18 Jun 2014

Dua pemain TRW berdarah, seorang dihantar ke hospital

Keputusan Penuh : 
 
Kelantan 2-0 Selangor
 
Kelantan berjaya menewaskan Selangor 2-0, biarpun pasukan itu terganggu apabila dua pemainnya iaitu Fakri Saarani dan Farisham Ismail mengalami pendarahan dalam dua perlanggaran berasingan.
Sebaik wisel pertama dibunyikan, perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Bagaimanapun penyerang The Red Warriors (TRW), Forkey Doe berjaya membezakan kedudukan apabila melakukan tandukan di minit ke 22, selepas menerima hantaran Prince Tagoe.

Percubaan tepat Selangor hanya muncul di minit ke-42 selepas tandukan Evaldo dos Santos tepat kearah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Dua minit kemudian, Nazmi Faiz muncul melakukan percubaan baik kira-kira pada jarak 30 meter yang memaksa Apek melompat untuk menepis keluar.

Di penghujung babak pertama, Apek mempamerkan kecekapan selepas mengawal baik gawang Kelantan dengan menyelamatkan dua percubaan bahaya daripada pelawat, masing-masing menerusi Bunyamin Umar dan S. Vinod.

Berlaku perlanggaran antara Fakri Saarani dengan import Selangor Steve Pantelidis di depan gawang Kelantan pada minit ke-58, menyebabkan penyerang Kelantan itu berdarah di kepala. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap pemain import Selangor itu.

Permainan Selangor dilihat semakin lebih terbuka dan kerap melakukan hantaran-hantaran baik ke depan yang mencemaskan kubu Kelantan.

Di minit ke 67, gawang Selangor nyaris sekali lagi dibolosi apabila rembatan Fakri berjaya ditepis penjaga gol Selangor.

Di minit ke-68, Mohd Farisham Ismail pula menjadi pemain kedua yang mengalami pendarahan pada aksi malam ini apabila terkena tangan pemain lawan ketika berebut-rebut di kotak penalti Kelantan. Farisham yang mengalami pendarahan hidung terpaksa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulan dan dia digantikan dengan Hussein Alaa Hussein. Insiden itu turut tidak diambil perhatian oleh pengadil.

Tidak lama kemudian, Selangor mempamerkan kebangkitan. Hazwan melakukan tindakan bijak dengan melepaskan sepakan kaki kiri yang deras selepas menerima hantaran daripada Andik Vermansyah, namun ia dinafikan oleh palang.

Di penghujung perlawanan, Wan Zaharulnizam Zakaria terlepas peluang paling berharga untuk menghadiahkan gol kepada Kelantan apabila sepakannya sedikit melencong ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, sebelum Khairul Izwan juga terlepas peluang ketika dia tidak dikawal.

Bagaimanapin, Wan Zaharulnizam berjaya menebus kekecewaan awalnya dengan hanya melakukan sentuhan gol di minit ke-84, selepas menerima hantarn daripada Fakri.

Perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu berkesudahan 2-0, berpihak kepada Kelantan.

Tiada ulasan: