudah lapuk ditelan zaman membawa padah apabila jentera serangan Kelantan cukup hambar musim ini dan derita masalah import ini berlarutan apabila Kelantan mengambil bekas penyerang Piala Dunia Ghana,Prince Tagoe yang diwar-war cukup hebat tetapi sekarang masih belum menunjukkan taringnya gara-gara kurang cergas atau masalah sebenarnya ialah cedera,

Berkali-kali penyokong Kelantan seolah-olah ditipu apabila Tagoe dikatakan akan diturunkan tetapi sehingga kini masih tidak diturunkan.Gimik Tagoe hanyalah untuk melariskan jualan tiket yang dilihat semakin susut hasilnya gara-gara prestasi kurang memberangsangkan Kelantan musim ini.

Jika Tagoe tidak boleh bermain janganlah diberi harapan kepada penyokong kerana ianya seolah-olah menipu mereka kerana mereka begitu mengharapkan dapat melihat kelibat penyerang ini yang gah reputasinya

Pengalaman musim ini boleh dijadikan pengajaran buat pengurusan Kelantan agar membuat pemilihan import yang benar-benar berkualiti dan bukanlah hanya mengambil pemain import dari rakaman video dari ejen-ejen pemain semata-mata.

Tiada ulasan: