2 Jun 2014

Ulasan Betterman Perlawanan Separuh Akhir II Piala FA 2014

Ulasan Peribadi Penulis bagi Perlawanan Separuh Akhir II Piala FA 2014.

Bismillahirrahmanirahim.

Pertamanya kita ucapkan tahniah kepada Felda United. Pasukan kedua terbaik dari Liga Perdana namun mempunyai kelebihan pemain import yang lebih baik dan lebih ramai diatas padang dibandingkan dengan TRW, pasukan yang tengah terumbang ambing didalam Liga Super untuk menghabiskan saingan liga di 5 tempat teratas. Kita kena akur dengan kemampuan kita dan kemampuan lawan. Jika dilihat taraf mungkin hampir sama, jangan dinilai diatas terkenal pasukan tapi atas kemampuan semasa. Felda membuat suntikan kewangan lebih besar dari tahun lepas manakala Kelantan mengurangkan kos duit keluar dalam usaha untuk memusing modal kemampuan untuk tahun tahun seterusnya. Kita kena akur dengan kemampuan semasa kita dan lawan dan ianya tidak dijadikan alasan, namun sebagai penimbang tara kepada ketidakfahaman pemikiran kita mengenai angan-angan.

Kedua nya saya ingin sentuh awal-awal ialah kefahaman ramai yang silap mengenai kemampuan individual pemain dan kemampuan berpasukan bagi pemain, balance kekuatan antara keduanya serta kehendak jurulatih pada menyesuaikan dengan keadaan perlawanan semasa. Keseimbangan malam tadi ialah hampir sama, Felda mempunyai individual yang hebat pada Indra, Wilson dan Makeche manakala TRW mempunyai Kecik dan Piya. Sudah nampak kelebihan sedikit pada Felda, itupun mujur Krangar tak dapat diturunkan. Manakala dari segi kemampuan berpasukan, Irfan meletakkan ramai pemain muda yang Hardworking dibahagian tengah dan bertahan selain Shukor. Pemain muda mereka jenis yang patuh dan bekerja sangat tekun dengan arahan kemuncak jurulatih itu begitu diikuti dengan disiplin tinggi. Manakala Kelantan pula mempunyai pemain yang semakin positif bermain secara teamwork seperti T.Hasbullah, Doe, Izuan dan Zairul Fitri, namun Team Player seperti mereka masih lagi kecuaian dalam banyak segi, walaupun perubahan positif sudah jelas dapat dibentuk dibawah jurulatih baru.


Dari segi persefahaman pemain jenis team player masih terencat dibeberapa posisi namun dengan corak Open Game pada separuh masa pertama, kecuaian dapat ditutup dengan meraikan gol demi gol terhasil. Nanti kita ulas mengenai taktikal pula. Dengan Team Player dan Individual Player pasukan Felda lebih sekata antara mereka, dan pasukan Kelantan kurang disini, tidak sekata antara pemain dua jenis ini. Oleh itu penyokong yang lebih minat kepada Individual star akan blame pemain Team Player, manakala penyokong yang gemar permainan berpasukan akan blame pemain Individual seperti Piya yang tidak mampu mengemudi pasukan dengan kekuasaan hantaran tepat dan fancy yang gagal diterjemahkan dari sudut berpasukan dengan baik. Manakala Kecik pula pada awalnya timbul dengan gerak geri kemampuan dirinya dengan membelakangkan kemampuan pasukan, akhirnya di rotate dan makin jelas beliau tidak mampu membawa kesekataan pada kaedah berpasukan dalam bermain bola.

Disebelah Felda, Irfan men'divide' dengan baik antara dua jenis golongan pemain ini namun digerakkan dalam kesekataan yang mampan, hasil kepaduan arahan Shukor, manakala Brendan gagal malam ini untuk membentuk gandingan baik dengan ketua pasukannya. Garisan tengah dan bawah pasukan Felda bekerja berpasukan, namun 3 penyerang diatas dibiarkan bermain fancy dengan Through Pass bergaya yang menidakkan terus kehebatan Badhri yang mana musim musim lepas dinobat kehebatan nya hasil passing bermutu. Gandingan tiga orang pemain depan Felda mengajar Piya bagaimana untuk bermain hantaran fancy dengan kelajuan dan kesekataan yang tersendiri, kita tidak patut melihat kekuatan attacking Felda musim depan di tahap Liga Perdana lagi. Kemajuan pada serangan mereka adalah tahap Top Three Liga Super.

Beralih kepada pandangan taktikal dan gameplay pada pendapat saya, ianya part kegemaran saya, dan harap pembaca boleh ikuti dengan baik penjelasan panjang lebar saya yang saya akan ulas dengan agak kompikated. Apa yang Boateng lakukan adalah berpandukan ilmu basic kejurulatihan yang beliau mahu pamirkan dan buktikan pada semua. Dalam perlawanan sebelumnya, ada praktikal pada game high tempo dengan hantaran pendek, ada dua kali bermain gaya Total Football dan malam ini ramai yang nampak beliau mempraktik hantaran panjang, yang mana tidak digemari ramai kerana ianya Masterpiece coach lama yang dipecat. Sebenarnya ramai yang silap, praktikal malam ini ialah Direct Pass bukan semestinya Long Pass. Pemain diberi pilihan untuk membuat hantaran panjang atau pendek, tetapi mestilah cepat dan bola harus sampai tepat pada lokasi yang dituju.

Kita lihat di Wide Angle kita bermain hantaran pendek yang tepat termasuk ketika Brendan melebarkan bola ke tepi juga hantaran cepat yang rendah, namun Piya dan beberapa pemain lain diberi kebebasan untuk membuat Long Pass asalkan Tempo dilajukan, malangnya pembacaan Irfan juga cekap, dia mengarah pemainnya mengikut Flow pasukan kita untuk mendouble up kelajuan tempo permainan. Bila kelajuan di balas kelajuan permainan akan menarik, namun bila etika disiplin bertahan dan basic menahan bola serta hantaran akan terabur, maka Open Game yang kita nikmati hanyalah berpaksi pada kehebatan ketika menyerang dan kita melupakan kemampuan kita yang sepatutnya boleh bertahan lebih baik, ini terutama ketika mengelak dari menerima Troughpass laju dan cepat, Obinna begitu dirindui saat ini.

Walaupun begitu bukan salah benteng sepenuhnya jika tidak dapat mengekalkan disiplin bertahan dengan baik. Ini kerana arahan coach yang mahu pemain bawah lebih membantu pemain tengah untuk setup serangan. Oleh itu Tight Marking tidak disuruh oleh Boateng. Hussien kelihatan begitu terencat ketika disuruh mengawal lebih awal pemain penyerang lawan dari disuruh marking kerana beliau tipikal bek yang tidak pandai mengejar lawan dalam pertembungan hantaran laju. Namun Farisham dan Zairul sudah boleh dipuji kerana mampu juga menahan asakan kelajuan lawan. Masalahnya Nazri yang disenarai dan diletak sebagai bek kanan ketika Poknik tidak fully fit, Boateng sudah melupakan prospek muda yang diharumkan dibawah kendalian Darby dahulu. Nazri punya masalah lambat membaca permainan kerana mungkin beliau selalu dirotate posisi.

Nazri tidak jelas dengan kehendak back line ketika diserang dan mempunyai masalah untuk Adapt dengan arahan kawan lain. Selain itu Workrate beliau biasanya bagus tapi malam tadi nampak 'nanar', Boateng belum sempat hadam sepenuhnya kelemahan team player yang jenis macam Nazri. Jika diguide dengan baik dan boleh dikurangkan masalah individunya, mungkin beliau boleh bermain baik. Tengku pula secara berpasukan malam ini sangat baik, namun terbatas untuk betul-betul bermain Wide sebagai sayap untuk membuat pecutan, tetapi passing demi passing dilakukan dengan cermat, 'keterbolasan' beliau sudah semakin berkurangan, namun beliau bukanlah Culture Winger yang sepatutnya digemari oleh penyokong. Bukan soal penyokong memilih bulu, tetapi keterbatasan pada pemilihan pemain baru awal musim begitu terhad kepada pemain yang agak kurang individualnya.

Masalah yang saya paling sedih, ingin saya huraikan dengan penuh ketelitian ini kerana subjek ini kegemaran saya, iaitu kawalan pemain Midfielder yang menjadi nadi pasukan. Amat sedih malam ini kerana Boateng meletakkan gap yang jauh antara Gan dan Piya. Gan seolah-olah bermain defender dan Piya pula seperti Striker. Kelompongan dikawasan tengah inilah menjadi ruang untuk bertenang kepada pasukan Felda, dimana Shukor mendapat view yang menarik dan senang untuk mengamati perlawanan secara pandangan seorang Holding Mid. Dengan 'tidak-letihnya' Shukor membuka jalan untuk pemain muda lain yang membantu nya ditengah mendapat arahan yang mencukupi untuk menutup jalan yang dikawal oleh Tengku dan Kecik, lalu Brendan termengah kesepian untuk menahan asakan Wilson dan Indra.

Shukor menjadi Maestro padang yang tidak berfungsi sebagai kerja keras tetapi sebagai Viewer atau pemerhati dan bertindak sebagai mata kedua Irfan diatas padang. Shukor sebagai balancing antara High Tempo dan Low Tempo bagi Felda, manakala Gan sebagai bek tengah ketiga yang terpaksa turun agak deep. Saya tak tahu jika ada pembaca lain yang sangat merindui Shawky sebagaimana saya. Saya berani jamin jika Shawky dan Obinna wujud diatas padang kita mampu ke final dengan bergaya. Bukan kerana taksub semata-mata, tetapi kelompongan gap tengah antara Piya dan Gan menjadi punca Indra dan Wilson mendapat tugas Free Role secara beregu. Boateng menggali lubang yang besar dikawasan tengah yang kita tidak sangka telah menjadi lubang kubur untuk berkuburnya hasrat kita untuk ke final.

Namun begitu sangat jelas positif dan fokus pemain kita begitu terpuji. Kehendak untuk mencuba sebaiknya sama seperti Liew Daren dalam saingan Piala Thomas. Namun persoalan kita terhad kemampuan kerana perancangan untuk membawa pemain lebih bagus gagal diterjemahkan dengan perancangan yang kurang teliti. Ini bukan cakap cakap kosong untuk memperli pengurusan lagi, sebaliknya kita semua tahu misi pasukan yang meletakkan keterbatasan kerana Proses Upgrading pasukan lain lebih kuat dari kita. Dari satu sudut kita sedikit beruntung dari pasukan ATM, dimana kita berdua men'downgrading' pasukan hasil terjemahan kepada tidak mampu bersaing, namun anehnya Income dari penajaan yang TRW dapat lebih besar dari musim lepas dan lebih besar dari kebanyakan pasukan bertanding, ini pastinya dituntut oleh penyokong untuk mendapat penjelasan ataupun penyokong sudah pun menjawabnya dengan tidak menghadirkan diri ke stadium lebih rancak dari musim lepas. Ini sebagai kenyataan yang pihak pengurusan perlu hadapi.

Kita tak usah tengok lagi dan tak perlu ulang kisah pemain bintang keluar berjemaah, kita jangan ulang kisah pemain baru yang direkrut kurang kualitinya, tetapi lihatlah betapa pemain import yang diambil cuma hebat dari segi canangan sahaja. Kita semua akur dan faham polisi pengurusan mengambil pemain import, kita semua sedari akan perkara itu dan tak perlu dibangkitkan lagi. Lihat dengan mata jelas, pasukan Liga Perdana taraf kelab sahaja mampu mencari prospek import yang begitu lahap dan hadam nikmatnya untuk kit tontoni, bagaimana mereka begitu bagus permainan dan tidak selalu cedera dan fit untuk sentiasa dipertaruhkan, usahkan nak dibandingkan dengan import Felda, cukup bandingkan dengan Import Sime Darby sebagai contoh, kita sudah ketinggalan.

Penjenamaan pada menrekrut peremajaan pasukan hanya taktikal buah mulut sahaja. Saya bersyukur kerana tidak terlibat dengan majlis mega memperkenalkan pemain dibuat di tempat acara besar di bandar Kl, kalau saya pergi tempohari, pasti saya akan merasa lebih tertipu. Namun bukan lah niat saya merendahkan pengurusan secara memcadburry buta, ini luahan kekecewaan yang saya kongsikan secara emosi sesama rakan saya yang senada dan sependapat. Harap dimaaf barang berlipat. Selamat tinggal Piala FA dan Piala AFC 2014.
Wassalam.
Muhammad Hafiz Betterman 5.38 PG. 1 Jun 2014 Ahad.

Facebook.

Tiada ulasan: