22 Jun 2014

Selamat tinggal Liga Super 2014...

Liga Super 2014 bakal melabuhkan tirainya pada rabu ini dan kejuaraan liga akan ditentukan pada perlawanan terakhir.Mampukan Selangor menjulang Piala Liga ataupun Johor DT meneruskan kemaraan bergaya mereka dengan menjulang kejuaraan yang diidamkan selama ini.

Kedua-dua pasukan perlu melepasi perlawanan terakhir yang bakal menentukan juara.Kelebihan ada pada Selangor kerana hanya bakal berdepan adik mereka iaitu PKNS manakala JDT menghadapi tugas berat seandainya Sarawak enggan 'menyerahkan' kejuaraan kepada JDT.

Dikelompok bawahan juga aksi menarik bakal dihidangkan kerana Perak,ATM,T.Team cuba melepaskan diri dari terhumban keliga perdana musim hadapan.

Kelantan pula memburu 'top 4' liga yang bakal menghadapi saingan sengit dari pasukan Terenggganu yang sudah pasti tidak merelakan Kelantan merampas kedudukan mereka.

Liga Super 2014 boleh dikatakan sebagai mencabar bagi kesemua pasukan kerana semua pasukan adalah seimbang dan mutu permainan adalah sama dan hanya dibezakan dengan kehadiran pemain import.Kesilapan dalam pemilihan import seperti yang berlaku kepada Kelantan menjadi contoh terbaik mengapa Kelantan gagal bersaing dalam kempen Liga Super musim ini.

info : 

Sarawak vs JDT
Rabu,25 jun 2014
8.45 mlm,
Live Astro Arena 801

Perlawanan lain :
    

  1. ATM vs SIME DARBY FC                 8.45 mlm Stadium Majlis Perbandaran Selayang
  2. KELANTAN vs TERENGGANU 8.45 mlm Stadium Sultan Muhammad Ke IV
  3. PKNS vs SELANGOR 8.45 mlm Stadium Shah Alam
  4. PERAK vs PAHANG                     8.45 mlm Stadium Perak
  5. T-TEAM vs LIONS XII FC           8.45 mlm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah




Tiada ulasan: