Perlawanan Akhir Piala FA tahun ini yang melibatkan Kelantan dan Sime Darby dilihat lebih meriah berbanding edisi-edisi sebelum ini yang pernah pasukan Kelantan tandingi.
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh KAFA melalui idea-idea kreatif ahli gabungan KAFA yang ditunjangi oleh Tan Sri Annuar Musa.Terbaru,KAFA menyediakan keretapi khas bagi membawa penyokong-penyokong The Red Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil 19 mei ini.
Keretapi yang diberi nama
"THE REDWARRIORS EXPRESS" ini bakal bertolak dari Kelantan pada 18 mei jam 10 malam di stesen Tumpat dan akan berhenti disetiap stesen utama di Kelantan.Harga yang dikenakan juga agak munasabah iaitu RM140 untuk seorang pergi dan balik termasuk pengangkutan LRT ke Stadium.
Tahniah kepada KAFA kerana berjaya mengadakan inisiatif seperti ini selain dari konvoi beramai-ramai menggunakan kereta yang diketuai oleh beliau sendiri pada pagi sabtu ini.
Disamping itu juga Kerajaan negeri memberikan komitmen seratus peratus apabila telah mengumumkan cuti peristiwa pada 20 mei yang pastinya akan meramaikan serta memeriahkan lagi kehadiran penyokong-penyokong ke Stadium sabtu ini kerana tidak terikat dengan tugas masing-masing.
Penyokong-penyokong TRW juga bakal 'dijamu' dengan gulai kawah di Stadium nanti dengan tiga ekor lembu dikorbankan menandakan simboliknya tiga gol yang bakal Kelantan perolehi dalam perlawanan akhir nanti.Walaupun tiga ekor lembu tidak cukup untuk menjamu puluhan ribu penyokong ianya memadai untuk percubaan dan andai Kelantan dapat melangkah ke Final sekali lagi mungkin lebih banyak lembu bakal dikorbankan.
Kehangatan Piala FA kali ini dirasakan cukup berlainan kerana saya sendiri masih tidak memiliki tiket gara-gara tidak 'booking awal' dan kesempatan diambil oleh 'ulat-ulat tiket' yang menjual tiket dengan harga RM45 keatas.Tan Sri Annuar Musa juga mengumumkan sudah 35000 keping tiket sudah terjual dan hanya tinggal baki 5000 keping sahaja lagi.
Tahniah sekali lagi kepada Tan Sri kerana berjaya merencanakan KAFA dengan begitu baik sekali sehingga dicemburui ramai sehinggakan 'memaksa' beliau melepaskan jawatan dalam KAFA dan FAM tetapi harus diingat jawatan serta pangkat boleh ditarik tetapi mulut berbisa beliau tidak mampu untuk ditutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan